omniture

XCMG Dianugerahkan Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan setelah Raih Anugerah Red Dot untuk Konsep Rekaan

XCMG
2016-01-14 11:08 316

XUZHOU, China, 14 Januari 2016 /PRNewswire/ -- XCMG merangkul hadiah kedua dalam Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan 2015 yang diadakan pada 8 Januari di Beijing bagi teknologi dan aplikasi utama syarikat itu untuk peralatan pengangkatan serta pemasangan mudah alih bagi projek pembinaan bersaiz besar.

Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan 2015 diberikan kepada projek yang melibatkan projek-projek pembinaan besar kepada sains perubatan, pertanian dan farmaseutikal. Penerima tahun ini ialah China Railway, Huawei dan ZTE.

Sebagai satu-satunya projek yang merangkul anugerah dalam sektor mesin pembinaan, XCMG memperbaharui operasi pengangkutan tradisional yang melibatkan peralatan besar yang berisiko tinggi dengan mengkaji serta membangunkan peralatan pengangkutan dan pemasangan mudah alih serta bersepadu yang baharu dengan muatan tanan tinggi, berkecekapan dan berkeandalan tinggi.

"Kami melihat permintaan yang semakin meningkat terhadap mesin pembinaan bersaiz besar serta mega daripada pasaran, dan ini merupakan cabaran yang besar pada peringkat antarabangsa untuk mencapai penyepaduan, pemodulan, dan pengintelektualan termaju dalam pembinaan prareka bentuk," kata Chen Xiangdong, Pengarah Projek XCMG, "sepanjang lima tahun lepas, pasukan penyelidikan kami telah mencipta mesin dan peralatan yang sejajar dengan keperluan praktikal pelanggan kami melalui perundingan bersama pihak pelanggan dan telah membangunkan set peralatan pengangkatan mudah alih berskala besar untuk membawa perubahan besar kepada operasi pengangkatan tradisional selain memajukan lagi kemajuan teknikal dalam industri."

Contohnya, kren perangkak XGC88000, yang telah mencapai kapasiti mengangkat maksimum sebanyak 88,000 tan/meter dan muatan pengangkatan seberat 3,600 tan, boleh memendekkan tempoh masa secara signifikan, daripada empat hingga enam bulan sehingga hanya beberapa jam sahaja sambil menjamin kualiti serta keselamatan pembinaan.

XCMG menerajui industri peralatan pembinaan dan perlombongan dengan teknologi serta produk mesin pembinaan berkualiti tinggi sambil turut mencipta rekaan baharu yang memfokuskan pemuliharaan alam semula jadi dan sumber boleh dibaharui. Pada bulan Oktober 2015, Institut Penyelidikan XCMG meraih Anugerah Red Dot yang berprestij untuk Konsep Rekaan melalui rekaan inovatif bagi enjin serbuk, iaitu konsep mesra alam yang menggunakan produk kumbahan serta sumber boleh dibaharui, membakar serbuk secara menyeluruh dan hanya menghasilkan karbon dioksida dan juga air sewaktu proses pembakaran.

"Kemampuan penyelidikan dan pembangunan XCMG yang kukuh adalah penting terhadap kejayaan global kami sebagai peneraju dalam mesin pembinaan, dan tanggungjawab kami turut terletak pada usaha untuk menyokong idea terbaharu yang penting untuk membina masa hadapan yang lebih baik," kata Wang Min, presiden XCMG.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau laman XCMG di FacebookTwitter dan Youtube.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Asian-related news Awards