omniture

RWE Ingin Tetapkan Lemonbeat sebagai Piawaian Antarabangsa

RWE Effizienz GmbH
2015-10-14 17:36 394

DORTMUND, Jerman, 14 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

  • World Wide Web Consortium (W3C) semak protokol komunikasi baharu untuk Internet Perkara
  • Demonstrasi langsung semasa persidangan W3C pada akhir Oktober di Sapporo

Lemonbeat terus menggerakkan pempiawaian antarabangsa ke hadapan: protokol komunikasi yang dibangunkan oleh RWE kini di World Wide Web Consortium (W3C) untuk semakan dan ulasan. RWE kini memainkan peranannya sebagai ahli pertubuhan terkemuka itu dan secara aktif mengusahakan kumpulan kepentingan "Web of Things". W3C berurusan dengan pempiawaian teknologi Internet. Saranan Konsortium itu menetapkan trend antarabangsa.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151013/276329 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151013/276330 )

Pada lewat September, RWE menyampaikan maklumat komprehensif tentang standard bahasa "Bahasa Peranti pintar Lemonbeat" (LsDL). Selepas itu, syarikat tersebut berkongsi perincian tentang LsDL dengan kumpulan W3C. "Maklum balas kepada protokol komunikasi kami adalah amat positif", kata Dr. Dietrich Gemmel, Ketua Pegawai Eksekutif di RWE Effizienz GmbH. "Julat prestasi luas Lemonbeat diterima dengan penuh minat."

Langkah seterusnya kini akan menyusul pada penghujung Oktober di Sapporo, Jepun. Semasa persidangan W3C itu, akan terdapat demonstrasi langsung Lemonbeat untuk pembangun IT dari seluruh dunia. Prototaip akan digunakan untuk menunjukkan bagaimana peranti boleh dihubungkan dengan satu sama lain menggunakan Lemonbeat dan bagaimana ia dapat menyepadukan fungsinya ke dalam rangkaian secara automatik sepenuhnya. Para hadirin akan melihat secara langsung bagaimana aplikasi Lemonbeat beroperasi secara dalaman. Gemmel yakin: "Dengan protokol berprestasi tinggi ini, kita mempunyai peluang yang hebat. Dalam konteks pempiawaian global Internet Perkara, kita dapat memainkan peranan penting."

Lemonbeat merupakan protokol komunikasi baharu yang menjadikan perangkaian peranti-peranti berbeza begitu mudah. Ia amat kompak, tetapi pada masa yang sama, ia juga dapat dikembangkan secara fleksibel untuk digunakan dalam aplikasi yang kompleks. Dengan ini, Lemonbeat dapat menangani cabaran Internet Perkara dengan begitu berkesan. Sebagai penyedia sistem automasi kediaman RWE SmartHome, komunikasi peranti pintar adalah tidak asing lagi bagi syarikat ini. Pelanggan rintis B2B terawal telah pun menggunakan Lemonbeat.

Untuk maklumat lanjut, lihat http://www.lemonbeat.net

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati melalui AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/79232/ -

RWE Effizienz GmbH membantu pelanggan menggunakan tenaga dalam cara yang paling cekap, selamat, mampu milik serta mesra iklim. Dengan produk-produk baharu yang inovatif seperti RWE SmartHome, penyelesaian untuk elektromobiliti atau penyelesaian penyimpanan tenaga elektrik canggih, RWE Effizienz kini menetapkan standard. Maklumat lanjut di http://www.rwe-effizienz.com, http://www.rwe-mobility.com, http://www.rwe-smarthome.de.

Hubungi

RWE Effizienz GmbH
Harald Fletcher
Ketua Komunikasi
T +49-231-438-48-40
M +49-173-2904149
harald.fletcher@rwe.com

Julika Gang
T +49-231-438-22-48
M +49-172-236-1312
julika.gang@rwe.com

Sumber: RWE Effizienz GmbH

Source: RWE Effizienz GmbH
Keywords: Electrical Utilities Green Technology Internet Technology Telecommunications Utilities New products/services