omniture

Kajian Industri Barangan Pengguna dan Runcit Baharu Mendedahkan Keperluan untuk Memikirkan Semula Rantaian Nilai

The Consumer Goods Forum and Capgemini
2015-12-14 08:33 489

PARIS dan NEW YORK, 14 Disember, 2015 /PRNewswire/ --

The Consumer Goods Forum dan Capgemini menyeru perubahan industri yang sangat diperlukan bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan; Rantaian nilai sedia ada perlu berubah menjadi rangkaian nilai berpusatkan pengguna

The Consumer Goods Forum (CGF) dan Capgemini hari ini menerbitkan keputusan daripada laporan baharu mereka "Memikirkan Semula Rantaian Nilai (Rethinking the Value Chain): Realiti Terkini dalam Perniagaan Kolaboratif (New Realities in Collaborative Business)". Laporan itu mengenal pasti trend masa depan dalam sektor barangan pengguna dan peruncitan (CPR) dan menyimpulkan yang rantaian nilai tradisional sudah tidak mampu untuk bersaing. Bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang, ia menyarankan penggunaan pendekatan "rangkaian nilai" ketika berurus niaga. Laporan itu didedahkan semasa mesyuarat Lembaga Pengarah CGF di Amsterdam, dengan pengiktirafan khas diberikan kepada Muhtar Kent, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif The Coca-Cola Company, dan Motoya Okada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AEON Co., LTD yang merintis projek ini pada peringkat Lembaga dan merupakan Penaja Bersama Lembaga bagi Tonggak Rantaian Nilai & Piawaian Hujung ke Hujung CGF, yang merupakan asas projek ini.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151201/292056LOGO )

Dipercayai bahawa perspektif baharu terhadap rantaian nilai ini akan menghubungkan pengeluar, peruncit, dan pihak berkepentingan lain. Industri sudah tidak sepatutnya menganggap rantaian nilai sebagai satu haluan yang mudah, yang mana produk dan maklumat dibawa secara langsung dan berturutan daripada pembekal kepada pengeluar, serta kepada peruncit dan seterusnya pengguna. Sebaliknya, ia seharusnya semakin teratur bagi menjadi rangkaian berpusatkan pengguna, menawarkan berbilang saluran dan antara muka merentasi semua proses dan entiti perniagaan bernilai tambah. Akhirnya, pengguna akan memainkan peranannya, membuat keputusan yang memberi impak langsung kepada rangkaian nilai, dengan industri memberi tindak balas berdasarkan hal tersebut – dan bukan sebaliknya.

Kata Muhtar Kent: "Pengguna hari ini lebih diperkasakan berbanding sebelum ini. Kini, pengguna mempunyai kuasa dan cara untuk berkongsi pendapat dan kekhuatiran mereka dengan khalayak yang lebih luas berbanding sebelum ini, melalui pelbagai saluran sosial dan digital yang semakin bertambah. Pada zaman dengan jangkaan pengguna yang semakin meningkat dan persekitaran perniagaan yang berubah pantas, terdapat suatu persoalan penting yang perlu ditanya pada diri kita: Bagaimanakah caranya untuk kita mengukuhkan industri kita dan memberi manfaat kepada pengguna menerusi cabaran masa hadapan yang kita tidak pernah hadapi sebelum ini? Laporan ini, yang dimulakan oleh The Consumer Goods Forum, mempertimbangkan beberapa cara penting untuk membuat jangkaan dan menangani perubahan yang begitu besar."

Laporan itu merupakan hasil daripada sesi kerja yang bersungguh-sungguh dan temu bual pakar dengan pemimpin pemikiran daripada perniagaan CPR terkemuka dunia serta dengan pakar bidang. Ia mengetengahkan sejauh mana industri perlu mengubah kaedah asas untuk berkolaborasi dengan semua pihak berkepentingan.

Kata Motoya Okada: "Ahli Consumer Goods Forum dan industri kami bertanggungjawab untuk berkolaborasi bagi memastikan masa depan yang lebih baik untuk pengguna di seluruh dunia. Laporan Rangkaian Nilai Masa Depan ini memberi sorotan kepada peluang tambahan, memandangkan terdapat banyak perubahan yang memberi impak kepada industri kita, agar kita semua boleh menjadi semakin efektif dalam mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk pengguna sambil melaksanakan tanggungjawab kita yang melibatkan nilai dan kepercayaan. Kita mampu mencapai semua matlamat ini melalui jalinan kerjasama yang jauh lebih berkesan berbanding sebelum ini. Dunia masa kini terus mengalami perubahan yang besar dan kita juga mesti begitu."

Laporan itu menekankan tiga keutamaan yang memberi pengaruh besar yang membantu kolaborasi industri dan mampu memberi pulangan pelaburan yang positif:

  • Penglibatan pengguna. Mengambil bahagian dalam dialog sebenar dengan pengguna, mewajarkan kepercayaan mereka dalam industri kita. Industri ini perlu sentiasa mengambil berat data pengguna agar ia boleh menambah nilai menerusi perkhidmatan dan jalinan hubungan bersama mereka. Hal ini memerlukan syarikat menggunakan prinsip penglibatan pengguna yang sama dan jelas.
  • Ketelusan. Memastikan pengguna dimaklumkan tentang sifat dan kebolehkesanan bahan, nutrien, dan asal-usul produk - untuk memaklumkan pengguna tentang bahan-bahan, keselamatan, kesan produk terhadap alam sekitar dan masyarakat, di samping mempertingkat kecekapan industri. Hal ini memerlukan perubahan langkah dalam kolaborasi berkaitan takrifan data global produk, kualiti data dan perkongsian data, dan bukan sekadar pengesanan dan audit biasa.
  • Langkah terakhir dalam pengedaran. Mempertimbangkan semula andaian yang proses pengedaran ke kedai dan pengguna adalah bidang yang mana syarikat saling beroperasi secara bebas, dan menerokai peluang untuk berkolaborasi, dalam keadaan tertentu, untuk meningkatkan kepantasan, kecekapan, serta kepuasan pelanggan di samping meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. Model baharu tersebut akan melibatkan perkongsian 'rangkaian' dengan cara terkini. Bagi memanfaatkan peluang ini sepenuhnya, industri perlu membuat pelaburan dalam teknologi yang fleksibel, saling boleh kendali proses baharu, dan budaya korporat yang lebih terbuka.

Peter Freedman, Pengarah Urusan The Consumer Goods Forum, berkata: "CGF sentiasa mencari cara untuk menyokong kecekapan perniagaan yang lebih baik dan untuk membina kepercayaan pengguna. Laporan ini menekankan kepentingan tindakan bagi merebut kedua-dua peluang. Ia mengukuhkan lagi sebahagian besar daripada agenda semasa kami namun tetap mencabar kami semua untuk melaksanakannya menggunakan pendekatan yang sangat berbeza dari segi kolaborasi, dan dengan kadar segera. "

Ted Levine, Pemimpin Sektor Global, Produk Pengguna & Peruncitan di Capgemini, berkata: "Sebagai sebuah industri, kita mesti bersepakat untuk menggunakan teknologi bermodul yang menawarkan pendekatan pasang dan main pada aplikasi perniagaan dan perkhidmatan data besar – bagi mempercepatkan tempoh untuk dipasarkan selain mewujudkan budaya inovasi. Di Capgemini, kami melihat terdapatnya peluang untuk syarikat-syarikat Barangan Pengguna dan Runcit mencapai kemajuan ke arah rantaian bekalan berpusatkan pengguna yang membina rangkaian nilai hujung ke hujung dengan penyetempatan yang lebih luas merentasi semua saluran, kewujudan dan maklumat untuk mendorong kepantasan serta inovasi bagi memenuhi permintaan pengguna yang didayakan secara digital."

Untuk maklumat lanjut dan untuk memuat turun laporan tersebut, sila lawati - http://www.futurevaluenetwork.com.

Latar Belakang The Consumer Goods Forum

The Consumer Goods Forum ("CGF") merupakan rangkaian industri global berasaskan kesamaan yang diusahakan oleh ahlinya untuk menggalakkan penggunaan amalan dan piawaian global yang menyediakan perkhidmatan untuk industri barangan pengguna di seluruh dunia. Ia menghimpunkan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pentadbiran kanan daripada kira-kira 400 peruncit, pengeluar, penyedia perkhidmatan, dan pihak berkepentingan lain merentasi 70 buah negara, dan ia memperlihatkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori produk dan format. Syarikat ahlinya memiliki jualan terkumpul sebanyak EUR 2.5 trilion dan mengupah hampir 10 juta orang kakitangan secara terus, dengan tambahan kira-kira 90 juta pekerjaan yang berkaitan sepanjang rantaian nilai. Ia diurus oleh Lembaga Pengarahnya yang terdiri daripada 50 Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar dan peruncit.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.theconsumergoodsforum.com.

Latar Belakang Capgemini 

Dengan 180,000 kakitangan di lebih 40 buah negara, Capgemini merupakan salah satu penyedia utama dunia untuk khidmat nasihat, teknologi dan penyumberan luar. Kumpulan itu melaporkan hasil global tahun 2014 sebanyak EUR 10.573 bilion. Bersama pelanggannya, Capgemini mewujudkan dan menyediakan penyelesaian perniagaan, teknologi dan digital yang memenuhi keperluan mereka, membolehkan mereka melakukan inovasi serta kebersaingan. Sebagai organisasi yang berbilang budaya, Capgemini membangunkan cara kerjanya yang tersendiri, the Collaborative Business Experience™, dan menggunakan Rightshore®, iaitu model penghantaran seluruh dunia miliknya.

Ketahui lebih lanjut tentang kami di http://www.capgemini.com.

Rightshore® adalah tanda dagangan milik Capgemini

Sumber: The Consumer Goods Forum and Capgemini

Source: The Consumer Goods Forum and Capgemini
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Advocacy Group Opinion Survey, Polls & Research