omniture

Program Bantuan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren Tunaikan Impian Pendidikan 551 Pelajar Miskin

LKK Health Products Group
2015-11-03 14:23 524

HONG KONG, 3 November 2015 /PRNewswire/ -- Sejak dilancarkan oleh Yayasan Si Li Ji Ren pada akhir tahun 2013, Program Bantuan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren telah membantu 551 orang pelajar daripada keluarga miskin untuk mengikuti pengajian dengan menaja 13 buah kelas di 10 daerah dan bandar. Setakat November 2015, Program itu telah melabur hampir 9 juta RMB bagi memberi faedah langsung kepada para penerimanya.

Lulusan Kelas Impian di Bijie memperlihatkan hasil kerja mereka semasa Upacara Tamat Pengajian
Lulusan Kelas Impian di Bijie memperlihatkan hasil kerja mereka semasa Upacara Tamat Pengajian

 

Tirai Latar Program Bantuan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren bersama Lukisan Impian Para Pelajar
Tirai Latar Program Bantuan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren bersama Lukisan Impian Para Pelajar

Yayasan Si Li Ji Ren ditubuhkan untuk menjalankan program kebajikan masyarakat untuk menangani isu sosial yang amat mendesak dengan memanfaatkan kelebihan unik syarikat itu. Tajaan pendidikan dikenali dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama iaitu setelah memperkenalkan Projek Harapan (Project Hope). Badan-badan amal pendidikan masih mencari jalan terbaik dalam mengurus program-program sokongan pendidikan agar para penerima dapat menikmati faedah sebaiknya.

Program Bantuan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren memanfaatkan sumber mereka secara sepenuhnya menerusi jalinan kerjasama dengan kerajaan, sekolah, perniagaan dan pihak media. Sekolah-sekolah menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan tenaga pendidik dalam pasaran kerja; kerajaan membantu mengenal pasti penerima yang layak; perusahaan membekalkan dana; dan pihak media pula mempopularkan program tersebut kepada lebih ramai orang yang kurang berkemampuan. Integrasi sumber sebegini memastikan bantuan kewangan disampaikan kepada penerima paling layak dengan kecekapan tertinggi.

Bagi para pelajar yang menerima manfaat daripada program-program tersebut, matlamat mereka untuk belajar adalah murni dan ringkas iaitu untuk mempertingkat kemahiran mereka supaya mereka boleh menyara kehidupan sendiri dan keluarga. Pada Julai 2015, Kelas Impian di Bijie, Daerah Guizhou, iaitu kelas pertama yang ditaja oleh Program Bantuan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren, telah berjaya menamatkan pengajian dan masing-masing telah bekerja. Hal itu sekali lagi membuktikan program tersebut berada pada landasan yang betul. Dengan menaja para pelajar untuk mempelajari bidang-bidang yang diperlukan dalam pasaran kerja, program itu memastikan para penerima mampu membebaskan diri sendiri daripada belenggu kemiskinan menggunakan kemahiran yang dipelajari pada peringkat awal, dan seterusnya memberi harapan kepada sebuah keluarga mahupun kepada sesebuah kawasan.

Program Bantuan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren menyeimbangkan kepentingan latihan vokasional dan pemupukan sifat mulia secara sama rata. Kursus latihan dua kali setahun itu menyemai nilai-nilai teras bangsa Cina dan budaya berdisiplin serta aktiviti-aktiviti kebajikan masyarakat yang diadakan pada setiap tahun akademik yang bertujuan untuk mendidik para pelajar akan kepentingan berbakti kepada masyarakat serta berusaha menjadi insan kamil yang mengamalkan nilai-nilai tradisi bangsa Cina.

Program itu menyediakan 13 Kelas Impian di 10 daerah, termasuk Guizou, Sichuan, Hebei, Hubei dan Yunnan. Kelas-kelas latihan vokasional ini meliputi pelbagai kemahiran daripada memasak, kejururawatan, mengacu, pengurusan logistik, hingga kepada teknologi landskap. Sehingga Oktober 2015, semua Kelas Impian telah bermula dengan lancar dan seramai 551 orang anak muda dari kawasan-kawasan miskin mengikuti program ini.

"Kami melihat banyak perubahan yang dibawa oleh Program ini terhadap para peserta dan keluarga mereka. Hal ini telah meningkatkan keyakinan dan semangat kami untuk mendorong belia yang tidak bernasib baik menerima akses latihan vokasional peringkat tinggi." En. Harry Yeung, Pengerusi Yayasan Si Li Ji Ren dan Naib Presiden Kanan LKKHPG, berkata, "Kami berharap Program ini dapat memberikan bantuan yang diperlukan oleh mereka untuk mengejar impian masing-masing."

Yayasan Si Li Ji Ren, sebuah yayasan swasta, ditubuhkan pada 10 Disember 2012, selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Hal Ehwal Awam. Pembasmian kemiskinan dan penajaan pendidikan adalah salah satu fokus utama Yayasan itu, selain kesihatan masyarakat awam dan bantuan kepada yang kurang bernasib baik serta bantuan bencana. Dana sulung Yayasan itu sebanyak 20 juta RMB, telah disumbangkan oleh Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151102/0861510538-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151102/0861510538-b

 

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages