GRAZ, Austria, 21 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Edisi terkini Pameran Canton menyaksikan kerjasama penjenamaan bersama secara eksklusif yang baharu antara AngelBoard dan Chic Intelligent Technology Co. (CHIC). Skuter mengimbang sendiri ini akan dikenali sebagai AngelBoard. Ia akan menyerupai Hoverboard daripada filem 'Back to the Future' dari segi keseronokan dan teknologi.
Bukanlah suatu peristiwa kebetulan apabila Marty McFly tiba ke masa depan pada 21 Oktober 2015. Hari ini, kami melancarkan AngelBoard, hoverboard (papan selaju terapung) yang akan membolehkan anda meluncur di jalanan. Syarikat AngelBoard beroperasi sebagai jenama bersama di peringkat global yang eksklusif bagi CHIC Intelligent Technology.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, banyak papan luncur seumpama ini telah timbul dan mewujudkan kontroversi tentang siapakah pemilik paten asal bagi teknologi papan selaju terapung mengimbang sendiri ini. CHIC adalah pencipta asal, dengan 22 paten dan bertanggungjawab terhadap perkakasan yang terdapat pada IO HAWK dan jenama-jenama lain.
Peranti mengimbang sendiri yang lain seperti Hovertrax, yang dipromosikan melalui Kempen Kickstarter 2013, adalah berasaskan teknologi berbeza.
Yang Asli
CHIC Intelligent Technology Co. menghasilkan AngelBoard. Syarikat itu telah diasaskan oleh Pan Yunhe, mantan presiden Universiti Sains dan Teknologi Zhejiang. CHIC telah membangunkan teknologi ini selama hampir sepuluh tahun.
Apakah sebenarnya AngelBoard?
AngelBoard merupakan sesuatu yang baharu sepenuhnya. Ia bukanlah sekadar papan selaju. Ia bukan Segway. Ia merupakan satu revolusi dalam pengangkutan peribadi yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Seperti Hoverboard yang fiksyen dalam "Back to the Future", sedikit peralihan berat adalah cukup untuk menggerakkan AngelBoard. Papan ini dapat membawa seseorang yang mempunyai berat sehingga 120 kg dengan kelajuan 12 km/j berjarak sehingga 20km dengan sekali pengecasan. Rancangan media sosial: malah bintang seperti Justin Bieber dan Jamie Foxx terpesona dengan teknologi ini.
"Kami berharap dapat memulakan pergerakan baharu bersama AngelBoard." Batista Gérard Ruben, AngelBoard.
MEDIA SOSIAL
http://www.youtube.com/watch?v=ri9ItzBcqKM
http://www.facebook.com/angelboard.io
http://www.instagram.com/angelboard.io
http://www.twitter.com/angelboard_io
Semua gambar: http://www.angelboard.io
Ketua akhbar dan komunikasi
Eva Sommer
e.sommer@angelboard.io
+436644655690
SUMBER AngelBoard