omniture

Thales umumkan pesanan sistem Pertahanan Udara Bersepadu ForceSHIELD dan peluru berpandu STARStreak untuk Angkatan Tentera Malaysia

Thales
2015-09-17 09:30 940

LONDON, 17 September 2015 /PRNewswire/ --

Thales telah mengumumkan di DSEI bahawa ia telah menandatangani kontrak dengan Global Komited, sebuah syarikat dalam The Weststar Group, untuk membekalkan Angkatan Tentera Malaysia dengan ForceSHIELD, sistem Pertahanan Udara Canggih bersepadu Thales.

Selain peluru berpandu STARStreak, sistem itu terdiri daripada sistem koordinasi radar dan senjata CONTROLMaster 200, sistem senjata mudah alih RAPIDRanger dan RAPIDRover serta Pelancar Berbilang Ringan Generasi Akan Datang, selain kelengkapan komunikasi yang berkaitan.

Peluru berpandu dan sistem pelancar STARStreak dihasilkan di kemudahan Thales di Belfast dan CONTROLMaster oleh Thales di Perancis. Pembelian penting oleh Angkatan Tentera Malaysia ini akan meningkatkan jumlah pekerjaan di Belfast dan membangunkan pekerjaan dan set kemahiran bernilai tambah yang tinggi di Malaysia melalui program pemindahan teknologi.

Pembelian ForceSHIELD akan membolehkan Angkatan Tentera Malaysia menggantikan dan mempertingkatkan sistem peluru berpandu Thales STARBurst yang digunakan sebelum ini, yang telah digunakan sejak pertengahan tahun 1990an.

Peluru berpandu STARStreak menggunakan prinsip terbukti 'halaju tinggi' untuk menewaskan ancaman dengan masa pembukaan yang pendek. Konfigurasi tiga mata memaksimumkan keberkesanan dan bimbingan laluan sinar laser yang berketepatan tinggi bagi membolehkan serangan dilakukan ke atas sasaran berjejak kecil.

Victor Chavez, Ketua Pegawai Eksekutif Thales UK, berkata: "Saya berbesar hati kerana sebuah lagi negara telah memutuskan untuk membeli ForceSHIELD. Penyelesaian sensor kepada penggerak generasi terkini ini akan memberikan Malaysia kemampuan canggih bertaraf dunia. Peningkatan jualan eksport kami adalah bahagian penting dalam strategi pertumbuhan Thales dan berita hari ini menandakan satu lagi pencapaian kami."

"Saya berasa gembira kerana Weststar dan Thales telah bersetuju untuk bekerjasama bagi membekalkan sistem peluru berpandu STARStreak kepada Angkatan Tentera Malaysia. Ini merupakan contoh yang baik bagi syarikat-syarikat yang berkongsi teknologi untuk menyokong pemodenan berterusan bagi Angkatan Tentera negara itu. Saya benar-benar menghargai hubungan Pertahanan kami dengan Malaysia dan berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan serta Angkatan Tentera mereka sebagai sebahagian daripada kerjasama Pertahanan kami yang berterusan." Kata Philip Dunne, Menteri Dalam Negeri untuk Pemerolehan Pertahanan, UK.

Nota untuk editor

Penyelesaian ForceSHIELD Thales adalah berdasarkan prinsip untuk menyesuaikan dan menggabungkan rangkaian barisan produk seperti radar, sistem komunikasi, tempur dan kawalan api, pelancar serta peluru berpandu untuk memenuhi keperluan pengguna barisan hadapan. Pendekatan ini menyediakan kemampuan yang amat berkesan kepada para pelanggannya untuk menangani kepelbagaian ancaman udara asimetrik dan konvensional yang semakin bertambah dalam persekitaran sekuriti masa kini.

CONTROLMaster200 terdiri daripada radar keadaan tetap generasi terkini, yang mampu mengesan dan menjejak 200 sasaran secara serentak sehingga jarak sejauh 250km. Ia merangkumi sistem kawalan tempur CONTROLView yang menilai ancaman, menetapkan senjata, dan menyelaras aktiviti pengurusan pertempuran – membolehkan keputusan yang rumit serta kritikal dibuat dengan lebih cepat dan juga dengan ketepatan serta keselamatan yang lebih tinggi.

RAPIDRanger merupakan sistem pelancar dan kawalan api berasaskan kenderaan yang ringan dan unik, yang boleh disepadukan ke dalam struktur kuasa berkemampuan rangkaian dan diselaraskan dengan pelbagai sistem Arahan dan Kawalan. Dilengkapi peluru berpandu berhalaju tinggi STARStreak, RAPIDRanger mampu menewaskan pelbagai ancaman udara, termasuk pesawat serangan darat, Helikopter Serangan pop-up, Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) serta peluru berpandu.

Sistem LML NG dapat dipasang pada tapak tripod atau kenderaan serta dapat menyokong pelaksanaan pantas STARStreak dengan kemampuan selama 24 jam. Ia menyediakan dua peluru berpandu, yang sedia dilancarkan, dan membolehkan sistem itu menangani serangan udara tepu dan menyediakan kemampuan bumi ke bumi yang lengkap. Sistem mudah alih yang boleh dibawa manusia itu direka agar sesuai dengan pelbagai misi daripada peranan reaksi pantas ringan hinggalah kepada operasi jatuhan udara.

Peluru berpandu STARStreak beroperasi pada kelajuan melebihi Mach 3 untuk menewaskan ancaman yang bergerak pantas dan yang mempunyai masa pembukaan yang pendek. Konfigurasi 'hittile' tiga mata memaksimumkan keberkesanan dan bimbingan laluan pancaran laser berketepatan tinggi yang membolehkan serangan dilakukan ke atas sasaran berjejak kecil serta kebal terhadap semua langkah balas yang diketahui.

Latar Belakang Global Komited

Global Komited merupakan divisyen kejuruteraan kelengkapan kenderaan khas dan pertahanan untuk The Weststar Group. Sebagai bahagian penting dalam industri, aktiviti Global Komited yang luas merangkumi reka bentuk, kejuruteraan, penyesuaian, fabrikasi dan pembekalan kenderaan khas serta kelengkapan ketenteraan.

Latar Belakang Thales

Thales merupakan peneraju teknologi global bagi pasaran Aeroangkasa, Pengangkutan, Pertahanan dan Sekuriti. Dengan 61,000 kakitangan di 56 buah negara, Thales melaporkan jualan sebanyak €13 bilion pada tahun 2014. Dengan lebih 20,000 jurutera dan penyelidik, Thales mempunyai kemampuan unik untuk mereka bentuk dan memasang kelengkapan, sistem serta perkhidmatan untuk memenuhi keperluan sekuriti paling rumit. Kehadiran antarabangsanya yang unik membolehkannya bekerjasama rapat dengan para pelanggannya di seluruh dunia.

Wakil Akhbar

Thales, Hubungan Media. Pertahanan Darat & Laut 
Sonia Le Guevel
+33 (0)1 57 77 91 60
sonia.leguevel@thalesgroup.com 

Thales, Hubungan Media. UK
 Adrian Rondel 
 +44 (0) 7971 414 052 
 adrian.rondel@thalesgroup.com

Source: Thales
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics Contracts