omniture

Nexen Tire Adakan Majlis Pecah Tanah untuk Kilang Baharunya di Zatec, Republik Czech

-- Nexen Tire akan kukuhkan kehadirannya di Eropah dengan membina kilang baharunya di Zatec, Republik Czech
-- Kilang baharu ini dijangka akan meningkatkan jualan dalam pasaran Eropah dan menyediakan bekalan kelengkapan tayar asli yang stabil untuk para pengeluar kereta global
Nexen Tire
2015-10-02 22:26 556

SEOUL, Korea Selatan, 2 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar dan tiub terkemuka di peringkat global, telah mengadakan majlis pecah tanah di tapak kilang baharunya di Zatec, Republik Czech, bagi mengukuhkan usahanya dalam menyasarkan pasaran Eropah, salah satu daripada pasaran tayar terbesar di dunia. Syarikat itu telah melabur lebih EUR829 juta untuk membina kilang baharu di 650,000 meter persegi tanah di Zatec.

Pada 1 Oktober, Nexen Tire mengadakan majlis pecah tanah di tapak kilang baharunya di Zatec, Republik Czech
Pada 1 Oktober, Nexen Tire mengadakan majlis pecah tanah di tapak kilang baharunya di Zatec, Republik Czech

Nexen Tire merancang agar kilang berkenaan dapat beroperasi menjelang tahun 2018 dan kemudian sedikit demi sedikit meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunannya kepada lebih 12 juta unit, berdasarkan keadaan pasaran semasa. Dijangkakan kilang tersebut akan mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan di rantau tersebut.

"Kilang baharu di Republik Czech merupakan kemudahan pengeluaran kedua kami di luar Korea, setelah membangunkan kilang di Qingdao, China. Ia akan berfungsi sebagai momentum penting untuk syarikat ini dalam mengambil satu lagi langkah ke hadapan," kata Pengerusi Nexen Tire Kang Byung-Joong. "Saya berpendapat ia akan memberikan peluang yang hebat bagi menjadi pemain utama di peringkat global dalam kalangan pengeluar tayar dunia dengan mengukuhkan kehadiran kami di pasaran Eropah."

Majlis tersebut telah dihadiri oleh para eksekutif Nexen Tire, termasuk Pengerusi Kang Byung-Joong dan Presiden Kang Ho-Chan, selain Perdana Menteri Bohuslav Sobotka dan anggota-anggota kabinetnya. Turut hadir ialah Gabenor Usti Oldrich Bubenicek, Datuk Bandar Zatec Zdenka Hamousov, dan kira-kira 300 orang tetamu, yang terdiri daripada para pembeli, para pengedar dan juga para penduduk tempatan.

Pembinaan kilang baharu di Zatec itu dirancang untuk memenuhi keperluan pasaran Eropah yang kian meningkat, serta untuk memastikan bekalan kelengkapan asli (OE) yang stabil untuk para pengeluar kereta global, termasuk Volkswagen, Renault, Skoda, SEAT, dan lain-lain.

Republik Czech berada di kedudukan strategik untuk memainkan peranan sebagai penghubung kepada pasaran Eropah Timur, yang telah muncul sebagai pasaran berpotensi untuk seluruh Eropah, dan menyediakan akses mudah kepada pasaran Eropah terbesar, seperti Jerman, Perancis, dan UK. Selain itu, Zatec, yang merupakan lokasi kilang baharu itu, menampilkan pelbagai ciri menarik, termasuk tenaga kerja besar yang stabil. Kini, terdapat sekitar 30 pengeluar kereta dalam lingkungan 400 km dari Zatec, memberikan Nexen Tire dengan lokasi optimum untuk membekalkan kelengkapan tayar yang asli.

Selain daripada faedah geografi, usaha proaktif untuk menarik pelaburan oleh kerajaan Republik Czech merupakan satu lagi faktor penentu dalam pembinaan kilang baharu di Zatec.

Nexen Tire telah membekalkan kelengkapan tayar asli untuk pelbagai model pengeluar kereta Eropah, termasuk 500X Fiat dan Ducato, Twingo Renault dan Caddy Volkswagen. Syarikat itu turut menjalankan pelbagai aktiviti pemasaran untuk mengukuhkan kesedaran jenamanya dan meningkatkan jualan dalam pasaran Eropah, seperti menandatangani penajaan rasmi bersama Kelab Bola Sepak Manchester City serta mengambil bahagian dalam IAA Frankfurt Motor Show 2015.

Latar Belakang Nexen Tire
Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar paling pantas berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar di 141 buah negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Sebuah lagi kilangnya di Zatec, Republik Czech akan beroperasi menjelang tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan melalui teknologi maju serta kecemerlangan dalam reka bentuk. Syarikat itu juga memfokuskan untuk menghasilkan tayar UHP, yang berasaskan teknologi canggih. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pengeluar kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat itu mencapai kejayaan dalam satu musim dengan meraih 4 anugerah reka bentuk terbaik dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pengeluar tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.nexentire.com.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151001/8521506491

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion