omniture

Gerbang Dalam Talian www.excemed.org Berwajah Baharu demi Kecemerlangan CME

EXCEMED
2016-01-13 16:00 271

ROME, 13 Januari 2016 /PRNewswire/ --

Kemas, rekaan yang mudah diakses, kandungan yang disuaikan dengan pengkhususan dalam bidang perubatan, serta akses terbuka dan juga luas kepada sumber pembelajaran percuma: inilah yang boleh dijangkakan oleh golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan di seluruh dunia daripada laman sesawang EXCEMED yang baharu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140509/685679 )

"Misi utama kami adalah untuk membantu para pengamal perubatan memberikan hasil yang terbaik kepada pesakit mereka," kata Roberta Cenci, Ketua Bahagian Strategi Pendidikan untuk EXCEMED. "Memandangkan nama kami melambangkan dorongan ke arah kecemerlangan, kami ingin laman sesawang baharu kami memperlihatkan komitmen yang sama untuk memberikan yang terbaik dalam pendidikan perubatan."

EXCEMED - Excellence in Medical Education (Kecemerlangan dalam Pendidikan Perubatan) adalah penyedia pendidikan perubatan yang terkemuka dengan pengkhususan dalam bidang neurologi, perubatan reproduktif, onkologi, endokrinologi dan metabolisme, serta perubatan amalan umum.

"Laman sesawang baharu ini adalah gerbang kepada pengalaman pendidikan dalam talian - seperti e-pembelajaran yang mendapat perakuan CME - selain daripada membantu menganjurkan acara pendidikan secara langsung: melalui platform yang diperbaharu ini, para profesional dalam bidang penjagaan kesihatan mampu mencari semua maklumat penting dengan mudah daripada program kami yang disiarkan secara langsung," kata Cik Cenci.

Tonton kalendar program saintifik 2016 secara langsung EXCEMED yang kini disiarkan secara dalam talian dan sentiasa dikemas kini dengan maklumat baharu.

Latar Belakang EXCEMED

EXCEMED - Excellence in Medical Education (Kecemerlangan dalam Pendidikan Perubatan) adalah penyedia CME (Pendidikan Perubatan Berterusan) yang bebas dan bukan berasaskan keuntungan. Yayasan tersebut menawarkan program pendidikan di seluruh dunia selama lebih empat dekad, menganjurkan lebih 2,000 persidangan saintifik antarabangsa dengan penerbitan kertas kajian melebihi 500. EXCEMED merintis CME dalam talian di Eropah dan kini menawarkan pelbagai pilihan e-pembeleajaran ke seluruh dunia. http://www.excemed.org

info@excemed.org

Sumber: EXCEMED

Source: EXCEMED
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Web Site Not for profit