omniture

Air China bakal Mulakan Perkhidmatan Beijing-Montreal, Tawar Akses Mudah ke "Paris Kecil" Amerika Utara

Air China
2015-09-11 02:59 208

BEIJING, 11 September 2015 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan tanpa henti Beijing-Montreal mulai 29 September, perkhidmatan tanpa henti transpasifik pertama dunia antara Asia dan Montreal.

Montreal ialah bandar kedua terbesar di Kanada dan merupakan pusat industri, komersial dan kewangan penting. Perkhidmatan Beijing-Motreal baharu ini adalah sebahagian daripada langkah Air China untuk mengukuhkan kehadiran mereka dalam pasaran China-Kanada, memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat untuk perjalanan udara antara dua buah negara itu.

Buat masa ini, Air China menawarkan 10 penerbangan seminggu antara China dan Kanada. Perkhidmatan Beijing-Montreal tidak hanya mempromosikan pertukaran ekonomi dan budaya antara kedua-dua negara, bahkan memberi manfaat kepada para penumpang dari Asia Tenggara, Jepun, dan Korea Selatan untuk satu bahagian manakala Montreal untuk satu bahagian yang lain, menawarkan pilihan perjalanan yang lebih mudah dan selesa bagi menghubungkan para penumpang antara Asia dan juga benua Amerika serta kawasan-kawasan lain di dunia.

Pada tahun 2015, Air China semakin mengukuhkan jaringan laluan global mereka dengan hab mereka di Beijing dan memperluas kehadiran mereka ke benua Amerika. Setelah Air China memulakan perkhidmatan Boeing 747-8, ahli baharu keluarga Boeing 747, untuk khidmat laluan Beijing-New York awal tahun ini dan meningkatkan kekerapan perkhidmatan Beijing-Los Angeles kepada tiga penerbangan sehari dalam bulan Mei, perkhidmatan Beijing-Montreal akan datang bakal menjadi satu pertambahan yang wajar kepada perkhidmatan tanpa henti Beijing-Vancouver sedia ada mereka. Buat masa ini, Air China mengendalikan 7 destinasi di Amerika Utara termasuk New York, Washington, Los Angeles, San Francisco, Houston, Vancouver, dan Hawaii, menawarkan lebih 140 penerbangan seminggu menggunakan pesawat Boeing 777-300ER dan Boeing 747-8. Persekitaran kabin yang selesa dan perkhidmatan yang penuh perhatian dapat memastikan penumpang menikmati pengalaman penerbangan yang benar-benar memuaskan.

Latar Belakang Penerbangan

Penerbangan CA879/CA880 Beijing-Montreal dikendalikan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Jumaat dan Ahad. Perjalanan keluar berlepas dari Beijing pada 13:00 waktu Beijing dan tiba di Montreal pada 13:50 waktu tempatan. Penerbangan pulang berlepas dari Montreal pada 16:20 waktu tempatan dan tiba di Beijing 18:00 hari berikutnya. Penerbangan itu akan dikendalikan menggunakan Boeing 777-300ER, sebuah pesawat yang terkenal dalam kalangan penumpang perniagaan di dunia. Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan mempunyai kerusi rata penuh dan bar pusat. Semua kelas menawarkan AVOD peribadi, soket kuasa, tandas yang sesuai untuk individu kurang upaya dan sistem pencahayaan suasana yang boleh menyerupai suasana indah daripada matahari terbit hingga terbenam seterusnya menjanjikan perjalanan yang selesa untuk para penumpang.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services