omniture

Penggunaan Lautan Kita Secara Lestari - Memastikan Keberkesanan Idea

maribus gGmbH
2015-11-11 10:08 459

HAMBURG dan KIEL, Jerman, Nov. 11, 2015 /PRNewswire/ --

maribus dan Kluster Kecemerlangan Kiel "The Future Ocean" memberi sorotan terhadap kelestarian dan lautan dalam terbitan "World Ocean Review" yang baharu, kini sudah mencapai edisinya yang keempat. Dengan berbuat demikian, mereka membuat hubung kait antara teori kelestarian dan penyelidikan tentang cara mengurus lautan dan sumbernya secara bertanggungjawab. 

Bangsa manusia sudah lama memilih untuk menetap berhampiran lautan sejak berzaman lamanya, kerana garisan pantai kita menawarkan banyak peluang dan manfaat bagi mereka yang menetap di sana. Namun begitu, dengan populasi dunia yang semakin pantas berkembang, kita perlu memikirkan masa depan lautan dan pesisiran pantai kita. Tekanan ke atas lautan kita sudah meningkat dengan amat tinggi, sebab utamanya kerana penggunaan oleh manusia - tetapi sumber marin ada hadnya. Bagaimana pemuliharaan dan penggunaan boleh diseimbangkan? Apakah kriteria yang patut digunakan bagi menilai laluan pembangunan berpotensi menuju penggunaan persekitaran marin yang lestari? Apakah tindakan praktikal yang mesti diambil bagi memastikan penggunaan secara lestari ini? Apakah bentuk persetujuan pampasan yang patut dipersetujui antara yang untung dengan yang rugi? Dan apakah sebenarnya maksud "kelestarian" - yang sudah menjadi salah satu istilah yang paling diperbesar-besarkan hari ini - berhubung dengan lautan dan rantau pesisiran pantai?

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151109/285435 )

Edisi keempat "World Ocean Review" ini, bertajuk " Penggunaan Lautan Kita Secara Lestari - Memastikan Keberkesanan Idea (Sustainable Use of Our Oceans - Making Ideas Work)" (WOR 4) dan diterbitkan oleh organisasi tanpa untung maribus gGmbH dengan sokongan majalah mare, Institut Lautan Antarabangsa (IOI) dan Kluster Kecemerlangan "The Future Ocean", mengambil pandangan global terhadap topik kelestarian dan lautan. "Kelestarian" sudah menjadi salah satu istilah yang paling diperbesar-besarkan hari ini dan maksudnya adalah berbeza mengikut takrif atau konteks. Penyumbang WOR daripada Kluster Kecemerlangan "The Future Ocean" membuat hubung kait antara teori kelestarian dan penyelidikan terhadap cara mengurus lautan serta sumbernya secara bertanggungjawab. Mereka membentangkan konsep saintifik kukuh dalam cara yang jelas dan boleh difahami oleh pembaca awam, dan menunjukkan sejauh mana masyarakat awam serta penggubal dasar turut sama memberi sumbangan bermakna.

"Dengan 'World Ocean Review', matlamat kami adalah untuk memberi orang awam dengan kit instrumen asas untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang kelestarian dengan menyediakan maklumat menyeluruh tentang pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh lautan," kata Profesor Martin Visbeck, Jurucakap Kluster Kecemerlangan Kiel "The Future Ocean" dan seorang ahli oseanografi di Pusat Penyelidikan Lautan GEOMAR Helmholtz di Kiel. "Kemajuan terhadap penggunaan lautan yang lestari boleh dicapai jika semua pihak berkepentingan berganding bahu. Oleh itu, untuk agenda pembangunan lestari global, adalah penting untuk kita menyelaraskan pelbagai jenis penggunaan dan perlindungan persekitaran marin dengan lebih berkesan, terutamanya secara transnasional."

"World Ocean Review" turut menawarkan gambaran keseluruhan yang terperinci tentang pelbagai perkhidmatan ekosistem yang disediakan oleh lautan untuk komuniti manusia, seperti penghasilan gas oksigen, makanan, tenaga angin dan ombak, serta laluan laut untuk pengangkutan maritim. Ia melihat kepada peranan sumber tidak boleh dibaharui seperti minyak, gas, dan agregat marin (seperti kerikil dan pasir), dan menunjukkan bagaimana paya bakau dan beting pasir boleh melindungi garisan pantai. Hari ini, kebanyakan perkhidmatan itu kini terancam akibat terlebih eksploitasi, pencemaran dan pembebasan gas rumah hijau. Selain daripada mengenal pasti puncanya, WOR 4 menyatakan skala masalah itu dan menunjukkan bagaimana usaha sedang dilakukan pada masa kini dalam pelbagai bidang saintifik bagi membangunkan hipotesis serta model berdaya maju yang melaluinya, penemuan ahli teori kelestarian boleh diterjemahkan menjadi strategi sosial, politik, dan ekonomi dengan kaitan praktikal.

"Pemuliharaan marin adalah paling berkesan apabila orang awam sendiri mengambil tindakan. Orang awam yang termaklum dengan pemahaman yang mantap tentang persekitaran marin boleh memberi tekanan yang diperlukan bagi membawa kesan kepada perubahan dasar," kata Nikolaus Gelpke, Pengarah Urusan maribus gGmbH, penerbit mareverlag dan Presiden IOI. "Namun begitu, untuk mencapai tujuan itu, sokongan perlu sentiasa diberikan agar orang ramai boleh bertanggungjawab terhadap pengurusan persekitaran mereka dengan lestari. Pembinaan kapasiti ini kini merupakan permintaan dasar tahap tertinggi dan termaktub dalam agenda kelestarian global baharu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu."

"World Ocean Review 4" akan dilancarkan semasa Perwakilan Schleswig-Holstein di Berlin pada 10 November 2015 semasa satu acara sebelah malam yang dihadiri oleh para tetamu dalam bidang politik, perniagaan, sains, media, dan pendidikan.

Latar Belakang

maribus gGmbH ditubuhkan oleh penerbit mare Nikolaus Gelpke pada tahun 2008. Sebagai sebuah organisasi tanpa untung, matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran awam tentang hubungan antara pelbagai aspek sains marin dan menyumbang kepada pemuliharaan marin yang lebih berkesan. Melalui "World Ocean Review" (WOR 1) mereka yang pertama, maribus berjaya menyampaikan laporan yang menyeluruh, terperinci, dan unik tentang keadaan lautan dunia serta hubungan antara lautan dengan keadaan ekologi, ekonomi, dan sosiopolitik yang lazim. Sehingga hari ini, kira-kira 70,000 salinan bagi ulasan ini (dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jerman) telah mendapat permintaan dari seluruh dunia. Terbitan seterusnya iaitu "World Ocean Review 2 - Masa Depan Ikan - Perikanan Masa Depan" dan "World Ocean Review 3 - Sumber Marin - Peluang dan Risiko" menawarkan analisis bertema yang lebih terperinci.

Penerbitan maribus keempat "Penggunaan Lautan Kita Secara Lestari - Memastikan Keberkesanan Idea" telah meneruskan kerjasama dengan rakan kongsi WOR, yang mewakili komitmen selama bertahun-tahun terhadap lautan dan standard akademik tertinggi:

  • Institut Lautan Antarabangsa (IOI), ditubuhkan oleh Elisabeth Mann Borgese pada tahun 1972,
  • Kluster Kecemerlangan "The Future Ocean" - sebuah kumpulan penyelidikan yang terdiri daripada lebih 200 saintis dalam pelbagai bidang, disokong Universiti Kiel, Pusat Penyelidikan Lautan GEOMAR Helmholtz di Kiel, Institut Kiel untuk Ekonomi Dunia dan Akademi Seni Halus dan Rekaan Muthesius, serta dibiayai oleh kerajaan persekutuan dan negeri dalam kerangka Inisiatif Kecemerlangan Yayasan Penyelidikan Jerman (DFG),
  • dan mare - Majalah tentang Lautan.

Sebanyak 25,000 salinan "World Ocean Review 4" telah diedarkan. Terbitan ini tidak dijual, namun tetap diedarkan secara percuma tanpa sebarang tujuan membuat keuntungan. Ia boleh dipesan daripada laman sesawang WOR (http://www.worldoceanreview.com). Selain daripada edisi Bahasa Jerman, edisi Bahasa Inggeris juga boleh didapati. Laporan lengkapnya diterbitkan serentak di Internet melalui http://www.worldoceanreview.com

"World Ocean Review 4 - Penggunaan Lautan Kita Secara Lestari - Memastikan Keberkesanan Idea", diterbitkan oleh maribus gGmbH, Hamburg 2015, 152 halaman, dengan pelbagai ilustrasi dan gambar, kulit lembut.

Pautan: 
http://www.worldoceanreview.com 
http://www.mare.de 
http://www.futureocean.org

Pihak untuk dihubungi dan salinan sampel: 

maribus gGmbH
Stephanie Haack
Media & Hubungan Awam
Tel: +49-(0)40-368076-22
E-mel: haack@maribus.com

Kluster Kecemerlangan "The Future Ocean"
Christian-Albrechts-Universität zu Kiel / Universiti Kiel
Friederike Balzereit, Hubungan Awam
Tel: +49-431-880-3032
E-mel: fbalzereit@uv.uni-kiel.de

Source: maribus gGmbH
Keywords: Books Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service New products/services Not for profit