omniture

Air China bakal mulakan perkhidmatan Beijing - Havana - Montreal

Air China
2015-12-03 09:39 466

BEIJING, 3 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Air China bakal memulakan perkhidmatan Beijing - Montreal - Havana pada 27 Disember 2015, lanjutan ke bahagian selatan ke Havana bagi perkhidmatan Beijing - Montreal oleh syarikat penerbangan itu yang sudah pun dimulakan pada 29 September. Menerusi lanjutan ini, penumpang boleh singgah sebentar di Montreal dan kemudiannya meneruskan perjalanan mereka ke "Permata Caribbean" bagi menikmati tarikan Amerika Latinnya yang romantik.

Beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan Cuba sudah menjadi semakin rapat. Perkhidmatan Montreal - Havana - Beijing daripada Air China bukan sahaja akan menjadi penghubung baharu antara China dan Cuba, tetapi akan turut melanjutkan lagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan budaya antara kedua-dua negara itu, seterusnya merangsang industri pelancongan Cuba secara khususnya. Perkhidmatan baharu ini akan menjadi yang pertama seumpamanya antara China dan Cuba, memudahkan lagi perjalanan antara China dan rantau Asia lain dengan Cuba, serta menawarkan pilihan mudah kepada para pelancong di Cuba serta Caribbean yang boleh terbang dengan Air China ke Beijing dan kemudian meneruskan perjalanan ke tempat lain di dunia.

Perkhidmatan Beijing - Montreal - Havana itu memperlihatkan langkah penting daripada Air China bagi memperluaskan jejaknya di rantau Amerika Tengah dan Selatan. Pada tahun 2015, Air China mengukuhkan rangkaian laluan globalnya dengan habnya di Beijing serta perluasan kehadirannya di negara-negara benua Amerika. Perkhidmatan baharu itu akan menjadikan jumlah destinasi di negara-negara benua Amerika yang dirangkumi Air China menjadi sebanyak 10 destinasi, termasuk New York (JFK, Newark), Washington, Los Angeles, San Francisco, Houston, Vancouver, Montreal, Hawaii, Sao Paulo dan Havana. Air China kini menawarkan lebih 140 penerbangan setiap minggu, menghubungkan ke Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Persekitaran kabin yang selesa serta perkhidmatan yang mesra dan teliti menjamin pengalaman penerbangan yang benar-benar menyeronokkan kepada para penumpang.

Butiran penerbangan

Penerbangan CA879/CA880 Beijing-Montreal dikendalikan tiga kali seminggu pada hari Selasa, Jumaat dan Ahad. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada jam 14:00 dan tiba di Montreal pada jam 13:40 dan Havana pada jam 20:15. Penerbangan balik bertolak dari Havana pada jam 09:00, tiba di Montreal pada jam 12:30 dan di Beijing pada jam 17:30 keesokan harinya. Penerbangan itu dibuat dengan pesawat Boeing 777-300ER, jenis pesawat yang agak popular dalam kalangan penumpang udara perniagaan dunia. Kelas Pertama dan Kelas Perniagaannya dilengkapi dengan kerusi baring dan bar pusat.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services