SINGAPURA, 15 September 2015 /PRNewswire/ -- IBM dan Badan Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) berganding bahu menubuhan Pusat Pakar Perdagangan Pintar IBM (SCCOC) untuk menghasilkan produk-produk dan penyelesaian baharu bagi mengurus laman sesawang beli-belah dalam talian dan keterlibatan pelanggan.
Untuk melihat siaran multimedia lengkap, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/ibm_201509.shtml
Menurut firma penyelidikan yStats, kadar tahunan urus niaga dalam talian di Asia Pasifik dijangka meningkat sebanyak 20% antara tahun 2013 dan 2018. Oleh yang demikian, rantau ini dianggap sebagai pasaran e-dagang terbesar di dunia dengan nilai AS$567.3 bilion.
"Gabungan media sosial dan teknologi mudah alih bererti dagangan pintar kini bukan sekadar ruang hadapan kedai, ia merevolusikan cara kita berinteraksi dengan pelanggan dalam semua aspek, menjadikan pelanggan sebagai tumpuan pengalaman dalam perniagaan," kata Pengarah Urusan, IBM Singapura, Tim Greisinger, pada hari pelancaran, 2 September.
Matlamat SCCOC untuk meningkatkan empat kecekapan utama bagi perdagangan pintar iaitu: pembelian, penjualan, pemasaran, dan khidmat pelanggan -- menggunakan penyelesaian perdagangan yang memanfaatkan awan, analitik data, liputan media sosial, dan platform keselamatan. Contohnya, penggunaan perisian yang dapat membantu perjalanan pelanggan, dan analisis yang dapat membantu mengenal pasti kaedah untuk mempercepat proses pembelian dalam perjalanan tersebut, atau memberi keyakinan kepada para pelanggan semasa membuat keputusan pembelian.
Semasa ucapan beliau di acara itu, Penolong Pengarah Urusan EDB, Thien Kwee Eng berkata, "EDB akan menyokong syarikat-syarikat untuk membina kebolehan digital yang akan menjana keuntungan daripada inovasi. Penubuhan Pusat Pakar Perdagangan Pintar IBM memperlihatkan usaha ini iaitu agar pusat tersebut akan meningkatkan kecanggihan perkhidmatan digital yang disediakan di Singapura. Hal ini sejajar dengan matlamat Singapura untuk membangunkan bakat ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan memperkasakan rakyat dengan kebolehan yang berkaitan dalam menempuhi era ekonomi digital masa kini."
Bersama-sama, IBM dan EDB akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan industri berkaitan seperti Persekutuan Teknologi infocomm Singapura (SiTF) dan Institut Pemasaran Singapura (MIS) untuk mendapatkan bantuan daripada ahli-ahli profesional pemasaran berkenaan cara untuk memanfaatkan teknologi. Mereka juga turut berbincang dengan firma-firma telekomunikasi tempatan, StarHub, selain kumpulan perbankan OCBC.
Menjelang akhir tahun 2017, SCCOC akan menggajikan lebih 30 orang Saintis Penyelidikan dan Jurutera untuk memantau pembangunan produk-produk dan penyelesaian. Mereka akan terlibat dalam menentukan panduan dan penyelesaian beranalisis, membangunkan algoritma lanjutan, perlombongan data untuk platform, ujian dan penilaian model-model program, serta menggunakan model-model pelan.
SCCOC dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini dan akan berpangkalan di Taman Teknologi IBM Singapura (ISTP) di Tampines. ISTP juga menempatkan Pusat Pelanggan IBM dan kemudahan pengeluaran kerangka utama Sistem z IBM serta sistem canggih POWER.
Jean-Claire Rozario
jeanroz@sg.ibm.com / +65-6418-3723
Charlene Lee
charlee@sg.ibm.com / +65-6418-1672
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201508/ibm/ibm.mp4
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150904/8521505768-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150904/8521505768-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150904/8521505768LOGO