MUMBAI, India dan BERLIN, 19 Oktober 2015/PRNewswire/ --
- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) –
Penggunaan etnografi mudah alih menyediakan cara yang hebat untuk mendekati dunia anak muda dalam cara yang tidak bertapis, tulen dan memberikan maklumat rentas budaya dalam bentuk yang pantas dan menjimatkan kos.
Levi Strauss & Co telah meminta cawangan Happy Thinking People di India untuk melaksanakan penyelidikan asas di China dan AS tentang dunia fesyen remaja dan praremaja (8-12, 13-14 tahun), menggunakan Aplikasi Etnografi Mudah Alih Agensi itu iaitu Happisodes.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151013/276548 )
Jangkaan daripada pelanggan adalah jelas: secara keseluruhan, ia memberikan keluasan kefahaman rentas budaya tentang dunia fesyen anak muda. Juga:
Kajian ini telah menjana sejumlah besar bahan etnografik - gambar, perincian di dalam kediaman dan luar kediaman, temu bual yang padat - amat sesuai untuk memasukkan maklumat ke dalam analisis yang sensitif budaya.
Daripada perspektif penyelidikan, Agensi dan Pelanggan telah diyakinkan bahawa pendekatan mudah alih adalah tepat.
"Mudah alih merupakan padanan hebat - anak muda benar-benar meluahkan apa yang kami ingin tahu," kata Sabrina Schöder, Pengarah Urusan Happy Thinking People di India dan Ketua Projek. "Mereka berkongsi jauh lebih banyak daripada apa yang kami jangkakan." Menetapkan tugasan untuk anak muda telah berjaya, dan seringkali lebih berkesan daripada hanya bertanyakan soalan. Tugasan yang melibatkan permainan adalah yang paling berjaya, menjana penglibatan lebih tinggi dan hasil yang lebih padat.
Pelanggan yang meminta penyelidikan itu, Ken Leung, Pengarah Maklumat Pasaran Global di Levi Strauss & Co. juga adalah amat positif: "Mudah alih benar-benar berjaya untuk kami. Ia pastinya lebih 'selari' dengan mod komunikasi anak-anak pada masa kini".
Perincian lanjut di:
Laman sesawang kami di https://www.happythinkingpeople.com/2015/10/using-mobile-to-get-closer-to-kids-fashion-worlds/
Latar Belakang Happy Thinking People Group:
Diasaskan pada tahun 1989 di Munich, Happy Thinking People kini merupakan salah sebuah syarikat penyelidikan dan perunding pemasaran bebas yang terkemuka di dunia.
Hubungi: Edward Appleton, Pengarah Pemasaran Global
edward.appleton@happythinkingpeople.com
+49-(0)30-327986-8635
Sumber: Happy Thinking People