omniture

Komitmen Pengeluar Bir, Wain dan Arak Menandakan Dua Tahun Kemajuan Ke Arah Pengurangan Amalan Minum Secara Berbahaya

International Alliance for Responsible Drinking (IARD)
2015-09-15 15:00 390

WASHINGTON, 15 September 2015 /PRNewswire/ -- Ketua-ketua Pegawai Eksekutif bagi pengeluar bir, wain dan arak terkemuka di dunia hari ini menyiarkan laporan yang mengetengahkan kemajuan inisiatif mereka yang tidak pernah dicuba sebelum ini untuk mengurangkan amalan minum secara berbahaya. Sempena dua tahun berlangsungnya program lima tahun itu, Komitmen Pengeluar Bir, Wain dan Arak untuk Mengurangkan Amalan Minum Secara Berbahaya (http://www.producerscommitments.org) telah menunjukkan kemajuan dalam bidang-bidang penting termasuk untuk membantu mengurangkan amalan minum di bawah umur, mencegah amalan memandu ketika mabuk, dan mengukuhkan serta memperluaskan kod amalan pemasaran bagi menggalakkan amalan minum secara berhemah.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150909/265153 )

Antara sorotan dalam laporan itu adalah kemajuan pihak pengeluar dalam menyokong pengurangan amalan minum di bawah umur. Syarikat-syarikat yang menyertainya telah menjalankan 180 program pendidikan mencegah amalan minum di bawah umur di seluruh dunia. Pengeluar Bir, Wain dan Arak membantu mendorong perkembangan dasar usia pembelian sah di Vietnam pada tahun 2014.

"Kami percaya langkah menangani amalan minum secara berbahaya mesti melibatkan semua sektor masyarakat-kerajaan, masyarakat sivil, serta sektor swasta dan kami berbesar hati apabila Ketua-ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat-syarikat pengeluar alkohol utama telah menyetujui lima komitmen bagi menangani amalan minum secara berbahaya dalam program yang dijalankan selama lima tahun," kata Ann Keeling, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Perikatan Antarabangsa untuk Amalan Minum Secara Berhemah (IARD), yang bertindak sebagai Sekretariat kepada Komitmen itu. "IARD mengalu-alukan syarikat-syarikat pengeluar serta peruncit alkohol lain untuk menyertai kami bagi meluaskan lagi usaha ini dan menjemput rakan-rakan kongsi daripada badan-badan kerajaan, masyarakat sivil, dan organisasi-organisasi antarabangsa untuk membaca laporan ini serta memikirkan bagaimana kita boleh berkolaborasi untuk mencari jalan penyelesaian."

"Syarikat-syarikat kami diwakili di lebih 100 buah negara, dan kami komited untuk memberi sumbangan positif dan berkekalan melalui usaha sama dalam semua pasaran di tempat kami beroperasi," kata Carlos Brito, Pengerusi Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Komitmen dan Ketua Pegawai Eksekutif Anheuser-Busch InBev. "Komitmen kami merupakan titik permulaan yang bagus untuk membantu mengurangkan amalan minum alkohol yang berbahaya di seluruh dunia; namun begitu, bagi memastikan impak usaha kami dapat dibawa ke peringkat seterusnya, kami perlu meluaskan lagi pendekatan yang kolektif ini untuk turut melibatkan syarikat-syarikat bir, wain dan alkohol lain, serta para peruncit, badan-badan kerajaan, organisasi-organisasi antarabangsa, dan juga kumpulan masyarakat tempatan. Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa semua perkongsian ini secara bersama agar kami dapat memberi impak yang lebih hebat melalui usaha kami untuk mengurangkan amalan minum secara berbahaya."

Komitmen itu mewakili inisiatif seluruh industri yang terbesar setakat ini bagi menangani amalan minum secara berbahaya. Laporan Kemajuan 2014, yang berdasarkan petunjuk prestasi penting yang dibangunkan oleh Accenture Sustainability Services, telah dijamin oleh KPMG Sustainability. Laporan itu meneliti kejayaan yang terhasil dalam pelbagai bidang tindakan yang dikenal pasti. Bidang kemajuan itu termasuklah:

  • Mencapai lebih ramai orang seluruh dunia melalui lebih banyak cara berbanding sebelum ini menerusi pendidikan dan alat untuk mengurangkan amalan minum secara berbahaya. Secara keseluruhannya, program pendidikan yang terhasil daripada usaha syarikat-syarikat peserta bersama badan-badan bukan kerajaan, organisasi-organisasi antara kerajaan, serta pihak berkepentingan lain yang berminat telah mencapai lebih 2.58 juta individu di bawah usia secara langsung. Usaha khidmat penggalakan pengaruh dewasa melonjak daripada kira-kira separuh juta kepada 3.26 juta. Alat baharu termasuklah perkembangan signifikan terhadap pembinaan laman sesawang pengguna, http://www.responsibledrinking.org, yang menyediakan maklumat amalan minum dengan berhemah yang mesra pengguna dan berasaskan fakta.
  • Mewujudkan impak global yang berterusan melalui usaha pencegahan memandu ketika mabuk. Melalui usaha bersama dan individu, pengeluar bir, wains serta arak melancarkan 375 usaha pencegahan memandu ketika mabuk yang unik di 146 buah negara. Dengan kerjasama IARD, para pengeluar melancarkan satu siri program rintis yang berjaya yang disasarkan untuk mengurangkan amalan memandu ketika mabuk di China, Colombia, Mexico, Nigeria, Rusia dan Vietnam. Diwujudkan dengan perkongsian bersama badan-badan kerajaan, organisasi-organisasi masyarakat sivil, dan badan-badan bukan kerajaan, program berasaskan budaya ini memfokuskan untuk meningkatkan kesedaran awam, membina hubungan lebih kukuh dengan badan penguatkuasaan undang-undang, dan menyasarkan kumpulan pemandu tertentu yang berisiko tinggi untuk memandu ketika mabuk.
  • Melancarkan satu set Prinsip Panduan Digital dalam bulan September 2014. Prinsip itu menyediakan set garis panduan global yang pertama seumpamanya untuk pengeluar minuman beralkohol yang memerlukan penggunaan pemasaran dalam talian dan media sosial bagi memenuhi piawaian tinggi yang sama yang tertakluk pada aktiviti pemasaran tradisional. Piawaian ini termasuk mematuhi peraturan 70/30, yang menyatakan iklan bercetak, siaran, serta media digital mesti mempunyai minimum 70 peratus pembaca dan penonton dewasa.
  • Melancarkan Panduan Pendidikan Alkohol pada Oktober 2014. Diterbitkan dengan panduan panel pakar berdasarkan kajian daripada amalan terbaik seluruh dunia, Panduan itu menyokong perkembangan langkah demi langkah program pendidikan alkohol dengan sumber interaktif, menyeluruh, dan mesra pengguna. Panduan itu memberikan pengguna contoh program amalan terbaik yang boleh ditiru atau diubah suai mengikut khalayak berbeza.

Laporan Kemajuan itu turut menggariskan tugas-tugas yang menanti sepanjang tempoh inisiatif itu, termasuk memperluaskan usaha secara kolektif untuk mencegah memandu ketika mabuk ke negara-negara lain; meneruskan usaha di negara-negara sasaran yang tidak menetapkan usia pembelian sah; dan terus berkolaborasi bersama para peruncit antarabangsa yang utama agar dapat menentukan peranan mereka dalam cara terbaik bagi menyokong matlamat untuk mengurangkan amalan minum secara berbahaya. Dalam 66 daripada 117 buah negara yang mana syarikat-syarikat peserta Komitmen giat beroperasi, sekurang-kurangnya sebuah syarikat peserta sedang berusaha untuk memajukan inisiatif peruncitan bagi mengurangkan amalan minum secara berbahaya.

Para pengeluar itu terlebih dahulu menandatangani Komitmen itu pada Oktober 2012, yang mana mereka bersetuju menjalankan satu siri tindakan selama lima tahun (bermula pada tahun 2013) dengan matlamat untuk mengukuhkan dan memperluaskan usaha sedia ada bagi mengurangkan penggunaan alkohol secara berbahaya. Lima komitmen itu melibatkan:

  • Pengurangan amalan minum di bawah umur
  • Pengukuhan dan perluasan kod amalan pemasaran
  • Penyediaan maklumat pengguna dan inovasi produk berhemah
  • Pengurangan amalan memandu ketika mabuk
  • Usaha mendapatkan sokongan daripada para peruncit untuk mengurangkan amalan minum secara berbahaya

IARD serta para pengeluar turut menyokong Strategi Global untuk Mengurangkan Penggunaan Alkohol Berbahaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mengalu-alukan peranan positif yang dikenal pasti untuk para pengeluar, pengedar, pemasar, dan penjual bir, wain serta alkohol.

Tontoni petikan daripada perbincangan panel oleh Ketua-ketua Pegawai Eksekutif tentang kejayaan mereka: Komitmen Pengeluar

http://tinyurl.com/CommitmentAchievements

Untuk editor: 

Apakah IARD? 

IARD merupakan sebuah pertubuhan tanpa untung, yang berdedikasi untuk menangani isu-isu kesihatan awam yang melibatkan amalan minum secara berbahaya dan menggalakkan amalan minum secara berhemah. Sebagai faktor risiko yang menyumbang terhadap tiga penyakit bukan berjangkit (NCD) yang utama, pengurangan amalan minum secara berbahaya merupakan keutamaan untuk pentadbiran dunia, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Global WHO bagi NCD dan Deklarasi Politik PBB dalam Pencegahan dan Kawalan NCD. IARD menyokong pelaksanaan Strategi Global WHO untuk Mengurangkan Penggunaan Alkohol Berbahaya dan peranan membina yang dikenal pasti oleh Negara Anggota untuk para pengeluar.

Sebagai sebuah NGO kesihatan awam global, kami bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan awam, masyarakat sivil, dan pihak-pihak berkepentingan swasta bagi memajukan misi kami untuk menyumbang kepada usaha pengurangan amalan minum secara berbahaya dan menggalakkan amalan minum secara berhemah di seluruh dunia. IARD menyokong pelaksanaan sasaran global yang ditetapkan oleh kerajaan-kerajaan dunia iaitu "sekurang-kurangnya 10% pengurangan relatif terhadap penggunaan alkohol secara berbahaya" menjelang tahun 2025. IARD disokong oleh Syarikat Anggota daripada semua sektor dalam industri alkohol - bir, wain dan arak – melalui matlamat bersama mereka iaitu untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada penggunaan alkohol secara berbahaya.

12 buat syarikat peserta bagi Komitmen itu ialah: Anheuser-Busch InBev; Asahi Group Holdings; Bacardi; Beam Suntory; Brown-Forman Corporation; Carlsberg; Diageo; Heineken; Kirin Holdings Company; Molson Coors; Pernod Ricard; dan SABMiller. 

1225 19th Street NW, Suite 500 ● Washington, D.C. 20036 AS 

http://www.iard.org

Sebarang pertanyaan tentang IARD, sila hubungi:
Isabella Platon, Naib Presiden Kanan Strategi dan Komunikasi
IPlaton@IARD.org

Sumber: International Alliance for Responsible Drinking (IARD)

Source: International Alliance for Responsible Drinking (IARD)
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Health Care/Hospital Survey, Polls & Research