omniture

GLOBAL ROCKSTAR 2015: Pasaran Global untuk Pemuzik Dibuka

Global Rockstar
2015-10-07 10:00 345

VIENNA, 7 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Menerusi pertandingan muzik dalam talian terbesar di dunia, bermula pada 15 Oktober para pemuzik dapat menjual barangan peminat untuk mendapatkan undian. Pemuzik-pemuzik dari 168 buah negara telah pun mengambil bahagian. Pemenang boleh menerima hadiah utama bernilai USD 25,000!

Platform muzik dalam talian "Global Rockstar" telah membuat satu lagi inovasi: daripada saat bermulanya undian pada 15 Oktober, para pemuzik boleh menawarkan cenderahati mereka untuk dijual, contohnya kemeja-t bertandatangan atau konsert ruang tamu, di "pasaran Global Rockstar" yang baru diwujudkan untuk mendapatkan undian daripada para peminat. Sebagai contoh, sebuah album bertandatangan berharga EUR 15 dan berikan 150 undian untuk pemuzik dalam pertandingan itu. Sehingga 90% pungutan akan diterima oleh artis. Dengan ini, satu lagi pilihan tersedia untuk para peminat yang ingin menyokong artis-artis kegemaran mereka - selain undian media sosial yang percuma.

Ia berfungsi begini: artis memuat naik lagu tulisan sendiri dan barangan peminat ke http://www.globalrockstar.com, mulai saat ini. Bermula pada 15 Oktober, para peminat dari setiap negara memilih wakil dari negara mereka. Akhirnya, pada peringkat akhir pertandingan, semua pemenang kebangsaan akan bersaing untuk mendapatkan hadiah bukan wang yang bernilai dan hadiah utama USD 25,000.

Sistem undian Global Rockstar telah diwujudkan untuk menyaingi model yang digunakan dalam rancangan TV, yang mana para penonton menghantar berjuta-juta undian SMS berbayar, tetapi artis tidak menerima sebarang bayaran. Peminat juga tidak mendapat sebarang ganjaran. "Buat kali pertama, kedua-dua artis dan peminat akan menerima keuntungan daripada model pendapatan kami yang adil," kata pengasas Global Rockstar Christof Straub.  

Global Rockstar 2015 - ambil bahagian sekarang!    

Para pemuzik dari semua negara boleh memuat naik lagu yang ditulis sendiri ke http://www.globalrockstar.com sehingga 15 November 2015.

Latar Belakang Global Rockstar 

"Global Rockstar" telah diasaskan di Vienna oleh Christof Straub dan Ronny Steibl pada tahun 2013.

Sejumlah 140 buah negara telah mengambil bahagian dalam "Global Rockstar" pada tahun 2014; 1.5 juta undian telah diberikan secara keseluruhan. Jhanniel dari Argentina merupakan pemenangnya.

Sekitar 14,000 orang artis dan 140,000 orang peminat kini berdaftar dalam platform muzik itu.

Hubungi: 

Global Rockstar GmbH
Mirella Maiolo
mirella.maiolo@globalrockstar.com
Pejabat: +43-1-89-00-849

Maklumat lanjut di: magazine.globalrockstar.com/press

SUMBER  Global Rockstar

Source: Global Rockstar
Keywords: Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Music Retail