omniture

Manchester United Umumkan Kerjasama Global Dengan HCL Technologies

HCL Technologies and Manchester United
2015-09-04 01:33 394

LONDON dan NOIDA, India, 4 September 2015/PRNewswire/ --

  • Rakan Transformasi Digital Rasmi Pertama Kelab Tersebut

(NYSE:MANU) Manchester United hari ini mengumumkan kerjasama global buat julung kalinya dengan syarikat khidmat IT yang terkemuka, HCL Technologies.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150902/263243LOGO )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150902/263244 )

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini HCL dan Manchester United akan bekerjasama untuk meneroka dan melancarkan sebilangan inisiatif digital untuk mengubah pengalaman 659 juta pengikut global Kelab itu.

Sebagai langkah pertama, HCL akan mewujudkan United Xperience Lab canggih yang akan ditempatkan dalam stadium ikonik Old Trafford, yang akan menjadikannya makmal ketujuh yang seumpamanya di seluruh dunia. Dalam makmal tersebut, HCL dan Manchester United akan meneroka cara baharu untuk kelab tersebut menggunakan teknologi dalam mewujudkan pengalaman peminat yang bersepadu untuk penyokong; dan dalam proses itu, menetapkan tanda aras hubungan baharu dalam dunia sukan.

Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold mengulas:

"Kerjasama kami dengan HCL merupakan yang pertama untuk Manchester United. Dengan pelancaran makmal United Xperience di Old Trafford, kami berharap dapat menunjukkan amalan terbaik dalam industri untuk menjana idea baharu yang memanfaatkan teknologi terbaik yang tersedia dalam landskap digital yang kian berkembang.

"Perkara ini merupakan prospek yang mengujakan dan kemungkinan kejayaan yang bakal kami capai tiada penghujungnya. Melalui transformasi digital kami berharap untuk mengubah cara peminat kami mengalami dan berinteraksi dengan Manchester United.

"Bersama HCL kami menyasarkan untuk membangunkan kaedah-kaedah inovatif untuk berhubung dengan para peminat kami di seluruh dunia, menyediakan pelan tindakan untuk organisasi-organisasi global lain."

"Kerjasama ini adalah unik dan mewujudkan nilai bukan sahaja untuk Manchester United dan peminatnya, tetapi juga untuk semua organisasi berpandangan jauh yang terdapat di seluruh dunia," kata Anant Gupta, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, HCL Technologies.

"Dengan syarikat-syarikat yang terus menghadapi ledakan kandungan digital dan antara muka pengalaman, terdapat peningkatan keperluan untuk rakan kerjasama yang dapat menjalankan rantaian nilai ini dan menggunakannya untuk manfaat perniagaan. Kerjasama kami akan membolehkan HCL mewujudkan dan mengurus aset digital ini pada skala yang akan menjadikannya satu prototaip bagi inovasi bersama digital yang berjaya dalam mana-mana industri/organisasi di dunia. Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama ini yang bertujuan untuk merintis pengalaman perusahaan abad ke-21," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://www.hcltech.com/UnitedByHCL

Latar Belakang Manchester United 

Manchester United merupakan salah satu pasukan sukan yang paling popular dan berjaya di dunia, bermain untuk salah satu sukan dengan penonton paling popular di dunia. Sepanjang warisan 137 tahun kami telah memenangi 62 trofi, membolehkan kami membangunkan jenama sukan utama dunia dan komuniti global yang terdiri daripada 659 juta pengikut. Komuniti kami yang besar dan bersemangat memberikan platform kepada Manchester United untuk menjana hasil signifikan daripada pelbagai sumber, termasuk penajaan, barangan, pelesenan produk, media baharu & mudah alih, penyiaran serta hari perlawanan.

Latar Belakang HCL Technologies   

HCL Technologies merupakan syarikat perkhidmatan IT global terkemuka yang bekerjasama dengan para pelanggan dalam bidang yang memberi impak dan menentukan semula teras perniagaan mereka. Sejak kemunculannya dalam landskap global setelah IPOnya pada tahun 1999, HCL telah menumpukan kepada 'penyumberan luar bertransformasi', didukung oleh inovasi dan pewujudan nilai, menawarkan portfolio perkhidmatan bersepadu termasuk penyelesaian IT berasaskan perisian, pengurusan infrastruktur jarak jauh, kejuruteraan dan khidmat R&D serta perkhidmatan Perniagaan. HCL memanfaatkan infrastruktur luar pesisir dan globalnya yang meluas serta rangkaian pejabat di 31 buah negara untuk menyediakan penyampaian yang holistik, berbilang perkhidmatan dalam peringkat industri penting termasuk Khidmat Kewangan, Pengeluaran, Khidmat Pelanggan, Khidmat Awam dan Kesihatan & Sains Hayat. Kepercayaan organisasi HCL iaitu 'Kakitangan Didahulukan, Kemudian Pelanggan', 'Kepercayaan, Ketelusan dan Kefleksibelan', serta 'Pemusatan Nilai' mendorong 106,107 Usahawan Ideanya mewujudkan nilai sebenar untuk pelanggan dengan menyampaikan Perhubungan Melangkaui Kontrak. HCL Technologies, bersama anak-anak syarikatnya, telah menjana hasil sebanyak AS$ 6.0 bilion, setakat 30 Jun 2015 (atas dasar LTM). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.hcltech.com.

Sumber: http://www.hcltech.com/press-releases/corporate/manchester-united-announces-global-partnership-hcl-technologies

Pertanyaan:

Kate Lowe
Manchester United Ltd
+44-(0)-161-868-8427
Kate.lowe@manutd.co.uk

Ajay Davessar
HCL Technologies Ltd
ajya.davessar@hcl.com
+91-120-4382800

Sumber: HCL Technologies and Manchester United

Source: HCL Technologies and Manchester United
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Sports Contracts