omniture

Program Perantis XCMG Alu-Alukan Perantis Dari Lima Benua Bagi Lawatan Selama Seminggu

XCMG
2016-01-20 16:28 244

XUZHOU, China, 20 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan terkemuka dunia, XCMG, akan menerima lima orang perantis antarabangsa yang akan ditempatkan di ibu pejabat XCMG selama seminggu bermula pada 18 hingga 24 Januari di Xuzhou, China.

Program global itu dilancarkan pada November 2015 dan menerima sejumlah 3,129 pemohonan daripada 54 buah negara seluruh dunia.

Selepas beberapa pusingan pemilihan, lima pemenang diumumkan - Jose Alessandro Silva Costa dari Brazil, Bogdan Butyrev dari Rusia, Russell Jennings dari Amerika Syarikat, Sharon Maingi dari Kenya dan Laiq Shah dari Pakistan.

"Ini adalah kali pertama XCMG membawa perantis dari luar masuk ke China untuk menimba pengalaman yang luas, serta memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang XCMG, dan pada masa yang sama menggalakkan komunikasi dan juga pertukaran ilmu dalam bidang industri jentera," kata Xu Xiaohui, Penolong Pengurus Besar XCMG.

Tumpuan bagi rentas budaya serta komunikasi perniagaan ini ialah lima orang perantis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Salah seorang pemenangnya ialah Butyrev yang berusia 42 tahun, kini bertugas sebagai pengarah pembangunan perniagaan untuk rantau Asia Pasifik di New Technologies in Transportation (NTT) dan mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang jentera pembinaan: "Saya teruja untuk merubah dunia dan melakukannya dengan lebih baik menggunakan jentera besar."

Para perantis akan menyertai kakitangan XCMG untuk menelusuri dunia syarikat itu secara menyeluruh melalui pelbagai jabatan, makmal dan kilang. Sepanjang minggu itu, lima orang kakitangan XCMG yang terdiri daripada juruteknik penyelidikan, pereka cipta produk, pengurus bahagian, eksekutif jualan dan pengendali peralatan berat akan memberi panduan kepada perantis dalam satu siri aktiviti seperti cara mengendalikan pengorek, melawat kilang pemasangan kren dan makmal gegaran serta hingar terbesar di Asia, antaranya.

"XCMG adalah nama besar dalam industri pembinaan, Sebagai seorang jurutera, saya sentiasa kagum dengan kehebatan produk-produk XCMG serta skala pengeluaran yang ditunjukkan. Saya yakin, banyak yang akan saya pelajari tentang syarikat gergasi dalam industri pembinaan ini semasa berada di sana," kata Laiq Shah, pelajar berusia 24 tahun yang mengambil jurusan jentera pembinaan.

Para perantis bukan sahaja berpeluang melihat teknologi dan produk daripada XCMG, malah mereka juga boleh belajar tentang sejarah serta budaya syarikat itu dalam operasi seharian mereka.

"Pendidikan sentiasa menjadi salah satu daripada visi utama pihak XCMG dan kami berdedikasi untuk melahirkan bakat-bakat yang berinovasi serta pada masa yang sama kami berharap dapat memperkenalkan budaya China kepada perantis antarabangsa ini," kata Wangmin, Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter dan YouTube.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160119/323410

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Transportation Workforce Management/Human Resources Personnel announcements