omniture

Salah Sebuah Syarikat Pengehosan Utama Eropah Tembusi Pasaran Global

STRATO AG
2016-02-15 07:29 338

BERLIN, 15 Februari 2016 /PRNewswire/ --

STRATO, salah sebuah syarikat perkhidmatan pengehosan utama yang terbesar di Eropah, kini meluaskan aktiviti perniagaan mereka dengan menembusi pasaran pengehosan global. "Melalui strategi penting ini, kami mampu berkembang ke dalam pasaran pengehosan yang padat seperti Jerman, Belanda, dan Sepanyol selama bertahun-tahun serta berjaya memperoleh bahagian pasaran daripada pihak pesaing," kata Dr. Christian Böing, Ketua Pegawai Eksekutif STRATO. "Kini kami ingin berkembang ke peringkat antarabangsa ke dalam pasaran baharu dan menawarkan produk kami di dalam laman web penempahan seluruh dunia."

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160210/331956LOGO )

Pengehosan Laman Web Seluruh Dunia

Kini, terdapat laman sesawang penempahan seluruh dunia untuk produk pengehosan STRATO: pengguna Internet daripada mana-mana negara yang laman web negaranya tidak dikendalikan oleh STRATO boleh mengakses laman web pengehosan global baharu di http://www.strato.com. STRATO menawarkan domain, e-mel, kit laman web, pakej pengehosan, penyimpanan dalam talian dan pelayan di laman web pengehosan global mereka. Ketika mengakses laman web tersebut, pengguna boleh memilih dua bahasa yang boleh dipaparkan pada laman web tersebut, sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Turki.

Meneruskan kejayaan daripada Eropah

STRATO berhasrat untuk meneruskan kejayaan daripada negara-negara Eropah menerusi laman sesawang pengehosan seluruh dunianya: "Dalam pasaran pegehosan Jerman yang padat dan amat berdaya saing, kami adalah syarikat pengehosan yang paling pantas berkembang dari segi pertumbuhan kontrak. Di Belanda, kami adalah syarikat pengehosan paling pantas berkembang dari segi pendaftaran domain .nl," kata Böing.*

STRATO Miliki Lebih 18 Tahun Pengalaman Dalam Khidmat Pengehosan

STRATO adalah antara syarikat pengehosan pertama dan sudah pun merevolusikan pasaran pengehosan sejurus ditubuhkan pada tahun 1997. Sebagai perintis dalam perkhidmatan ini, STRATO memasarkan pakej laman web yang mampu milik dan lengkap. Pada tahun 2006, STRATO memasuki pasaran pengehosan Eropah, dan empat tahun kemudian, STRATO menawarkan khidmat penyimpanan dalam talian secara dalaman dan menjadi salah satu penyedia pertama di dunia.

* Sumber: SIDN, Januari 2016

Latar Belakang STRATO

STRATO adalah penyedia perkhidmatan pengehosan dengan nisbah harga kepada prestasi yang terbaik: sebagai salah sebuah syarikat pengehosan terbesar di dunia, STRATO menawarkan kualiti perkhidmatan profesional pada harga yang berpatutan. Produk yang ditawarkan mereka adalah seperti domain, e-mel, dan pakej laman web, penyimpanan dalam talian hinggalah ke pelayan. STRATO mengehoskan empat juta domain dan mengendalikan dua pusat data yang diperakui. STRATO adalah sebuah syarikat di bawah Deutsche Telekom AG.

Wakil media

STRATO AG, Pascalstr. 10, 10587 Berlin, Jerman
press@strato.com, + 34(0)30-300-1460

http://www.strato.com/newsroom

Sumber: STRATO AG

Source: STRATO AG
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion