omniture

Pameran Canton ke-118 "Platform sempurna untuk mendorong perdagangan Sino-Afrika"

Canton Fair
2015-08-27 21:00 333

GUANGZHOU, China, 27 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Musim luruh ini, Pameran Canton akan mendorong perdagangan Sino-Afrika melalui lanjutan kejayaan kerjasamanya dengan China Southern Airlines (CSA). CSA menawarkan semua peserta dari Afrika penerbangan berdiskaun antara Nairobi dan Guangzhou bagi sesi ke-118 Pameran itu - yang berlangsung antara 15 Oktober dan 4 November 2015. Sebelum ini, tambang promosi serupa telah ditawarkan kepada para pembeli dari negara-negara seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Mereka yang ingin memanfaatkan tawaran itu akan menerima diskaun 10% ke atas tiket satu atau dua hala daripada China Southern Airlines (semua kelas tiket). Tiket berdiskaun boleh dibeli oleh semua pembeli Afrika dari 25 Ogos hingga 5 November, selepas melakukan prapendaftaran di laman sesawang Pameran Canton. Penerbangan boleh dilakukan pada bila-bila masa antara 12 Oktober hingga 5 November.

Hubungan perdagangan Sino-Afrika kini semakin kukuh. Menurut angka rasmi, China telah menjadi rakan dagangan terbesar Afrika sejak tahun 2009. Ia juga merupakan pelabur padang hijau terbesar dan kontraktor luar negara kedua terbesar di benua itu. Hasilnya, import dari Afrika menjadi semakin penting untuk ekonomi China.

Sebagai platform dagangan luar paling berprestij dan menguntungkan di China, Pameran Canton telah menyaksikan peningkatan dalam kalangan pembeli dari Afrika. Lebih 15,000 peserta menghadiri sesi ke-117 acara itu, satu peningkatan hampir 3% berbanding Pameran kali ke-116. Teruja untuk memanfaatkan ekonomi China, semakin ramai warga Afrika kini ke China untuk menjalankan aktiviti keusahawanan, dengan Guangzhou menjadi titik tumpuan yang popular.

Pameran Canton sentiasa mendapat ulasan yang menggalakkan daripada para pembeli Afrika.

"Sebelum ini saya biasa menghadiri pameran antarabangsa di Amerika Syarikat dan United Kingdom," kata Ahmed Fouad, timbalan ketua jabatan eksport Egyptian Appliance Manufacturer Unionaire. "Kini, saya ke Pameran Canton. Bilangan pelanggan berpotensi adalah jauh lebih besar."

Melalui Pameran Canton jugalah Said Salim Hemed, seorang pembeli dari Tanzania, memulakan satu kerjasama yang menguntungkan dengan Hubei Zigui Diyuan Canned Food Company.

"Pameran ini merupakan cara yang hebat untuk memeterai perjanjian yang saling menguntungkan dengan rakan-rakan kami dari Afrika," kata pengurus besar Zigui Diyuan, Hou Jiaqiang.

Untuk maklumat lanjut tentang Pameran Canton ke-118, sila kunjungi: 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Nairobi-Guangzhou, sila kunjungi: http://www.cantonfair.org.cn/en/csair/index.shtml

Sebarang pertanyaan media:

Cik Chloe CAI
Tel: +86-20-8913 8622
E-mel: caiyiyi@cantonfair.org.cn

Source: Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Trade show news