omniture

AS$ 2 Juta Diterima Pemenang Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE dan Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE

Dubai Museum of the Future Foundation
2016-02-08 20:34 238

DUBAI, UAE, 8 Februari 2016 /PRNewswire/ --

  • Anugerah terbesar dunia dalam kategori teknologi dron dan robotik kegunaan awam memilih projek terbaik selepas tiga hari bertanding di Dubai
  • Lebih 1,600 projek dari 165 negara menyertai pertandingan

Pemenang Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE kali kedua dan pemenang Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE pertama, iaitu anugerah terbesar dunia dalam kategori teknologi dron dan robotik untuk kegunaan awam, diumumkan hari ini di hadapan Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai, selain para tetamu dan pakar antarabangsa serta sejumlah besar pengunjung pada hari penutup acara pertandingan tiga hari tu di Bandar Internet Dubai.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160206/788064-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160206/788064-b)

Dron berbilang rotor Loon Copter, dari Amerika Syarikat memenangi hadiah bernilai AS$1 juta dalam Pertandingan Antarabangsa Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE manakala UC Berkeley & SuitX, juga dari Amerika Syarikat, memenangi hadiah bernilai AS$ 1 juta menerusi Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE.

Pada acara itu, Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum menyatakan UAE telah menjadi pusat inovasi antarabangsa yang terkemuka bagi menggalakkan pelaburan dalam kebolehan sumber manusia dan memupuk inovasi dalam aplikasi baharu yang dapat mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk setiap individu.

"Dunia kini menyaksikan perubahan drastik dan cabaran baharu setiap hari yang memerlukan kita menyatupadukan usaha kita bagi menggunakan teknologi moden untuk memudahkan kehidupan manusia. Inisiatif berinovasi membolehkan kita mencipta penyelesaian terbaik untuk menghadapi cabaran sepanjang perjalanan kita untuk mencapai kemajuan dan aspirasi kita," tambah Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed.

Kedua-dua anugerah turut diberikan di peringkat kebangsaan dengan setiap pemenang membawa pulang AED 1 juta. Dron robot udara untuk pembinaan dan pembaikan, Buildrone, memenangi Pertandingan Kebangsaan Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE manakala Sistem Pemanduan Pintar untuk Orang Buta meraih Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE.

Sepanjang acara tiga hari tu, 40 peserta yang mara ke peringkat separuh akhir dalam kedua-dua pertandingan peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan itu mendemonstrasikan secara langsung projek mereka di hadapan panel pakar hakim antarabangsa. Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE dan Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE menerima lebih 1,600 projek dari 165 buah negara.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pemenang, sila lawati laman sesawang melalui http://www.roboticsforgood.ae dan http://www.dronesforgood.ae

SUMBER  Dubai Museum of the Future Foundation

Source: Dubai Museum of the Future Foundation
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Awards