omniture

Pesta Pencahayaan Antarabangsa China (Guzhen) ke-16 Ditutup dengan Jayanya

China (Guzhen) International Lighting Fair
2015-11-11 10:00 355

GUZHEN, China, 10 Nov., 2015 /PRNewswire/ -- Pesta Pencahayaan Antarabangsa China (Guzhen) kali ke-16 telah ditutup dengan jayanya di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen pada 26 Oktober 2015.

The 16th Guzhen Lighting Fair bustling with oceans of visitors
The 16th Guzhen Lighting Fair bustling with oceans of visitors

Secara keseluruhan, 234,373 orang pengunjung dari dalam dan luar negara telah tertarik untuk menghadiri pameran pendek selama 5 hari ini. Dewan utama menghimpunkan 68,194 orang pengunjung, termasuk 3,419 orang dari 112 buah negara dan wilayah. Bilangan pengunjung telah meningkat 20% berbanding jumlahnya pada tahun 2014. Seluruh tapak tersebut telah dipenuhi oleh para pedagang daripada pasaran tempatan dan luar negara.

Ruang dewan utama meliputi lebih 30,000 meter persegi, menarik 616 perusahaan yang disegani. Pelbagai jenis produk yang merangkumi keseluruhan rantaian pengeluaran dalam aktiviti huluan dan hiliran, termasuk pencahayaan komersial, lampu elektrik, pencahayaan luar, pencahayaan LED dan aksesori pencahayaan, dapat dilihat. Seluruh rekaan baharu telah diaplikasikan secara meluas dalam katalog produk yang lengkap.

Dengan penyertaan pihak-pihak yang penting dalam industri pencahayaan, terdapat banyak perjumpaan, forum dan aktiviti diadakan seperti "Salon Pereka Pencahayaan Global", "Ulasan Kerja Calon Pertandingan Rekaan Pencahayaan Antarabangsa China 2015", "Forum Kemuncak Industri Ibu Kota Pencahayaan China ke-12", "Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Pameran Pesta Pencahayaan Antarabangsa China (Guzhen) ke-16 & Anugerah Pertandingan Rekaan Pencahayaan Antarabangsa China 2015", dll. Sekumpulan pakar dan pasukan profesional telah berhimpun untuk membincangkan tentang maklumat pasaran, pembangunan teknologi dan pendekatan pembangunan perusahaan yang memandu hala tuju fesyen baharu dalam industri pencahayaan.

Bersama pesta itu, Festival Pencahayaan Guzhen Pertama telah diadakan pada 21-27 Oktober. Pesta dan festival itu membentuk ciri paling menonjol bagi "Mengunjungi Pameran pada siang hari sambil menikmati hiasan cahaya pada waktu malam". Berdasarkan tema ""Impian Guzhen, Impian Zhongshan dan Impian China", festival pencahayaan itu menggabungkan sepenuhnya hiasan cahaya tempatan dengan unsur teknikal serta kebudayaan untuk menunjukkan kesan pencahayaan, latar malam yang menakjubkan dan juga tarikan pencahayaan unik, selain menyepadukan secara organik budaya tema pencahayaan berwarna-warni dengan industri pencahayaan dan sumber kebudayaan pelancongan Bandar Guzhen untuk mempromosikan industri-industri di bandar itu.

Pesta Pencahayaan Antarabangsa China (Guzhen) kali ke-17 (Edisi Musim Bunga) sedang melakukan proses persediaan dan dirancang untuk diadakan pada 18-21 Mac 2016 di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen. Marilah kita membuat janji temu di sini untuk bertemu di pesta Pencahayaan Guzhen yang akan datang dan nantikan majlis pembukaan yang menakjubkan bagi pertunjukan musim bunga bersama.

Laman sesawang: http://www.gzlightingfair.com/en/Home

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151106/0861510821

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics