omniture

Huawei dan Gemstone Business Swarovski berkolaborasi untuk HUAWEI WATCH Permata dan Elegan baharu

Hasil daripada kejayaan jam tangan pintar terbaik yang dilancarkan pada tahun 2015, Huawei melancarkan edisi terbaharu yang menyasarkan golongan wanita yang ingin bersinar dan menyerlah
Huawei
2016-01-06 22:23 546

LAS VEGAS, 6 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini di Pameran Elektronik Pengguna dekat Las Vegas, Huawei Consumer Business Group (BG) memperkenalkan jam tangan pintar premium 2015 mereka dalam versi Permata dan Elegan. Dengan kerjasama Gemstone Business, Swarovski, HUAWEI WATCH Permata dan Elegan menjadi produk yang memfokuskan golongan hawa daripada syarikat.

Keanggunan abadi, untuk sebarang majlis

Selepas versi jam tangan pintar Klasik, Aktif dan Elit yang dilancarkan tahun lalu dan menerima penghargaan yang tinggi, edisi Permata dan Elegan yang baharu ini menawarkan dua pilihan gaya yang menyasarkan kepada golongan wanita. Menampilkan 68 butir Zirkonia Swarovski ditakhtakan di sekeliling badan bersadur emas mawar yang setiap satunya berukuran 1.5mm, setiap batu Permata berkilau dan bersinar tidak seperti mana-mana jam tangan pintar yang terdapat dalam pasaran masa kini.

Bagi pilihan yang lebih ringkas, edisi Elegan mempunyai corak menarik yang diukir di keliling badan emas mawarnya.

Dilengkapi dengan indah oleh tali jam tangan kulit dari Itali yang tulen dengan pilihan wana putih mutiara dan biru nilam, HUAWEI WATCH Permata dan Elegan hadir dengan 40 muka jam seperti mana pada model asal termasuk 10 rekaan eksklusif untuk menonjolkan kewanitaan.

Huawei Watch, where fashion and technology embrace
Huawei Watch, where fashion and technology embrace

Huawei Watch, gaya dan teknologi berharmoni

Hadir dengan spesifikasi mantap seperti dalam Huawei Watch asal, jam tangan pintar Huawei versi Permata dan Elegan mengambil inspirasi daripada pengeluar jam tangan dari Switzerland dengan cermin muka jamnya berdiameter 44mm diperbuat daripada kristal nilam yang tahan calar (bahan yang menjadi kegemaran dalam jenama pembuat jam tangan Swiss). Keluli tahan karat tempaan sejuk yang disadur emas mawar mengukuhkan kedua-dua model jam tangan itu menerusi sifatnya yang tahan lasak.

Dikuasakan oleh Android Wear™ dan boleh digunakan pada peranti Android mahupun iOS, Huawei Watch memaparkan pemberitahuan panggilan, teks, mesej segera dan e-mel. Huawei Watch juga memiliki fungsi sambungan Bluetooth untuk penggunaan fon kepala tanpa wayar, bermakna anda boleh mendengar muzik luar talian yang dimuat turun ketiga bersenam. Fungsi arahan suara yang mampu mengawal muzik serta navigasi, peranti ini sangat sesuai semasa berlari. Sensor denyutan nadi mengukur kadar degupan jantung secara jitu manakala sensor gerakan 6-Paksi dapat merekodkan aktiviti seperti berjalan, berlari dan mendaki gunung.

HUAWEI WATCH Jewel and Elegant comes pre-loaded with over 40 watch faces as on the original model, including 10 exclusive feminine designs.
HUAWEI WATCH Jewel and Elegant comes pre-loaded with over 40 watch faces as on the original model, including 10 exclusive feminine designs.

Sebagai sebuah jam tangan premium yang mewarisi rekaan jam tangan klasik, ia adalah satu peranti yang menggabungkan gaya dan teknologi.

Jualan dan Aksesori

Model standard Huawei Watch boleh diperoleh di lebih 20 buah negara dan kawasan, termasuk: Austria, Australia, Belgium, Kanada, Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Perancis, Finland, Jerman, Hong Kong, Itali, Jepun, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Rusia, Sweden, Singapura, Sepanyol, Switzerland, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. HUAWEI WATCH Permata dan Elegan juga akan dipasarkan di negara dan kawasan yang sama bermula pada Mac 2016.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: consumer.huawei.com

Untuk sentiasa mendapat kemas kini tentang Huawei Consumer BG, ikuti kami di:

Facebook: facebook.com/HuaweiDevice  
Twitter: twitter.com/HuaweiDevice  
Google+: google.com/+HuaweiDevice  
YouTube: youtube.com/HuaweiDevice  
Flickr: flickr.com/HuaweiDevice

Latar Belakang Huawei Consumer Business Group

Menjelang tahun 2014, produk dan perkhidmatan daripada Huawei disediakan di lebih 170 buah negara dan dimanfaatkan oleh sepertiga daripada populasi dunia. Huawei meraih kedudukan ketiga dalam kategori penghantaran telefon pintar bagi tahun 2014. Huawei memiliki 16 pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) yang ditubuhkan di AS, Jerman, Sweden, Rusia, India, dan China. Huawei Consumer Business Group adalah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan mengurus bahagian telefon pintar, peranti jalur lebar mudah alih, peranti kediaman dan perkhidmatan awan. Berdasarkan lebih 20 tahun kepakaran Huawei dalam  industri telekomunikasi, dibina melalui rangkaian global Huawei, operasi seluruh dunia dan rakan perniagaan, Huawei Consumer Business Group berdedikasi untuk menyediakan teknologi terkini kepada pengguna dan membawakan keriangan dalam kemajuan teknologi kepada orang ramai di seluruh dunia. Huawei berpegang kepada prinsipnya dan memenuhi impian.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.consumer.huawei.com

Latar Belakang Swarovski

Swarovski memiliki portfolio yang pelbagai dengan kualiti, mutu ketukangan dan kreativiti yang tiada tandingan. Ditubuhkan pada tahun 1895 di Austria, Swarovski mencipta, mengeluarkan dan memasarkan kristal berkualiti tinggi, batu permata asli dan batu yang dihasilkan di dalam makmal, selain produk siap seperti barang kemas, aksesori dan produk pencahayaan. Kini ia meraikan ulang tahun kali ke-120 dan diusahakan oleh generasi keluarga yang kelima, Swarovski Crystal Business berkembang ke peringkat global dengan hampir 2,560 buah gedung di 170 buah negara, memiliki lebih 25,000 kakitangan dan pendapatan kira-kira 2.33 bilion euro pada tahun 2014. Bersama-sama syarikat saudaranya, Swarovski Optik (peranti optik) dan Tyrolit (pelelas), Swarovski Crystal Business menubuhkan Swarovski Group. Pada tahun 2014, Kumpulan itu menjana pendapatan kira-kira 3.05 bilion euro dan menggajikan lebih 30,000 kakitangan. Yayasan Swarovski ditubuhkan pada tahun 2012 untuk menghargai semangat dermawan pengasasnya, Daniel Swarovski. Misinya adalah untuk memupuk kreativiti dan budaya, menyuburkan kesejahteraan, serta memulihara sumber semula jadi.

www.swarovskigroup.com  

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160105/8521600045-b 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160105/8521600045-c

Source: Huawei
Keywords: Consumer Electronics Fashion Jewelry Precious Metals Retail Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news