omniture

Lancer Skincare dan The Hut Group Jalin Kerjasama wujudkan Pendekatan Baharu untuk Pengedaran Global

Lancer Skincare LLC
2016-02-15 17:00 444

LOS ANGELES, 15 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Meneruskan pencapaian tahunan terbaik yang memperlihatkan pertumbuhan pesat serta pengenalan usaha sama yang eksklusif bersama individu berpengaruh dalam bidang media Ryan Seacrest, Lancer Skincare dengan bangganya mengumumkan satu perkongsian bersama The Hut Group dalam satu usaha strategik bagi meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia secara berterusan dalam pasaran berprestij, termasuk ke seluruh Eropah dan Asia. Satu rahsia yang hanya digunakan oleh golongan elit Hollywood dan hanya boleh didapati di Klinik Dermatologi Dr. Harold Lancer di Beverly Hills, California, Lancer Skincare berkembang maju menjadi rangkaian produk antipenuaan terbaharu yang mendapat sambutan tinggi dan boleh didapati daripada peruncit mewah termasuk Nordstrom, Saks Fifth Avenue, gedung-gedung Sephora terpilih, Harrods, Bergdorf Goodman, dan Neiman Marcus. Perkongsian antara Lancer Skincare dan The Hut Group terus mengukuhkan hala tuju dan komitmen kecemerlangan jenama tersebut, di samping memantapkan potensi di peringkat global yang cukup luas bagi tahun 2016.

Bagi The Hut Group, tumpuan kepada peruncitan adalah keutamaan mereka. Sebagai peneraju utama dalam peruncitan dalam talian dengan lebih 14 juta pengguna antarabangsa yang tersendiri, syarikat itu kini meluaskan tawaran mereka melalui kedai fizikal di samping secara e-dagang, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai destinasi kesihatan dan kecantikan yang utama serta progresif. Digandingkan dengan keupayaan syarikat untuk memanfaatkan kecerdasan data (data intelligence) dan promosi bersilang, rakan mereka akan menikmati hasil pertumbuhan yang mantap melebihi pihak pesaing mereka.

Jalinan kerjasama antara The Hut Group dengan Lancer Skincare ini membuahkan satu peluang perniagaan yang menarik buat kedua-dua syarikat hasil gabungan aset-aset mereka. Dengan capaian global yang lebih luas hasil daripada pendekatan pemasaran berbilang saluran The Hut Group, kebolehlihatan Lancer Skincare akan ditambah baik secara strategik dalam semua pasaran utama selain untuk pelanggan-pelanggan berprestij antarabangsa.

Tracey Sameyah, Ketua Pegawai Eksekutif Lancer Skincare berkata, "Kami di Lancer Skincare teruja dengan kerjasama strategik kami bersama The Hut Group. Menerusi keupayaan dan prasarana mereka, mereka akan memberi kesan yang amat besar kepada pemasaran produk kami, ketika kami mengukuhkan proses pengedaran kami di peringkat global. Kami melihat The Hut Group sebagai satu pendorong perniagaan yang inovatif dan kami percaya model perniagaan mereka akan mengubah landskap pengedaran produk kami yang berprestij dan eksklusif dengan ketara."

Paul Gedman, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Prestij The Hut Group, berkata, "Kami memiliki pandangan yang luas dalam pasaran penjagaan kulit berprestij dengan lebih 450 jenama dan 80 juta pelawat antarabangsa yang mengunjungi laman sesawang kecantikan kami, dan kami sangat yakin Lancer Skincare memiliki ciri-ciri yang lengkap untuk menjadi fenomena global dalam bidang kecantikan. Selain itu, adalah penting bagi kami untuk melancarkan model perniagaan pengedaran kami dalam bidang kecantikan dengan jenama yang amat kami yakini.

"Kombinasi kepakaran Dr. Harold Lancer yang terkenal di dunia dengan platform proprietari dalam capaian global dan prasarana kami akan membolehkan jenama tersebut meneruskan kecemerlangan jualannya dalam pasaran AS di wilayah baharu. Kami sangat berbangga kerana berpeluang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan global jenama tersebut."

Latar Belakang Lancer Skincare LLC:

Lancer Skincare terhasil daripada usaha bersungguh-sungguh penyelidik Dr. Harold Lancer, yang mengamalkan ilmu dermatologi sejak lebih 30 tahun, dan merawat lebih 30,000 orang pesakit. Menggunakan bahan-bahan berkualiti tertinggi di dunia serta teknologi canggih untuk setiap produk Lancer Skincare, kulit yang sihat dan kelihatan muda dapat dihasilkan.  

Sebagai salah seorang pakar kulit terulung di dunia, Dr. Lancer diangkat sebagai perintis dalam perkhidmatan berinovasi dan teknik baharu, sehinggakan pesakit menggelarkan rawatannya sebagai "The Lancer Glow". Selepas berita tentang kemujaraban rawatan beliau tersebar, pesakit dari seluruh dunia - termasuk individu terpenting - mengembara ke klinik beliau di Beverly Hills untuk mendapatkan rawatan laser dan muka agar dapat memiliki kulit yang kelihatan lebih muda serta lebih sihat. Bermula dengan hanya beberapa produk terkenal yang dijual secara eksklusif di kliniknya, permintaan daripada seorang pelanggan dan rakan, Oprah Winfrey, mendorong Dr. Lancer membawa rangkaian produknya ke pasaran AS dan meluaskan penawaran produk itu agar sesiapa jua dapat memiliki kulit yang cantik.

Dilancarkan di Nordstrom pada tahun 2011, kemasukan awal produk penjagaan kulit mewah ini mendapat penghargaan tinggi daripada para penyunting di Vogue, InStyle, Allure dan Marie Claire, yang memperakui keberkesanan produk itu dan terus menerbitkan nasihat serta produk beliau. Mereka turut disertai oleh pihak berpengaruh lain dan para selebriti turut menyukai produk itu termasuk Sofia Vergara, David dan Victoria Beckham, serta Kim Kardashian. Kumpulan peminat beliau terus berkembang apabila produk itu menembusi pasaran Eropah, di gedung-gedung paling terkenal di dunia, Harrods, pada tahun 2013, dan sekali lagi pada tahun 2015 apabila menyertai Sephora AS dan Kanada.

Latar Belakang The Hut Group

The Hut Group adalah pakar dalam peruncitan dalam talian dan juga pemilik jenama yang menjual barangan dengan belian berulang yang tinggi secara terus kepada pengguna dalam sektor Kesihatan dan Kencantikan khususnya: penjagaan rambut dan kulit berprestij; pengawalan berat badan; gizi dan vitamin sukan; pakaian, kasut serta aksesori berprestij.

Platform teknologi proprietari milik Kumpulan itu memfokuskan model perniagaan, memudahkan proses peruncitan berasaskan data yang amat berkesan melalui kandungan laman sesawang yang dioptimumkan serta kandungan pemasaran yang ditempah khas, meningkatkan kesetiaan yang tinggi, pilihan barangan, pembelian berulang dan kepuasan dalam kalangan pengguna. Selain daripada memperkasa jenama dan laman sesawang milik Kumpulan itu, bahagian Perkhidmatan Teknologi Kumpulan menyediakan perisian perniagaan kepada perniagaan dan perkhidmatan platform e-dagang untuk media dan juga rakan jenama.

The Hut Group melancarkan laman sesawang pertama pada tahun 2004 dan laman ini merangkumi:

Sumber: Lancer Skincare LLC

Source: Lancer Skincare LLC
Keywords: Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Licensing/marketing agreements