LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 27 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Di THOMAS SABO, Hari Kekasih 2016 adalah berkisarkan luahan peribadi rasa cinta: mulai 23 Januari, tiga gelang Love Bridge yang ditempa khas untuk hari cinta tersebut akan menawarkan ruang untuk ukiran peribadi si pemakai. Sama ada untuk hari perkahwinan, cogan kata atau singkatan nama pasangan berkenaan, rekaan yang romantik pasti akan terus membuat jantung berdegup lebih pantas selepas membaca ukiran peribadi pada gelang itu pada hari istimewa.
Pilihlah sama ada gelang mutiara feminin dengan ruang ukiran berbentuk hati dan dua gelang yang ditempa daripada perak Sterling 925 yang istimewa atau dengan saduran emas mawar 18k yang halus, kedua-duanya mempunyai ruangan boleh ukir untuk mengabadikan rasa cinta secara peribadi sambil diapit oleh dua batu zirkonia berbentuk hati. Kotak khas sempena Hari Kekasih yang istimewa berserta kad ucapan melengkapkan pemberian itu.
Selain itu, pelawat laman web dan saluran media sosial THOMAS SABO berpeluang untuk memenangi pakej percutian ke Venice dan barang kemas daripada koleksi Love Bridge: bermula pada hujung Januari, pengguna boleh menghantar gambar peristiwa kejutan dan detik-detik cinta paling menarik di Twitter atau Instagram menggunakan #CatchThatMoment dan terus mengambil bahagian dalam cabutan hadiah itu.
Antara 23 Januari dan 14 Februari 2016, tiga gelang wanita - LBA0045-051-14, LBA0045-416-14 dan LBA0046-082-14 - akan dijual di semua kedai THOMAS SABO, kedai dalam kedai, serta kedai dalam talian mereka melalui http://www.thomassabo.com dan juga di kedai-kedai rakan terpilih.
Latar Belakang THOMAS SABO
THOMAS SABO adalah salah sebuah syarikat pengeluar utama global bagi produk barang kemas, jam tangan dan kecantikan yang mencipta, menjual serta mengedarkan produk gaya hidup untuk golongan wanita dan juga lelaki. Syarikat itu mengendalikan hampir 280 buah gedung merentasi lima benua dan bekerjasama di peringkat global dengan kira-kira 2,600 rakan dagang.
- Rujukan silang: Gambar boleh diperoleh di AP Images (http://www.apimages.com) -
Wakil media
Felizia Kindermann (Ketua PR Antarabangsa & Korporat)
+49912397150
press@thomassabo.com