omniture

Thuraya Gandakan Pilihan dengan SatSleeve+ dan SatSleeve Hotspot baharu

Thuraya Telecommunications Company
2015-09-14 21:28 424

DUBAI, UAE, 14 September 2015 /PRNewswire/ --

Dunia anda, telefon anda, panggilan anda

Pengendali Perkhidmatan Satelit Bergerak (MSS) terkemuka, Thuraya Telecommunications hari ini memperkenalkan model SatSleeve generasi baharu, menawarkan lebih banyak pilihan dengan kualiti yang dipertingkatkan dan fungsi baru hotspot. 

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7620051-thuraya-choice-satsleeve-hotspot/

Semasa SatSleeve dilancarkan pada tahun 2013, ia menjadi perintis kepada konsep "bawa peranti anda sendiri" (BYOD) dalam industri satelit. Kini, Thuraya mara lebih jauh dengan dua model baru, dan telah mengenal pasti pasaran sasaran pengguna yang jelas untuk produk ini seperti sektor kerajaan, media, tenaga, dan NGO. SatSleeve+ dan SatSleeve Hotspot akan menarik minat warga pelancong, para pengembara dan ahli sukan luar, atau pengguna yang ingin memastikan telefon pintar mereka terhubung Walaupun rangkaian darat tidak dapat diperoleh atau tidak berfungsi.

Thuraya akan memasarkan SatSleeve+ dan SatSleeve Hotspot melalui rakan pengedar sedia ada; persetujuan inovatif bersama pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dalam pasaran-pasaran penting; dan saluran-saluran baru menerusi para peruncit dalam talian, Expansys.

Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya, Samer Halawi, berkata: "Thuraya terus berinovasi, mempertingkat produk-produk dan memperluas cakupannya. SatSleeve+ dan SatSleeve Hotspot menawarkan pilihan berganda, dan mempamerkan tiga jenis inovasi: model itu sendiri adalah yang terbaharu; cara pemasarannya melalui kaedah dalam talian di seluruh Eropah adalah suatu pembaharuan; dan persetujuan dengan MNO di kawasan-kawasan penting akan terus membawa kami berhubung secara terus dengan pasaran pengguna utama. Objektif  Thuraya adalah untuk membantu dan menambah baik kehidupan, dan produk ini akan membolehkan lebih ramai orang berhubung di mana jua dan pada bila-bila masa mereka memerlukannya."

SatSleeve+ mempunyai sistem penghalaan suara baharu yang mempertingkatkan kualiti bunyi, dan boleh digunakan dengan lebih banyak model telefon pintar berbanding dengan yang sebelumnya. Ia hadir dengan penyesuai telefon pintar sejagat, memperluas daya tarikannya kepada sejumlah besar pemilik telefon pintar berbanding yang terdahulu. Penyesuai juga membolehkan pertukaran peranti dilakukan oleh pengguna, agar pemilik yang mempunyai lebih daripada satu telefon pintar tidak perlu membeli aksesori tambahan.

Kaki SatSleeve Hotspot mewujudkan kawasan khas Wi-Fi satelit bergerak, memberikan pengguna dengan sambungan satelit tanpa perlu menambat telefon pintar mereka pada peranti SatSleeve seterusnya memberi kebebasan bergerak di kawasan dalaman. Pengguna Satsleeve Hotspot boleh meninggalkan kaki SatSleeve di luar dan berada di dalam bangunan atau di dalam kenderaan mereka dan masih boleh menggunakan telefon pintar dalam mod satelit. SatSleeve Hotspot ialah peranti paling kecil, paling ringan, dan paling cekap di dalam industri.

Kedua-dua model membolehkan anda membuat panggilan, menggunakan aplikasi pesanan, mengemas kini rangkaian sosial, menghantar serta menerima e-mel dan SMS, dan juga mengakses aplikasi. Kedua-dua model ini juga hadir dengan fungsi keselamatan tambahan – butang SOS yang boleh diprogram berfungsi walaupun telefon pintar anda tidak terhubung. Fungsi-fungsi yang mudah ini membolehkan pengguna membuat panggilan bagi nombor yang mereka tetapkan.

Thuraya SatSleeve+ dan SatSleeve Hotspot  menawarkan perhubungan yang pantas dan mudah semasa bergerak walaupun berada di kawasan pedalaman yang biasanya sukar memperoleh telefon pintar, atau di kawasan bandar yang mempunyai rangkaian darat yang sukar diperoleh atau tidak andal. Perhubungan menjadi mudah, dengan mendapat akses di kawasan liputan Thuraya yang luas merentasi Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Australia. SatSleeve+ dan SatSleeve Hotspot boleh digunakan sama ada dengan kad SIM Thuraya atau kad SIM GSM daripada lebih 360 rakan perayauan Thuraya seluruh dunia.

Thuraya terus menambah rakan-rakan kongsi baharu dan melanjutkan kerjasama sedia ada ketika ia memasarkan model-model SatSleeve yang baharu. Halawi berkata: "MNO di seluruh dunia boleh menawarkan pelanggan mereka dengan perkhidmatan yang unik dengan liputan geografi yang 100% tetap.Hal ini boleh memberikan kelebihan kepada MNO berbanding pesaing-pesaingnya, dan menjana purata pendapatan bagi setiap pengguna (ARPU) yang lebih tinggi. Peruncit pula boleh menawarkan produk ini yang buat pertama kalinya sesuai dengan telefon pintar jualan mereka".

Latar Belakang Thuraya Telecommunications Company

Thuraya Telecommunications Company adalah pengendali MSS terkemuka dalam industri dan penyedia telekomunikasi global yang menawarkan penyelesaian komunikasi inovatif untuk pelbagai sektor termasuk tenaga, media penyiaran, maritim, angkatan tentera dan NGO kemanusiaan. Rangkaian terunggul Thuraya menyediakan komunikasi jelas dan liputan tanpa gangguan untuk dua per tiga dunia menggunakan satelit dan di seluruh dunia menggunakan kebolehan perayauan unik GSM. Syarikat ini menghasilkan telefon satelit mudah alih dan peranti jalur lebar dengan teknologi hebat serta amat andal bagi menyediakan kemudahan penggunaan, nilai, kualiti dan juga kecekapan. Thuraya kekal komited untuk berkhidmat kepada orang ramai dengan menyediakan alat yang diperlukan untuk mendapatkan sambungan yang optimum, tanpa meninggalkan sesiapa pun yang memerlukan perhubungan. Sila Lawati : http://www.thuraya.com

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150911/265658)

SUMBER  Thuraya Telecommunications Company

Source: Thuraya Telecommunications Company
Related Links:
Keywords: Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications New products/services