omniture

Kemas Kini Pelaburan Rusia Ulmart-Kenal Pasti Pemimpin Sektor dan Melabur kepada Mereka sekarang

Ulmart
2015-10-15 19:05 324

ST PETERSBURG, Russia, 15 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Semasa pameran hartanah Munich minggu lalu, syarikat e-dagang terkemuka Rusia, Ulmart, telah menganjurkan "sarapan kerja" untuk membincangkan perincian dan selok-belok pelaburan di Rusia pada masa kini ketika berlakunya ketegangan antarabangsa yang meningkat.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7660751-ulmart-russian-investment-update/

Topiknya, "Mengetengahkan Kes untuk Projek Pelaburan Besar di Rusia", menampilkan pengerusi dan pemegang saham majoriti Ulmart Dmitry Kostygin; Andrew Kaye, Pengarah Urusan dan Ketua Bersama Teknologi Perbankan, William Blair International; Calin Anton Pengarah Pembangunan Perniagaan Rusia & CIS, Astron; dan, Tim Millard, Pengarah Serantau, Ketua Perkhidmatan Perundingan di Jones Lang LaSalle, Rusia.

Satu perbincangan telah dimulakan tentang sejauh mana komuniti pelaburan cenderung untuk memberi tumpuan-malah obses-terhadap hartanah makro pada peringkat antara negara dan tidak mengendahkan banyak projek yang benar-benar menarik; terutamanya jenis projek yang terus membangunkan kebanyakan ekonomi dunia secara positif, kitaran demi kitaran.

Persetujuan umum adalah ekonomi Rusia berkemungkinan besar akan menguncup sekurang-kurangnya untuk dua atau tiga suku akan datang; kadar penguncupan telah berkurangan dengan nyata. Selain itu, ketika sekatan daripada negara-negara Barat telah memberi sedikit impak, faktor terbesar penguncupan adalah harga minyak yang merosot.

Namun begitu, seperti yang dinyatakan oleh Kostygin dan Millard, perbelanjaan pelanggan dan pelaburan runcit/pertumbuhan khususnya akan menjadi pemacu penting dalam ekonomi Rusia pada masa akan datang.

Pemerhatian Andrew Kaye amat berkaitan dengan strategi Ulmart iaitu mengembara ke seluruh dunia dan menceritakan kisah mereka. "Kenal pasti pemimpin sektor, dalam kes ini, Ulmart dalam sektor e-dagang di Rusia, dan membuat pelaburan kepada mereka. Pemimpin-pemimpin ini adalah masa hadapan untuk mencapai pemulihan. Dan, mereka pastinya akan menunjukkan hasil positif.

Kesemua penyampai percaya bahawa salah satu kunci terpenting kepada kejayaan semasa dan akan datang Ulmart adalah "terus membina infrastrukturnya." Pada November tahun ini, Pusat Pemenuhan Pinggir Bandar (SFC) generasi baharu akan mula beroperasi berhampiran lapangan terbang Pulkovo St. Petersburg. SFC baharu itu akan memenuhi ruang seluas lebih 15,000 meter persegi dan meningkatkan katalog dalam talian syarikat itu daripada 130,000 SKU kepada 200,000.

"Rusia merupakan prospek jangka panjang, peruncit lebih panjang dan e-dagang paling panjang…ketiga-tiganya akan kekal dan akan terus berkembang. Mereka yang melakukan usaha perluasan sekarang, akan mengungguli sektor e-dagang pada masa depan," tambah Brian Kean, Ketua Komunikasi dan IR Ulmart.

"Ulmart telah menemui caranya, mereka sedang memperluas dan mendapatkan bahagian pasaran…mereka adalah bintang pelaburan," tambah Kaye yang disambut oleh sorakan para hadirin.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151015/277241LOGO )

Brian Kean, Director for Communications and IR, + 79219478140, kin.b.p@ulmart.ru

Source: Ulmart
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Web Site New products/services