SINGAPURA, 11 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed), hari ini mengumumkan ia telah meluluskan Kod Kelakuan Beretika untuk Interaksi dengan Golongan Profesional Penjagaan Kesihatan yang baharu. APACMed menyasarkan untuk menggalakkan kolaborasi yang rapat antara industri teknologi perubatan dan golongan profesional penjagaan kesihatan sebagai sebahagian daripada misi berterusannya untuk meningkatkan standard penjagaan melalui kolaborasi inovatif antara pihak-pihak berkepentingan. Kolaborasi ini penting untuk memajukan teknologi perubatan dan memastikan penggunaan produk serta perkhidmatan ahli yang selamat dan juga berkesan.
APACMed komited untuk memastikan interaksi ahli dengan golongan profesional penjagaan kesihatan memenuhi standard etika tertinggi, mengekalkan proses membuat keputusan yang bebas oleh golongan profesional penjagaan kesihatan, selain mengukuhkan keyakinan masyarakat awam dalam kewibawaan penjagaan pesakit, rawatan, dan pemilihan produk serta perkhidmatan. Kod itu mengawal selia aspek penting bagi interaksi ahli dengan golongan profesional penjagaan kesihatan termasuk: urusan dengan perunding, persidangan pendidikan, latihan dan pendidikan, geran penyelidikan, serta sumbangan amal. Semua ahli korporat diwajibkan menggunakan dan mematuhi prinsip etika yang digariskan dalam Kod tersebut.
"Keputusan untuk menggunakan Kod universal diputuskan daripada keperluan yang semakin mendesak untuk tujuan pengharmonian di seluruh Asia Pasifik dan untuk menyesuaikan kepada persekitaran penjagaan kesihatan yang sentiasa berubah. Hal ini adalah signifikan untuk APACMed kerana ia membawa kami selangkah lebih hampir dalam usaha untuk memberikan suara lantang kepada industri ketika kami bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk bersama-sama membentuk masa depan bidang penjagaan kesihatan," kata Vladimir Makatsaria, Pengerusi APACMed.
Kod baharu ini berkuat kuasa untuk semua ahli korporat APACMed mulai 1 Januari 2016 dan berfungsi untuk menetapkan piawaian minimum yang mesti dipatuhi oleh mereka dalam operasi mereka di seluruh Asia Pasifik.
Pertanyaan media boleh dibuat ke Pejabat Akhbar APACMed melalui APACMed@edelman.com.
Latar Belakang APACMed
Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed) menyediakan suara lantang bagi industri peralatan perubatan dan diagnostik in-vitro di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada tahun 2014, APACMed berusaha menggalakkan inovasi dan membawa kesan melalui dasar yang memajukan akses penjagaan kesihatan untuk para pesakit. Anggota terkini terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka dalam teknologi perubatan.
Untuk mendapatkan senarai lengkap, sila ke: http://www.apacmed.org/membership
Ikuti kami di:
Twitter: https://twitter.com/apacmed
Facebook: https://www.facebook.com/APACMed
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/asia-pacific-medical-technology-association
Laman Sesawang: http://www.apacmed.org/
Wakil Media:
Ashley Lau
Edelman Public Relations Singapore
Tel: +65-6494-1578
E-mel: ashley.lau@edelman.com