omniture

PEZ PLAY: Jenama Kegilaan Austria Kini Digital!

PEZ International GmbH
2016-01-25 10:00 334

TRAUN, Austria, 25 Januari 2016 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -

Satu inovasi istimewa kini membawa jenama kegilaan PEZ daripada Austria menuju zaman digital pada tahun 2016. PEZ PLAY menjadikan produk PEZ klasik sebagai pengalaman interaktif yang menghiburkan untuk telefon mudah alih dan komputer tablet, bagi memberi keseronokan kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Permainan percuma ini boleh dimuat turun dengan pantas menggunakan kod, dan kemudian pengalaman permainan digital ini boleh terus dimainkan!

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160122/325072 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160122/325074 )

PEZ PLAY diperkenalkan sempena Pesta Manisan dan Biskut Antarabangsa Cologne yang eksklusif pada tahun 2016. "Dengan melancarkan PEZ PLAY, PEZ sekali lagi membuktikan bagaimana jenama tersebut kekal dengan nilai kontemporari," ulas Pengarah Pemasaran Gabriele Hofinger, "Permainan digital itu mengemas kini jenama kegilaan zaman masa kini, mempertingkatkan nilai tarikannya dengan menghubungkan generasi ini dengan generasi seterusnya."

Angry Birds dan Bricks Breaking 

Permainan PEZ PLAY pertama yang akan dipasarkan adalah permainan mini PEZ Angry Birds. Sebagai rakan kongsi eksklusif ROVIO, semua pendispens PEZ Angry Birds akan memaparkan 'kod burung' mulai musim bunga 2016 - dalam tempoh sebelum tayangan filemnya - yang memberi akses percuma kepada permainan PEZ baharu.

Langkah pembangunan seterusnya adalah pelancaran aplikasi permainan kedua pada separuh kedua tahun 2016: Bricks Breaking, sebagai rekaan PEZ yang ikonik. Permainan yang menyeronokkan dan berunsurkan pendidikan yang percuma secara tambahan disediakan untuk pembeli gula-gula PEZ klasik, menyediakan lebih banyak faedah produk serta hiburan kepada pengguna.

PEZ Group merupakan sebuah perusahaan global. Jepun dan Australia merupakan pasaran utama untuk syarikat itu di samping Eropah dan AS. Produk PEZ boleh didapati di lebih 80 buah negara. Setiap tahun, kira-kira 70 juta pendispens dan 5 bilion gula-gula dihasilkan. PEZ mempunyai seramai 750 orang kakitangan di seluruh dunia.

Hubungi: Gabriele Hofinger, MBA, Ketua Pemasaran & Pelesenan
E-mel: gh@pez.at Telefon: +43(0)732-38999-610

Sumber: PEZ International GmbH

Source: PEZ International GmbH
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Food/Beverages Mobile Entertainment Joint ventures New products/services Trade show news