omniture

MEDTEC Japan 2016 bakal Diadakan pada April 2016

UBM Canon Japan G.K.
2015-12-01 10:00 570

TOKYO, 1 Disember 2015 /PRNewswire/ -- MEDTEC Japan 2016, pameran dan persidangan terbesar di Asia yang dikhususkan untuk industri Rekaan dan Pembuatan Peralatan Perubatan, bakal diadakan di Tokyo mulai 20 - 22 April 2016.

Imej lantai daripada MEDTEC Japan 2015
Imej lantai daripada MEDTEC Japan 2015

 

Imej lantai daripada MEDTEC Japan 2015
Imej lantai daripada MEDTEC Japan 2015

 

Persidangan daripada MEDTEC Japan 2015
Persidangan daripada MEDTEC Japan 2015

 

 

Lebih 500 pempamer dari kira-kira 25 buah negara seluruh dunia akan mempamerkan teknologi dan perkhidmatan terkini mereka bagi memenuhi keperluan pasaran Peralatan Perubatan kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat. Dengan golongan berusia dan sokongan kerajaan, bidang Peralatan Perubatan merupakan antara beberapa pasaran yang terus berkembang dengan mantap.

Lebih 30,000 orang pengunjung dijangka akan menghadiri acara itu dari hampir 30 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Eropah, negara-negara ASEAN, China, Korea dan banyak lagi.

MEDTEC Japan dikenali kerana golongan pengunjungnya yang khusus, dengan lebih 60% pengunjung adalah daripada Pengeluar Peralatan Perubatan.

Terumo, Olympus, Panasonic Healthcare, Hitachi Aloka, Nihon Kohden, Omron, Nipro, JMS, dan Toshiba Medical Systems merupakan antara syarikat terkemuka yang mengunjungi MEDTEC Japan.

MEDTEC Japan terdiri daripada 9 bidang khusus:

  • Bidang Teknologi Plastik
  • Bidang Pemprosesan Logam & Alatan Mesin
  • Bidang Pengukuran dan Pemeriksaan
  • Bidang Teknologi Pemprototaipan Pantas dan CAD/CAM
  • Bidang Pembungkusan
  • Bidang Rawatan/Pemprosesan Permukaan
  • Bidang Simulasi Perubatan
  • Bidang Pensijilan/Rundingan
  • Bidang Robot/Pengautomatan

MEDTEC Japan akan turut diadakan bersama dengan 4 pameran lain:

  • ElectroMED Japan

(IC (Litar Bersepadu), Sensor, Pemproses, EDA, Teknologi Laser, Bateri, Sumber Kuasa/Penyesuai, Kamera, Monitor, Teknologi MEMS, Antara Muka Grafik, Motor, Sinar-X, CT, MRI, dsb.)

  • Kesihatan Pintar Jepun

(Peranti boleh pakai, Aplikasi, Perisian, Sistem Pengendalian, Perkakasan Antara Muka, Hiburan Kesihatan, teknologi wayarles, peralatan telekomunikasi, pembawa, dsb.)

  • Kit Ujian Jepun

(Produk siap/teknologi pembuatan dan bahagian/bahan Kit Ujian seperti Kit Ujian Darah, Kit Ujian Selesema, Kit Ujian Alahan, Kit Ujian Penyakit Kelamin, Kit Ujian Barah, Kit Ujian DNA, dsb.)

  • Ekspo Robot & Peralatan Penjagaan/Kebajikan

(Pembuatan dan pembangunan Robot/Mesin sokongan Penjagaan, robot komunikasi, pemulihan semula, dan peralatan kebajikan, dsb.)

Tempahan pempamer untuk tapak reruai boleh dibuat sehingga 18 Mac 2016.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:

Pengunjung boleh menghadiri pameran ini secara percuma jika mendaftar dalam talian.

Butiran lanjut berkenaan pendaftaran akan disediakan pada bulan Januari di laman sesawang rasmi: www.medtecjapan.com

Sumber terbitan:

UBM Canon Japan G.K.
2F, Kanda 91 Building, 1-8-3 Kajicho, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0044
URL: www.medtecjapan.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151125/8521507972-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151125/8521507972-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151125/8521507972-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150730/8521504987LOGO
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151125/8521507972-d

Source: UBM Canon Japan G.K.
Keywords: Health Care/Hospital Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Asian-related news Trade show news