omniture

Genie Networks Jalin Kerjasama dengan BIGLOBE Tawarkan Perkhidmatan Pengurusan Berasaskan Awan Terkini untuk Kebolehlihatan Trafik dan Perlindungan DDoS

Genie Networks
2016-01-20 09:00 378

TAIPEI, Taiwan, 20 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Genie Networks, peneraju penyelesaian kebolehlihatan trafik dan perlindungan serangan DDoS, hari ini mengumumkan BIGLOBE, salah satu penyedia perkhidmatan Internet (ISP) terkemuka dari Jepun, memilih penyelesaian GenieATM-VM keluaran Genie Networks untuk mengukuhkan perkhidmatan pengurusan kebolehlihatan trafik berasaskan awan dan pengesanan DDoS baharu mereka, Platform Analisis Aliran BIGLOBE (BIGLOBE Flow Analysis Platform).

Platform Analisis Aliran BIGLOBE adalah platform berasaskan awan untuk melihat trafik dan juga mengesan keganjilan dalam rangkaian, yang menyediakan kuasa dan nilai GenieATM-VM kepada pelanggan BIGLOBE dengan kelebihan dari segi kos dan pengurusan yang ditawarkan oleh platform awan. Perkhidmatan Platform Analisis Aliran BIGLOBE menawarkan perkhidmatan kebolehlihatan trafik 24 jam sehari, bantuan penyelesaian masalah secara dalam talian dan pemberitahuan keganjilan trafik. Fungsi kebolehlihatan trafik boleh membantu pelanggan membuat keputusan daripada peringkat kejuruteraan hingga pemasaran seperti dalam perancangan kapasiti rangkaian, susun atur intipan (peering), perpindahan pusat data dan lain-lain. Dengan keupayaan pengesanan keganjilan GenieATM, pelanggan boleh menerima pemberitahuan tentang kejanggalan trafik dan terus menyelesaikan masalah dalam rangkaiannya sendiri menggunakan peralatan analitik berasaskan awan. Pemberitahuan dan akses kepada peralatan tersebut dalam portal Web masa nyata memberikan maklumat kepada pentadbir rangkaian pelanggan bagi memahami dan menangani ancaman serangan ke atas rangkaian mereka. 

Platform Analisis Aliran adalah perkhidmatan berasaskan awan dan ini menjadikan pengendaliannya lebih mudah. Tanpa sebarang kesulitan untuk mengurus sistem di premis, pelanggan Platform Aliran BIGLOBE boleh melihat trafik rangkaian mereka dan mengesan serangan DDoS melalui langganan bulanan dengan harga yang berpatutan.

Genie Jalin Kerjasama dengan BIGLOBE untuk Berikan Perkhidmatan Terbaik

"BIGLOBE telah menjadi penyedia terkemuka bagi perkhidmatan sambungan Internet di Jepun sejak sekian lama. Produk daripada Genie banyak membantu kami sejak beberapa tahun untuk mengendalikan rangkaian global kami," kata Noriyuki Kishikawa, Naib Presiden Kanan BIGLOBE. "Dengan peningkatan risiko serangan DDoS, kami menyedari tidak semua penyedia mempunyai penyelesaian untuk menanganinya. BIGLOBE berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Genie Networks untuk menyediakan perkhidmatan yang membolehkan penyedia melindungi rangkaian mereka daripada serangan DDoS dan merancang kemajuan rangkaiannya dengan memberi pandangan yang mendalam terhadap data trafik. Penyedia bersaiz kecil dan sederhana akan beroleh manfaat yang besar daripada penyelesaian berasaskan awan ini. Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih erat bersama Genie Networks dan menyediakan perkhidmatan yang benar-benar dapat memenuhi keperluan pelanggan kami."

"Kami berbesar hati kerana model maya GenieATM, penyelesaian kebolehlihatan rangkaian trafik dan keselamatan DDoS utama kami, dapat membantu meningkatkan kebolehlihatan trafik dan keselamatan Platform Analisis Aliran yang ditawarkan oleh BIGLOBE," kata Denis, ketua pegawai eksekutif Genie Networks. "Saya sangat gembira dengan pencapaian penting ini setelah beberapa tahun berkhidmat untuk BIGLOBE sebagai salah satu pelanggan utama. Banyak ISP kini berusaha untuk mewujudkan perkhidmatan pengurusan berasaskan awan untuk memberikan lebih kefleksibelan, kebolehskalaan dan mengoptimumkan kos untuk pelanggan mereka. GenieATM mampu menawarkan kebolehan analisis trafik dan fungsi keselamatan DDoS yang sama pada perkakasan dan juga perisian maya. Kami akan terus mengukuhkan pembangunan teknikal kami bagi menyediakan perkhidmatan kebolehlihatan trafik dan keselamatan DDoS pada IP lama, platform awan, dan persekitaran SDN."

Source: Genie Networks
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Contracts