omniture

APP Berkongsi Pencapaian Pengurusan Tanah Gambut Sediakan Penyelesaian Jangka Masa Panjang untuk Kebakaran

APP-Indonesia
2015-11-13 19:29 668

APP mengalu-alukan inisiatif Kerajaan untuk Penangguhan Tanah Gambut

JAKARTA, Indonesia, 13 November 2015 /PRNewswire/ -- Asia Pulp & Paper Group (APP) hari ini menyambut baik arahan Presiden Indonesia berkenaan pengurusan tanah gambut yang lebih baik, termasuk penangguhan untuk pemajuan baharu di atas tanah gambut.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Pengurusan Amalan Terbaik Tanah Gambut APP, hari ini syarikat itu telah mengumumkan penyiapan lebih 400 empangan untuk menghalang saluran sempadan ladang[1] di konsesi pembekal APP di tanah gambut Riau dan Sumatera Selatan. Empangan itu telah direka untuk melindungi hutan tanah gambut dengan menaikkan paras air dan memulakan pembasahan semula tanah gambut bagi mengelakkan berlakunya kebakaran hutan. APP dan pembekal kayu pulpa mereka merancang untuk membina sejumlah lebih 3,000 empangan saluran sempadan di daerah Riau, Sumatera, yang mana pembinaannya dijangka siap menjelang suku tahun pertama 2016. Rekaan empangan saluran sempadan yang sama dalam operasi pembekal APP di Jambi, Sumatera Selatan dan Kalimantan Barat sedang diusahakan dan pelaksanaan empangan tambahan ini juga akan bermula sebelum hujung tahun ini.

Program penyekatan saluran sempadan ini merupakan langkah pertama ke arah pelaksanaan zon penampan lebih luas antara hutan dan ladang di dalam dan di sekeliling semua konsesi pembekal APP. Zon penampan akan membenarkan paras air hampir semula jadi di pinggir hutan dapat dikekalkan, yang diperlukan untuk kemandirian hutan serta untuk pengurangan kehilangan tanah gambut, pembebasan karbon, dan risiko kebakaran.

Tanah gambut adalah pengumpulan bahan tumbuhan separa reput yang biasanya ditemui di kawasan tanah lembap. Ia menyokong kepelbagaian biologi, menyimpan banyak karbon, dan boleh ditemui di serata Indonesia, dari Sumatera ke Papua. Penyaliran keluar tanah gambut yang tidak terkawal akan mengeringkan dan mereputkan tanah gambut itu, lalu mengakibatkan pembebasan karbon dan keadaan mudah terbakar.

Hari ini, APP turut berkongsi kemajuan daripada inisiatif Pengurusan Amalan Terbaik Tanah Gambutnya sendiri, yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu. Ini menambah kepada ikrar pemuliharaan dalam Dasar Pemuliharaan Hutan (FCP) syarikat itu yang diumumkan pada Februari 2013, yang memperkenalkan penangguhan serta merta untuk semua proses melapangkan hutan semula jadi serta pemajuan tanah gambut baharu. Penanggungan untuk pemajuan tanah gambut baharu itu dikenakan bagi membenarkan penilaian saintifik dijalankan, yang akan menghasilkan peta kawasan tanah gambut menyeluruh dalam rantaian bekalannya serta amalan pengurusan terbaik untuk kawasan itu. Sejak tahun 2014, APP telah menggunakan khidmat Deltares, sebuah institut bebas untuk penyelidikan gunaan dengan kepakaran dalam hidrologi dan pengurusan tanah gambut di Asia Tenggara untuk pemetaan tanah gambut ini serta pembangunan pengurusan amalan terbaik.

Pencapaian pertama untuk pendekatan berasaskan sains terhadap pengurusan tanah gambut ini adalah komitmen oleh APP untuk menutup lima daripada ladang pembekalnya dengan serta merta, yang meliputi 7,000 hektar di daerah Riau dan Sumatera Selatan pada Ogos 2015. Sejak Ogos, pengumpulan data LiDAR dari udara merangkumi 4.5 juta hektar tanah gambut di Indonesia telah disiapkan. Data itu sedang dianalisis mengikut fasa, dengan peta tanah gambut pesisiran pantai di Sumatera Timur dijangka akan siap pada suku pertama tahun 2016.

Pengarah Urusan Kelestarian APP, Aida Greenbury, berkata:

"Pengalaman skala meluas untuk pengurusan amalan terbaik tanah gambut bagi landskap ini merupakan penyelesaian jangka masa panjang bagi melindungi landskap tanah gambut dan mencegah kebakaran, dan kerana inilah sejak dua tahun lalu, APP telah banyak melabur dalam pengenalpastian Pengurusan Amalan Terbaik Tanah Gambut untuk operasi pembekalan kayu pulpa kami. Usaha rantaian bekalan kami tidak mencukupi untuk memulihkan semula hutan dan menyekat saluran bagi mengekalkan paras air di landskap tanah gambut, dan kami begitu teruja untuk terus menyokong kerajaan Indonesia dan bekerjasama dengan pihak-pihak lain bagi memastikan pelaksanaan pendekatan landskap amalan terbaik tanah gambut."

Keputusan pengurusan amalan terbaik tanah gambut akan dihantar kepada kerajaan Indonesia dan akan dikongsi bersama perniagaan dan komuniti tempatan bagi memastikan seluruh Indonesia mendapat manfaat daripada usaha melindungi tanah gambut dan mencegah kebakaran hutan dalam jangka masa panjang.

Pencapaian APP dalam Pengurusan Tanah Gambut

2013

  • APP menetapkan penangguhan serta merta untuk proses melapangkan hutan dan pemajuan tanah gambut:
    • Semua proses melapangkan hutan semula jadi digantung oleh pembekalnya. APP komited untuk melindungi semua kawasan hutan semula jadi yang masih tinggal, termasuk di tanah gambut; dan
    • Semua pemajuan ladang dan prasarana baharu di atas tanah gambut digantung sementara menunggu saranan daripada kumpulan pakar tanah gambut bebas

2014

  • APP mengumumkan inisiatif pemuliharaan baharu yang akan membantu menyediakan perlindungan dan pemuliharaan satu juta hektar hutan, kawasan yang sama luas dengan ladang kayu pulpa pembekal APP yang sudah mantap di Indonesia
  • APP memulakan pemetaan LiDAR untuk tanah gambut bagi menyokong ikrar pemuliharaan dalam Dasar Pemuliharaan Hutan (FCP)

2015

  • APP mengumumkan komitmen untuk menutup 7,000 hektar ladang komersial dengan serta merta bagi membantu melindungi landskap tanah gambut kritikal di sekelilingnya dan untuk mengurangkan pembebasan karbon.
  • Pengumpulan data LiDAR disiapkan untuk 4.5 juta hektar tanah gambut, analisis data dimulakan.
  • Rekaan untuk lebih 3,000 empangan saluran di landskap tanah gambut kritikal di Riau disiapkan; rekaan untuk empangan di daerah lain masih diteruskan. Lebih 400 empangan dibina di Riau dan Sumatera Selatan menjelang 11 November.

Latar Belakang APP-Indonesia

Asia Pulp & Paper Group (APP) merupakan nama dagangan sekumpulan syarikat pulpa dan penghasilan kertas. APP bertanggungjawab menyediakan produk berkualiti bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk kertas tisu, pembungkusan, dan kertas. Pada bila-bila masa, produk kami tentu akan melalui tangan pengguna dalam pelbagai bentuk berjenama di seluruh dunia.

Bermula pada tahun 1972 dengan Tjiwi Kimia, menghasilkan soda kaustik, kini kami mengendalikan sembilan buah kilang yang terletak di Jawa dan kepulauan Sumatera dengan kapasiti gabungan pulpa, kertas, produk pembungkusan, dan penukaran sebanyak lebih 9 juta tan. Hari ini, APP memasarkan produknya di lebih 120 buah negara merentasi enam buah benua.

Sejak beberapa tahun, kami telah memperluaskan operasi kami secara signifikan melalui pengambilalihan dan perluasan beberapa buah kilang pulpa dan kertas kami. Komitmen kami terhaap kepuasan pelanggan yang membolehkan kami memperluaskan bahagian kami dalam jualan kertas seluruh dunia dan meluaskan kehadiran kami melalui cawangan di banyak negara. Kami percaya 'tradisi dan kemodenan boleh berjalan seiring', bermakna kami menghargai hubungan jangka masa panjang sebagai sebahagian daripada tradisi Timur kami, namun kami juga terbuka untuk menerima nilai moden untuk inovasi dan kecekapan.

Mengekalkan kewibawaan rantaian bekalan kami juga adalah penting untuk operasi APP. APP melancarkan Hala Tuju Kelestarian Wawasan 2020 pada Jun 2012 dan Dasar Pemuliharaan Hutan pada Februari 2013, bagi terus memperbaiki prestasi alam sekitarnya, pemuliharaan kepelbagaian biologi, dan perlindungan hak masyarakat. Matlamat penting hala tuju ini adalah untuk memastikan pembekal kayu pulpa menggunakan perlindungan Nilai Pemuliharaan Tinggi (HCV) dan Stok Karbon Tinggi (HCS), perlindungan tanah gambut, dan agar dapat diperakui 100% Pengurusan Hutan Lestari (SFM) menjelang tahun 2020.

Pada April 2014, APP melancarkan komitmennya untuk menyokong perlindungan dan pemuliharaan satu juta hektar hutan di Indonesia. Sejajar dengan komitmen ini, menjelang tahun 2015 APP dan para pembekalnya telah memperuntukkan kira-kira 600,000 hektar untuk usaha pemuliharaan dalam konsesi pembekalnya dan untuk pemulihan ekosistem.

Ketahui lebih lanjut tentang laluan APP ke arah kecemerlangan operasi dengan membaca Laporan Kelestarian dan Dasar Pemuliharaan Hutan kami di: www.asiapulppaper.com

Gambar rajah dan foto:

Projek Pengurusan Amalan Terbaik Tanah Gambut (PBPMP) adalah projek sokongan pengurusan berasaskan sains yang dijalankan oleh Deltares and APP: [1] mula-mula data, [2] kemudian analisis, [3] seterusnya sokongan penambahbaikan pengurusan/perancangan.
Projek Pengurusan Amalan Terbaik Tanah Gambut (PBPMP) adalah projek sokongan pengurusan berasaskan sains yang dijalankan oleh Deltares and APP: [1] mula-mula data, [2] kemudian analisis, [3] seterusnya sokongan penambahbaikan pengurusan/perancangan.

 

Pengesanan dan Tentu Jarak Cahaya (LiDAR) menggunakan laser berdenyut untuk menjana maklumat tiga matra yang jitu tentang bentuk ketinggian dan litupan tumbuhan permukaan Bumi. Data sebegini biasanya tidak boleh didapati di Indonesia, dan amat diperlukan untuk pengurusan tanah gambut
Pengesanan dan Tentu Jarak Cahaya (LiDAR) menggunakan laser berdenyut untuk menjana maklumat tiga matra yang jitu tentang bentuk ketinggian dan litupan tumbuhan permukaan Bumi. Data sebegini biasanya tidak boleh didapati di Indonesia, dan amat diperlukan untuk pengurusan tanah gambut

 

Pelan penyekatan saluran sempadan dalam konsesi kayu pulpa pembekal APP sebahagian daripada konsesi Kerumutan, daerah Riau, Sumatera. Keutamaan pertama adalah untuk menyekat saluran sempadan dan bahagian dalam hutan untuk usaha pemuliharaan dan pengurangan risiko kebakaran
Pelan penyekatan saluran sempadan dalam konsesi kayu pulpa pembekal APP sebahagian daripada konsesi Kerumutan, daerah Riau, Sumatera. Keutamaan pertama adalah untuk menyekat saluran sempadan dan bahagian dalam hutan untuk usaha pemuliharaan dan pengurangan risiko kebakaran

 

Aktiviti penyekatan saluran untuk memulihkan ladang kayu pulpa di landskap Sembilang, Sumatera Selatan
Aktiviti penyekatan saluran untuk memulihkan ladang kayu pulpa di landskap Sembilang, Sumatera Selatan

Nota:
[1] Saluran sempadan merupakan saluran air sepanjang sempadan ladang.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Untuk Malaysia:

Cohn & Wolfe
Lim Jia Yang / Jonathan Tan
Telefon: +603 2035 5455, Faks: +603 2035 5456
E-mel: jiayang.lim@cohnwolfe.com / jonathan.tan@cohnwolfe.com

Untuk Filipina:

Cohn & Wolfe
Amiel Mendoza
Pejabat: +632 465 9280, Telefon Bimbit: +63 998 562 5284
E-mel: Amiel.Mendoza@cohnwolfe.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151112/8521507705-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151112/8521507705-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151112/8521507705-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151112/8521507705-d

Source: APP-Indonesia
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Green Technology Paper/Forest Products/Containers