omniture

Kajian Antarabangsa Mendorong Pertimbangan Semula Terhadap Peningkatan Kencing Manis di Bandar

Cities Changing Diabetes
2015-11-16 13:30 352

BAGSVAERD, Denmark, 16 November 2015 /PRNewswire/ --  

Kajian rintis baharu yang diketuai oleh Kolej Universiti London (UCL) untuk perkongsian Cities Changing Diabetes menunjukkan faktor-faktor sosiobudaya termasuk tekanan masa, waktu ulang-alik, dan lokasi tempat anda tinggal memainkan peranan signifikan dalam kecenderungan menghidap penyakit kencing manis[1]

  • Penemuan daripada kajian terbesar dunia pertama seumpamanya bagi kencing manis urban - di lima buah bandar yang menempatkan sejumlah 60 juta orang - mencadangkan bandar mesti mempertimbangkan kesihatan awam dan strategi perancangan bandar bagi menangani peningkatan penyakit ini
  • Lebih 400 juta orang di seluruh dunia menghidap kencing manis, lebih dua pertiga daripada mereka yang tinggal di bandar[2],[3] 
  • Pencetus perkongsian Novo Nordisk berjanji akan melabur lebih 20 juta USD dalam sumber pakar dan dana penyelidikan untuk Cities Changing Diabetes menjelang tahun 2020
  • Penemuan ini akan dibentangkan kepada para delegasi semasa Sidang Kemuncak antarabangsa di Copenhagen pada Isnin 16 November dan ia akan turut mengumumkan yang pada tahun 2016, Vancouver dan Johannesburg akan menyertai Bandar Raya Mexico, Shanghai, Tianjin, Copenhagen dan Houston sebagai bandar rakan kongsi

Penyelidikan antarabangsa yang diketuai oleh Kolej Universiti London (UCL) sebagai sebahagian daripada program perkongsian 'Cities Changing Diabetes' mencabar pemahaman saintifik semasa tentang peningkatan mendadak penyakit kencing manis di bandar. Penemuan itu mencadangkan di kawasan bandar seluruh dunia, faktor sosial dan budaya memainkan peranan yang jauh lebih penting dalam penularan epidemik ini berbanding apa yang disangka sebelum ini.  

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7690951-study-rethink-rise-diabetes-in-cities/  

Lebih dua pertiga daripada 400 juta penghidap kencing manis seluruh dunia tinggal di kawasan bandar.[1],[2] Kajian selama setahun untuk Cities Changing Diabetes, satu perkongsian awam-swasta-akademik yang unik, ingin memahami dengan lebih baik tentang apa yang membuatkan manusia cenderung untuk menghidap kencing manis jenis 2 di bandar agar dapat memaklumkan penyelesaian bagi salah satu cabaran kesihatan awam pada zaman moden yang paling mencabar ini. Bagi menerokai isu rumit ini, lebih 550 temu bual telah dijalankan bersama individu berisiko serta mereka yang sudah didiagnosis di lima buah bandar utama - Copenhagen, Houston, Bandar Raya Mexico, Shanghai dan Tianjin.

"Dengan menumpukan sebahagian besarnya ke atas faktor risiko bioperubatan untuk kencing manis, penyelidikan tradisional tidak menjelaskan dengan lengkap tentang impak pendorong sosial dan budaya terhadap penyakit ini," kata David Napier, Profesor Antropologi Perubatan, UCL. "Penyelidikan rintis kami akan membolehkan bandar seluruh dunia membantu populasi menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang membuatkan mereka kurang cenderung untuk menghidap kencing manis."

Kajian itu mendapati kecenderungan menghidap kencing manis di bandar dikaitkan dengan gabungan faktor sosial dan budaya yang rumit[1]- bertanggungjawab meletakkan orang ramai pada risiko awal yang lebih tinggi seraya membuatkan mereka kurang berkemungkinan untuk didiagnosis, menerima rawatan, dan mengekalkan kesihatan yang baik. Faktor sosial yang dikenal pasti termasuk kewangan, geografi, sumber, dan kekangan masa sementara penentu budaya termasuk tanggapan saiz tubuh dan kesihatan serta tradisi yang sudah lama diamalkan.[1]

"Pengetahuan yang kita perolehi daripada penyelidikan Cities Changing Diabetes ini telah secara dasarnya mengubah cara kita berfikir tentang kencing manis di bandar kita," kata Dr Armando Ahued Ortega, Menteri Kesihatan Bandar Raya Mexico. "Pemahaman faktor risiko sosiobudaya yang baharu ini akan memandu pembangunan dasar kesihatan awam yang semakin cekap dan tertumpu bagi menyokong kesihatan serta kesejahteraan rakyat kami."

PENEMUAN PENTING DARIPADA BANDAR YANG DIKAJI[1]

  • Di Houston, tanggapan tradisional yang mana kekurangan hidup berkaitan dengan kecenderungan penyakit sudah tidak boleh diterima lagi dan individu yang mengalami atau tidak mengalami masalah kewangan cenderung untuk menghidap kencing manis
  • Di Bandar Raya Mexico, peranan jantina mungkin menyumbang kepada peningkatan kecenderungan kerana wanita mengabaikan kesihatan mereka sendiri kerana tidak mahu dianggap membebankan
  • Di Copenhagen, kencing manis selalunya tidak berada pada kedudukan tertinggi dalam keutamaan keperluan seseorang, memandangkan terdapat banyak lagi masalah sosial dan kesihatan seperti pengangguran, masalah kewangan dan kesunyian
  • Di Shanghai, ikutan budaya untuk menafikan kesukaran hidup dilihat sebagai punca penghidap kencing manis enggan mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan, keluarga dan golongan profesional dalam penjagaan kesihatan 
  • Di Tianjin, penghidap kencing manis melaporkan pelbagai punca penyakit itu termasuk pilihan makanan yang tidak sihat, terlalu banyak bekerja dan kesihatan mental yang terjejas

Didorong daripada penemuan ini, Novo Nordisk telah berjanji untuk menyokong usaha memerangi kencing manis di bandar melalui pelaburan sebanyak 20 juta USD bagi sumber pakar dan dana penyelidikan menjelang tahun 2020. Diminta mengulas tentang ikrar ini, Lars Rebien Sørensen, presiden dan ketua eksekutif, Novo Nordisk berkata:
"Kami memberi komitmen yang sekian lama wujud untuk menyediakan lebih daripada sekadar farmaseutikal bagi memerangi kencing manis. Penyelidikan seperti ini benar-benar menunjukkan mengapa kami memulakan Cities Changing Diabetes - agar dapat mengubah secara dasarnya trajektori penyakit ini melalui tindakan dengan sasaran yang dimaklumkan oleh pemahaman baharu."

Perkongsian Cities Changing Diabetes ini mempunyai tiga fasa berbeza namun saling berkaitan - pemetaan, perkongsian dan tindakan. Dengan fasa pemetaan awal kini yang sudah siap, mesyuarat Sidang Kemuncak Copenhagen akan menyaksikan 250 delegasi pakar dari seluruh dunia berkumpul bagi membincangkan penemuan ini dan mencari penyelesaian untuk cuba menangani masalah kencing manis di bandar.

Untuk jangka masa panjang, perkongsian ini menyasarkan untuk cuba menangani peningkatan kencing manis di bandar seluruh dunia melalui perkongsian maklumat dan pengetahuan peserta. Pada tahun 2016,  Vancouver dan Johannesburg akan menjadi bandar terbaharu yang menyertai program ini dan menyumbang kepada himpunan bukti antarabangsa.

LATAR BELAKANG CITIES CHANGING DIABETES

Cities Changing Diabetes merupakan program perkongsian untuk menangani cabaran kencing manis di bandar. Dicetuskan oleh Novo Nordisk, program ini merupakan respons terhadap kenaikan mendadak penyakit kencing manis di kawasan bandar dan telah dibangunkan dengan kerjasama Kolej Universiti London serta Pusat Diabetes Steno, selain pelbagai rakan kongsi tempatan termasuk komuniti kencing manis/kesihatan, kerajaan bandar, institusi akademik, pakar di bandar (dalam pelbagai bidang), dan juga pertubuhan masyarakat awam. Matlamat program ini adalah untuk mengenal pasti masalah, berkongsi penyelesaian dan memacu tindakan padu bagi memerangi cabaran kencing manis di bandar besar seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati citieschangingdiabetes.com.

LATAR BELAKANG NOVO NORDISK

Novo Nordisk merupakan sebuah syarikat penjagaan kesihatan global dengan lebih 90 tahun pengalaman dalam inovasi dan kepimpinan untuk penjagaan kencing manis. Warisan ini telah memberi kami pengalaman dan kemampuan yang turut membolehkan kami membantu orang ramai melawan penyakit kronik serius yang lain: hemofilia, gangguan pertumbuhan dan obesiti. Beribu pejabat di Denmark, Novo Nordisk menggajikan kira-kira 39,700 orang kakitangan di 75 buah negara dan memasarkan produknya di lebih 180 buah negara. Untuk maklumat lanjut, lawati novonordisk.com, Facebook, Twitter, LinkedIn, YouTube.

Lawati laman sesawang kami untuk melihat gambar dan gulung-B yang menyokong siaran media ini.

  1. Data dalam fail, Cities Changing Diabetes
  2. Persekutuan Diabetes Antarabangsa. IDF Diabetes Atlas kemas kini 2014, edisi ke-6. Brussels, Belgium: Persekutuan Diabetes Antarabangsa, kemas kini 2014..
  3. Persekutuan Diabetes Antarabangsa. IDF Diabetes Atlas kemas kini 2015, edisi ke-7. Brussels, Belgium: Persekutuan Diabetes Antarabangsa, kemas kini 2015.  

MEDIA
Novo Nordisk A/S, Hubungan Media
Katrine Sperling, +45-3079-6718
krsp@novonordisk.com

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151112/286694)

 

Source: Cities Changing Diabetes
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Socially Responsible Investing Survey, Polls & Research