omniture

360 Security Perkenal Aplikasi Baharu, 360 Security Lite, kepada Pengguna Mudah Alih Global dengan 1 GB Memori atau Kurang

Aplikasi Kini Tersedia untuk Muat Turun Secara Percuma melalui Gedung Google Play
360 Mobile Security Limited
2015-10-09 11:25 393

BEIJING, 8 Oktober 2015 /PRNewswire/ --  360 Security, aplikasi antivirus dan prestasi mudah alih untuk para pengguna Android, hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi (app) 360 Security Lite baharunya yang kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di gedung Google Play. Aplikasi 360 Security Lite (4MB) menawarkan peningkatan, pembersihan dan perlindungan antivirus yang sama seperti aplikasi 360 Security, tetapi direka khas untuk telefon yang mempunyai memori 1 gigabait atau kurang.

Berasaskan pengalamannya selama bertahun-tahun, 360 Security Lite baharu merupakan aplikasi pendorong kelajuan dan antivirus percuma semua-dalam-satu. Aplikasi ini turut mengimbas peranti pengguna untuk mengesan virus, perisian hasad (malware), perisian iklan (adware), perisian tebusan (ransomware), kerentanan dan Trojan. 360 Security Lite membolehkan pengguna meningkatkan kelajuan peranti mereka, atau membersihkan fail-fail yang tidak digunakan untuk memperoleh ruang memori yang lebih besar dan hayat bateri yang lebih panjang bagi telefon berkapasiti lebih rendah.

"Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan cara baharu dan inovatif kepada para pelanggan kami bagi melindungi peranti mudah alih mereka. Aplikasi 360 Security Lite memenuhi keperluan pelanggan yang memiliki telefon dengan memori lebih kecil, menawarkan sekuriti hebat yang serupa dengan pakej perkhidmatan yang dikecilkan skalanya," kata Yan Huang, Ketua Pegawai Operasi 360 Security.

Aplikasi 360 Security dan 360 Security Lite kini tersedia dalam lebih 30 bahasa untuk dimuat turun secara percuma melalui gedung Google Play. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi tersebut atau memuat turunnya hari ini, klik di sini.

Sumber-sumber Sokongan

Latar Belakang 360 Security

Dilancarkan pada Jun 2013, aplikasi 360 Security untuk peranti Android merupakan salah satu aplikasi antivirus dan pengoptimuman terbaik daripada Google Play. Dengan lebih 200,000,000 muat turun di seluruh dunia, aplikasi 360 Security mempertingkatkan pengalaman mudah alih pengguna dengan menjamin dan menambah baik prestasi peranti mereka. Ciri-ciri penting aplikasi ini termasuk pengoptimuman prestasi peranti dengan pembebasan memori serta hayat bateri yang dipanjangkan, selain pengesanan dan juga perlindungan yang teratur daripada virus, perisian iklan (adware), perisian hasad (malware), trojan dan lain-lain.

Wakil Media untuk 360 Mobile Security Limited

William Xu
360 Mobile Security Limited
william.xu@mobimagic.com

Jeff Stoecker
Racepoint Global untuk 360 Mobile Security 
+1 (617) 624 - 3424
360security@racepointglobal.com 

Source: 360 Mobile Security Limited
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security New products/services