EAST AMHERST, New York, 26 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Lekukan seterusnya di alam semesta merupakan hasil gabungan antara tenaga dan pertanian, yang mana cabaran tenaga, air bersih, kebuluran dan pemanasan global dunia akan ditangani secara serentak. Sejak tahun 2012, seorang usahawan dan pereka cipta Darin Pastor telah berusaha menghasilkan penyelesaian yang luas dan global dalam industri tenaga serta pertanian. Pada hari Jumaat, 23 Oktober 2015, En. Pastor telah memfailkan paten sementara untuk proses yang berkaitan pemerangkapan emisi karbon dioksida, tenaga elektrik dan hasil sampingan air daripada pengeluaran bahan bakar sintetik gas-kepada-cecair serta penggunaannya dalam pertanian vertikal. Gabungan kedua-dua industri ini menggunakan metodologi En. Pastor yang kini dalam proses menunggu kelulusan paten akan menghasilkan kemudahan pengilangan bahan bakar dan pertanian secara besar-besaran serta bebas daripada emisi.
En. Pastor ingin melesenkan teknologinya yang dalam proses menunggu kelulusan paten kepada para pelanggan di seluruh dunia. Selain itu, firma milik beliau merancang untuk membangunkan sekurang-kurangnya sepuluh kemudahan di seluruh rantau lingkaran karat Amerika Syarikat, iaitu di bandar-bandar seperti Buffalo, Niagara Falls, Cleveland, Detroit, Rochester, Syracuse, Albany, serta kawasan-kawasan miskin di seluruh dunia. Setiap satu daripada projek ini dapat mewujudkan sekitar 4,000 hingga 5,000 pekerjaan dalam sektor pembinaan dan 400 pekerjaan tetap berkemahiran tinggi. Secara keseluruhannya, sejumlah minimum 40,000 pekerjaan pembinaan dan 4,000 pekerjaan tetap berkemahiran tinggi bakal diwujudkan apabila kesemua sepuluh projek berjaya disempurnakan. Dengan potensi untuk menempatkan kemudahan-kemudahan ini di kawasan-kawasan metropolitan, seluruh kitar hayat emisi bahan bakar tradisional dan pengeluaran pertanian dapat dikurangkan dengan banyak melalui kos pengangkutan yang dikurangkan.
Bahan bakar sintetik tidak mengandungi sulfur, logam berat atau bahan aromatik yang toksik kepada alam sekitar. Hasil ciptaan En. Pastor yang menunggu kelulusan paten itu membolehkan kemudahan pengeluaran bahan bakar sintetik gas-kepada-cecair menghasilkan bahan bakar beremisi lebih rendah yang tidak membebaskan gas rumah hijau berbahaya ke atmosfera semasa penghasilannya.
Kemudahan bahan bakar gas-kepada-cecair menghasilkan emisi karbon dioksida yang banyak semasa pengeluaran yang tidak mengandungi molekul toksik seperti sulfur dan bahan aromatik lain. Ini mewujudkan peluang unik untuk memerangkap karbon dioksida dan menghalakan semula gas rumah hijau ke ladang-ladang vertikal (yang memerlukan gas karbon dioksida untuk proses fotosintesis), menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang bersaiz lebih besar serta penuh zat. Selain itu, pengeluaran bahan bakar gas-kepada-cecair menjana hampir tiga kali ganda bekalan elektrik yang diperlukan untuk mengendalikan kemudahan mereka. Dengan menggabungkan kemudahan gas-kepada-cecair dan ladang vertikal, potensi keuntungan daripada kedua-dua kemudahan menjadi lebih menarik. Di kawasan-kawasan miskin yang mana air tawar adalah sukar didapati, proses ini dapat digunakan untuk menyahgaram air laut dan menjadikannya sesuai untuk diminum, digunakan dalam pertanian vertikal mahupun pertanian tradisional.
Pertanian vertikal menawarkan kelebihan yang tidak didapati dalam pertanian tradisional. Contohnya, pertanian vertikal tidak memerlukan tanah yang banyak, meningkatkan saiz dan kekerapan hasil tuaian, serta menyediakan perlindungan tanaman daripada keadaan cuaca yang tidak sesuai. Disebabkan keperluan tanah yang kurang, ladang vertikal dapat ditempatkan berhampiran atau di kawasan-kawasan metropolitan. Ketika ketumpatan populasi di kawasan metropolitan meningkat, penempatan dan penggunaan pertanian vertikal di kawasan-kawasan tersebut dapat mengurangkan keperluan logistik dalam teknik pertanian masa kini dengan ketara. Ladang vertikal turut menghasilkan biojisim sebagai produk sampingan yang boleh digunakan sebagai makanan untuk akuaponik dalam ladang vertikal di mana ikan diternak. Anjakan paradigma berlaku apabila ladang vertikal ditempatkan secara strategik di kawasan-kawasan metropolitan yang mana masyarakat sekitar dengan mudah menggunakan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan yang dihasilkan di kemudahan itu.
Kemudahan baharu tersebut akan membantu membangunkan semula rantau perindustrian yang dahulunya pesat dari segi ekonomi, sambil menjadikan rantau lingkaran karat sebagai contoh terkemuka di peringkat global untuk menangani masalah tenaga, kebuluran, pemanasan global dan air bersih dunia. En. Pastor yakin ini merupakan peluang untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik.