omniture

Northstar Lantik Mark Rogers sebagai Naib Pengerusi dan Luaskan Khidmat ke Timur Tengah dan Afrika

Northstar
2016-01-25 16:00 331

HAMILTON, Bermuda, 25 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Northstar Financial Services (Bermuda) Limited dengan sukacitanya mengumumkan Mark Rogers bakal menggalas tanggungjawab yang lebih besar apabila firma itu mula beroperasi di Timur Tengah dan Afrika.

Mark menyertai Northstar sebagai Pengarah pada Julai 2015, dan dengan jawatan baharu sebagai Naib Pengerusi, beliau akan terlibat dengan lebih aktif dalam aktiviti global syarikat ini serta akan memimpin inisiatif di Timur Tengah dan juga Afrika. Northstar kini berada pada tahap terakhir dalam proses penubuhan pejabat mereka untuk Timur Tengah dan Afrika di DIFC dan bakal mengumumkan barisan Wakil Utama yang akan ditempatkan di sana sedikit masa lagi.

Ketua Bahagian Pengedaran Northstar, Alejandro Moreno mengulas: "Saya menghargai hubungan yang baik bersama rakan sekerja di firma terdahulu, kini saya teruja untuk bekerja rapat bersama Mark semula. Pengalaman beliau yang luas serta jaringan hubungan secara global adalah sangat berharga ketika kami berusaha menambah baik pilihan produk kami serta meluaskan perkhidmatan ke wilayah baharu. Timur Tengah dan Afrika khususnya, menyediakan peluang penting kepada Northstar dan saya berharap dapat bekerjasama dengan Mark di rantau ini."

Mark Rogers mengulas: "Saya tidak mampu menolak peluang untuk memainkan peranan penting di Northstar. Dengan sejarah operasi yang mantap melangkaui tempoh 17 tahun, barisan produk yang menarik serta pasukan yang berpengalaman luas, Northstar berada pada kedudukan yang amat sempurna untuk terus memenuhi permintaan yang kian meningkat dalam produk pelaburan antarabangsa."

Latar Belakang Northstar

Ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Nationwide Financial Services (Bermuda) Limited dan dinamakan semula sebagai Northstar pada tahun 2005, firma ini menyediakan penyelesaian kewangan untuk memenuhi keperluan pelanggan bukan A.S serta menawarkan pelbagai pelan pelaburan kadar tetap dan berubah-ubah yang menarik untuk pelanggan antarabangsa. Produk kadar tetap daripada firma ini menawarkan kadar faedah munasabah yang digandingkan dengan pilihan untuk menambah perlindungan pada modal pokok. Produk kadar berubah-ubah daripada Nortshar pula menawarkan pelabur dengan akses kepada pelbagai pilihan dana yang diuruskan oleh beberapa pengurus aset terkemuka dengan kadar pemindahan percuma tanpa had mengikut pilihan pelaburan asas. Semua produk daripada Northstar memberikan pelanggan perlindungan akaun yang berasingan, terma kecairan yang baik, dan pelbagai tempoh komitmen, selain faedah daripada struktur amanah Bermuda seperti keselamatan kewangan, privasi, dan kefleksibelan dalam pemindahan dana. Turut bekerjasama dengan ramai rakan pengedar seperti bank dan institusi kewangan lain, Northstar memiliki pelanggan dari lebih 100 buah negara.

Northstar dikawal selia oleh Lembaga Kewangan Bermuda dan adalah sebuah Syarikat Akaun Berasingan (Segregated Accounts Company).

Northstar mengkhusus dalam produk pelaburan yang diwujudkan untuk membantu warganegara bukan A.S. mencapai matlamat kewangan mereka. Northstar menawarkan pelbagai pelan pelaburan pada kadar berubah-ubah mahupun tetap menggunakan struktur unit amanah Bermuda dan produk keluaran firma itu dijual di peringkat global lmelalui rangkaian bank, peniaga sekuriti dan institusi kewangan yang lain. Produk Northstar tidak disediakan untuk individu atau warganegara AS atau penduduk Bermuda.

Northstar Financial Services (Bermuda) Ltd., Maxwell Roberts Building, 1 Church Street, Hamilton HM11, Bermuda

Telefon: +1-441-296-1351, Faks: +1-441-296-1349, northstarbermuda@nfs.bm, http://www.northstarfinancialservices.bm

Sumber: Northstar

Source: Northstar
Keywords: Banking/Financial Service Asian-related news Personnel announcements