SHENZHEN, China, Oktober 1, 2015 /PRNewswire/ -- Pada bulan September, para pengunjung ke Times Square, Bandar Raya New York yang terkenal dapat menyaksikan Pengerusi TCL Tomson Li Dongsheng ketika beliau muncul di skrin berhadapan medan besar itu, berucap tentang penglibatan syarikat itu selama 34 tahun dalam industri pengeluaran. "Hanya melalui ketabahan dan kecekalan kami dapat menjadi tulang belakang untuk ekonomi China," kata beliau. "Pada masa depan, inovasi teknologi global dan peluang pertumbuhan akan didapati di China."
Semakin banyak syarikat China telah memilih untuk menayangkan filem pendek bagi mempromosikan jenama mereka pada banyak skrin yang terletak berhadapan dengan Times Square New York - satu lokasi yang telah menjadi kemestian bagi jabatan komunikasi firma-firma utama yang berpangkalan di China sejak kerajaan China menayangkan siri filem pendek untuk mempromosikan negara itu pada skrin yang sama tahun 2011. Sementara Presiden China Xi Jinping kini melawat Amerika Syarikat, TCL Corporation, kumpulan pengeluaran produk pintar global dan perkhidmatan aplikasi Internet berpangkalan di China itu menayangkan filem imej jenamanya di skrin-skrin di Times Square, menunjukkan kesungguhan firma itu untuk kekal sebagai pemimpin dalam pengilangan dengan memperlihatkan wawasannya untuk menjadi tulang belakang ekonomi China.
TCL memilih New York sebagai lokasi tayangan sedunia bagi usaha promosi jenama mereka bukan sahaja kerana bandar raya itu merupakan ibu negara kewangan bagi AS dan pusat aktiviti ekonomi dunia, tetapi juga bagi mencerminkan objektif strategik antarabangsa firma itu serta prestasi hebatnya dalam pasaran AS. Pada tahun 2004, dalam usahanya untuk meluaskan saluran pasaran di AS, TCL mengambil alih perniagaan TV warna Thomson, diikuti dengan TCL membina kerjasama utuh dengan beberapa e-perniagaan dan firma elektronik pengguna yang berpangkalan di A.S. TCL dan syarikat gergasi e-perniagaan Amazon telah memulakan kerjasama pada tahun 2011, sedikit demi sedikit memperkukuhkan kedudukan berstrategi TCL di pasaran AS. TCL turut menyaksikan tabiat beli belah dalam talian pengguna yang semakin mantap dan mula menjual produk-produk TV pintar yang telah dibangunkannya bersama ROKU, sebuah syarikat Amerika, melalui Amazon pada tahun 2013. Hasilnya, lebih 300,000 TV TCL ROKU telah dijual pada tahun 2014, meletakan jenama set TV itu pada kedudukan ketujuh dalam kalangan jenama TV yang dijual di AS.
Selain daripada perniagaan multimedia, perniagaan komunikasi TCL turut meningkat di Amerika Syarikat. TCL Communication telah berada di pasaran A.S. sejak tahun 2010, pada mulanya sebagai pengendali serantau. Sejak itu firma tersebut telah menubuhkan kerjasama penting dengan para pengendali terbesar Amerika iaitu AT&T, T-Mobile dan Sprint. Dengan kelebihannya dalam saluran pengendali, kapasiti operasi dan produk, bahagian pasaran TCL Communication telah tersenarai pada kedudukan keempat dalam pasaran AS sejak tahun 2014.
Sebagai sebuah syarikat China yang sentiasa mempunyai naluri untuk menjadi perintis, TCL menjalankan usaha penerokaan pertamanya ke arah globalisasi seawal tahun 1999, seterusnya berjaya mengambil alih perniagaan TV warna Schneider, perniagaan TV warna Thomson, perniagaan telefon pintar Alcatel dan hak untuk menggunakan jenama Palm. Firma tersebut menganggap ia telah menjalami 3 peringkat pembangunan: penerokaan tahap awal, penggabungan transnansional dan pengambilalihan serta pertumbuhan kukuh. Dengan 23 kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan 21 kemudahan pengeluaran di seluruh dunia, pejabat-pejabat jualan di lebih 80 buah negara dan rantau selain rangkaian perniagaan yang merangkumi lebih 160 buah negara dan rantau, hasil yang dijana di luar pasaran asalnya membentuk 47% daripada hasil keseluruhannya (melebihi 100 bilion yuan China) pada tahun 2014, menurut hasil kewangan tahun tersebut.
Menyoroti pembangunan tiga dekad firma tersebut, tidak banyak syarikat telah berjaya melakukan seperti mana yang telah diusahakan oleh TCL: menikmati proses perluasan antarabangsa yang lancar dan mempertahankan kedudukannya sendiri dalam sektor pengeluaran memandangkan terdapat pelbagai perubahan besar yang berlaku dalam landskap ekonomi China. Firma itu, dengan memfokuskan pengeluaran produk dan pembangunan teknologi, terus bertindak balas dan mendorong pembangunan ekonomi China serta global dengan menghasilkan produk-produk inovatif dan juga produk-produk yang terkenal di seluruh dunia selain produk-produk yang menunjukkan kreativiti China kepada dunia: TCL H8800, TV yang telah menggabungkan dua inovasi besar dalam industri TV warna - titik kuantum dan skrin melengkung, menghasilkan set TV dengan lengkungan skrin terbesar setakat ini, dan telefon pintar IDOL3, sebuah telefon pintar yang dapat menjawab panggilan tanpa mengira sebelah mana telefon itu dirapatkan ke telinga. Anak-anak syarikat seperti China Star Optoelectronics Technology membolehkan syarikat-syarikat China mendapat lebih kuasa penentu tentang produk-produk yang dijual dalam pasaran panel LCD global dan standard yang diikuti dalam pembuatan produk.
"Pembangunan TCL akan berlaku dari dalam dan luar China," kata Pengerusi Tomson Li Dongsheng ketika mengulas pandangan masa depan TCL. "Ketika ekonomi China menjadi matang, kami bercadang untuk terus melabur dalam inovasi tempatan dan merangsang pertumbuhan domestik, sambil meneroka ruang baharu untuk pembangunan global." Pada masa depan, TCL berharap akan menjadi salah satu perintis yang bukan sahaja dapat merealisasikan cita-cita global korporatnya, malah dapat menyumbang kepada perkembangan perindustrian ekonomi China.
Hubungi:
Marta Chen
TCL Media & Entertainment Co., Ltd
+86-755-33313868
chenxuejun@tcl.com