omniture

Komuniti Peruncitan Bebas Cukai & Pelancongan Berhimpun di Pameran & Persidangan Dunia TFWA 2015

TFWA
2015-11-17 16:00 227

CANNES, Perancis, 17 November, 2015 /PRNewswire/ -- Lebih 6,700 individu paling berpengaruh dalam komuniti peruncitan bebas cukai & pelancongan telah berhimpun di Cannes di Cote d'Azur Perancis pada bulan lalu untuk menyertai Pameran & Persidangan Dunia TFWA yang diadakan setiap tahun.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7628051-the-duty-free-travel-retail-global-summit/

Sidang kemuncak perdagangan global ini merupakan acara yang tidak harus dilepaskan dalam kalendar industri dan banjir teruk sebelum berlangsungnya acara itu sekalipun tidak menghalang 3,000 buah syarikat daripada menghantar wakil-wakil bagi pihak mereka untuk menyertai acara itu.

Erik Juul-Mortensen, Presiden TFWA: "Kenyataan bahawa Pameran & Persidangan Dunia TFWA dimulakan mengikut jadual hanya dua minggu selepas berlakunya banjir dahsyat di bandar ini, dengan semua kemudahan disediakan seperti dirancang, adalah hasil daripada usaha dan komitmen rakan-rakan kongsi kami di bandar ini."

Walau bagaimanapun, kehadiran keseluruhan yang dua peratus lebih rendah berbanding pada tahun 2014 membuktikan berlakunya situasi perdagangan yang sukar pada tahun ini dengan pelbagai cabaran geopolitik serta ekonomi yang turut memberi kesan kepada perjalanan, pelancongan dan juga peruncitan di peringkat global.

Namun begitu, bagi 482 buah syarikat pempamer yang menampilkan produk-produk mereka di ruang dagangan seluas 21,500m2 itu, bilangan syarikat pembeli penting – pengendali peruncitan bebas cukai & pelancongan serta pemilik lapangan terbang, syarikat penerbangan, feri, pelayaran, sempadan dan juga syarikat bandar – hakikatnya adalah empat peratus lebih tinggi berbanding angka tahun lalu.

Beribu-ribu produk inovatif dan berprestij telah dipamerkan dalam kategori wangian & kosmetik, wain & spirit, fesyen & aksesori, barang kemas & jam tangan, manisan & hidangan mewah, hadiah & elektronik serta tembakau.

Persidangan Dunia TFWA, yang diadakan pada hari Isnin 19 Oktober, telah menarik lebih 1,500 perwakilan, yang diberi ganjaran atas usaha awal mereka dengan melakukan analisis mendalam terhadap persekitaran perniagaan semasa daripada tiga penyampai – Rudi Giuliani, mantan Datuk Bandar New York, Peter Long, Ketua Pegawai Eksekutif TUI Group dan Erik Juul-Mortensen, Presiden TFWA – diperhatikan oleh moderator Stephen Sackur, BBC Hardtalk.

Erik Juul-Mortensen menyimpulkan, "TFWA berbesar hati melaporkan Pameran & Persidangan Dunia TFWA kali ke-31 telah disempurnakan dengan jayanya dan menerima maklum balas positif daripada para pengunjung dan pihak pempamer. Kami berharap dapat bertemu dengan rakan-rakan sejawat pada acara industri kami yang seterusnya, iaitu Persidangan MEADFA di Jordan pada 23 dan 24 November."

Acara Akan Datang: 

  • Persidangan MEADFA pada 23 dan 24 November 2015, Jordan
  • Pameran & Persidangan Asia Pasifik TFWA pada 8-12 Mei 2016, Singapura
  • Pameran & Persidangan Dunia TFWA pada 2-7 Oktober 2016, Cannes

http://www.tfwa.com

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151116/287939)

Source: TFWA
Related Links:
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Retail Travel Trade show news