omniture

Handheld Umumkan Perikatan Pengurusan Mobiliti Perusahaan Strategik dengan SOTI


Handheld Group
SOTI Inc.
2015-09-22 14:30 323

LIDKÖPING, Sweden dan MISSISSAUGA, Ontario, 22 September 2015 /PRNewswire/ --

Perikatan global bawakan MobiControl yang memenangi anugerah kepada pengguna peranti mudah alih lasak di seluruh dunia  

Handheld Group, pengeluar terkemuka bagi komputer mudah alih lasak, dan SOTI, penyedia terkemuka dunia bagi Pengurusan Mobiliti Perusahaan (EMM), hari ini mengumumkan perikatan strategik yang melanjutkan kemampuan pengurusan mendalam SOTI MobiControl kepada peranti mudah alih lasak Handheld.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150917/267686 )

Pensijilan peranti Handheld dalam program rakan kerjasama OEM SOTI membolehkan rakan jualan semula Handheld menawarkan teknologi canggih SOTI untuk menyampaikan peranti, kandungan dan aplikasi dengan pantas tanpa intervensi atau masa menunggu di pihak pengguna. Handheld memilih SOTI berdasarkan kepakaran industri dan kawalan peranti syarikat itu. Kemampuan pengurusan mobiliti SOTI yang menyeluruh dapat memenuhi keperluan perniagaan yang menggunakan peranti Handheld.

"Kerjasama strategik ini akan membolehkan para pengguna mengurus peranti mudah alih dan periferal terhubung mereka, serta melindungi data syarikat dengan selamat," kata Jerker Hellström, Ketua Pegawai Eksekutif, Handheld Group. "Ini akan menjadikan produk kami lebih bernilai kepada organisasi-organisasi dengan pekerja lapangan di seluruh dunia."

"Selama dua dekad dalam inovasi pengurusan mobiliti, SOTI dengan jayanya bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi seperti Handheld untuk membawakan kemampuan pengurusan mudah alih canggih ke pasaran, membebaskan kemungkinan tanpa had yang ditawarkan oleh mobiliti kepada perusahaan terhubung," kata Shash Anand, Naib Presiden Perikatan Strategik di SOTI. "Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Handheld untuk membawakan kekuatan MobiControl kepada rangkaian mereka, yang akan membolehkan organisasi-organisasi mengurus, menyokong, memastikan dan menjejak peranti mudah alih korporat secara berpusat, tanpa mengira jenis peranti, platform mudah alih serta lokasi."

Optidev, sebuah syarikat logistik khusus yang kini menawarkan penyelesaian SOTI untuk para pelanggannya, juga merupakan rakan jualan semula untuk peranti Handheld. "Titik cabaran mobiliti pelanggan kami adalah unik. SOTI menyediakan kemampuan pengurusan mobility berpusat yang dapat memenuhi keperluan mereka yang pelbagai," kata Christian Lundin, pengarah jualan. "Tambahan SOTI MobiControl kepada peranti ultra-lasak Handheld merupakan kombinasi semula jadi yang membenarkan perusahaan mengurus pelaksanaan mudah alih mereka dengan cekap."

PDA dan tablet ultra-lasak Nautiz serta Algiz Handheld dibangunkan khusus untuk digunakan dalam persekitaran yang sukar bagi industri-industri seperti: geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, pembinaan, perlombongan, khidmat lapangan, utiliti, keselamatan awam, ketenteraan dan sekuriti.

Komputer lasak Handheld berserta SOTI MobiControl akan didemonstrasikan di reruai K34 Handheld di Pameran Perkhidmatan Kecemasan (Emergency Services Show) di Birmingham pada 23-24 September, serta di persidangan Mobiliti untuk Perniagaan (Mobility for Business) di Paris pada 6-8 Oktober.

Latar Belakang Handheld

Handheld Group merupakan pengeluar komputer mudah alih lasak. Handheld dan penjual semula di seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti lengkap kepada syarikat-syarikat dalam industri-industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, perlombongan, ketenteraan dan sekuriti. http://www.handheldgroup.com

Latar Belakang SOTI Inc.

SOTI merupakan penyedia paling dipercayai di dunia bagi penyelesaian Pengurusan Mobiliti Perusahaan (EMM), dengan lebih 15,000 pelanggan perusahaan dan berjuta-juta peranti diuruskan di seluruh dunia. Portfolio inovatif bagi penyelesaian dan perkhidmatan SOTI membekalkan alat-alat yang diperlukan oleh sesebuah organisasi untuk benar-benar menggerakkan operasi serta mengoptimumkan pelaburan mobiliti mereka. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.soti.net

Sumber: Handheld Group and SOTI Inc.

Source:
Handheld Group
SOTI Inc.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Joint ventures