omniture

G2A Bayar Denda Bagi Pihak Pemain Muda Atas Pengharaman Logo di acara e-sukan Campeonato Brasileiro de League of Legends (CBLoL) 2016

G2A.com
2016-02-16 00:22 459

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 16 Februari 2016 /PRNewswire/ --

G2A.com baru-baru ini digemparkan dengan satu insiden yang berlaku semasa Campeonato Brasileiro de League of Legends (CBLoL) 2016. Insiden tersebut pantas tersebar ke seluruh Brazil dalam kalangan berjuta-juta penyokong e-sukan serta G2A yang bersemangat dan setia oleh sebab sokongan yang diberikannya sejak bertahun-tahun selain lebih 6 juta dolar dibelanjakan olehnya untuk membangunkan pasukan e-sukan mereka.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160214/333042 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160214/333043 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151011/275922 )

http://www.prnewswire.com/news-releases/g2a-has-invested-over-6-million-in-e-sport-sponsorship-since-2014-to-make-e-sport-global-teams-grow-stronger-faster-531973382.html

Menurut satu sumber, seorang pemain muda, Gabriel "Tockers" Claumann terlupa bahawa pihak RIOT telah 'mengharamkan' logo G2A. Beliau tanpa niat dan penuh bangga telah memakai kemeja-T dengan logo G2A. Pertandingan telah bermula dan beliau tidak menyedari akan apa yang bakal menantinya. Semasa waktu rehat, beliau dimaklumkan tentang peraturan bahawa beliau tidak boleh memakai pakaian yang tertera logo G2A dan terpaksa menampal pita pelekat pada logo itu.

Berikut adalah kenyataan rasmi pihak RIOT:

http://lolesports.com.br/noticias/41df2750-9d0d-4b3c-9d36-276e5f2284a2

Bukti denda berkenaan:

http://mycnb.uol.com.br/noticias/3643-intz-e-multado-em-r-5-mil-por-exibir-marca-de-empresa-banida-no-cblol

http://xlg.uol.com.br/noticias/2016/02/03/intz-e-punida-em-r-5-mil-devido-a-patrocinador-proibido-no-uniforme#rmcl

http://boards.br.leagueoflegends.com/pt/c/esports/wMF6AEjJ-tockersintz-punido-por-ter-g2a-na-camisa-mylon-tambam-apareceu-na-transmissaeo-com-a-g2a-e-agora

Organisasi yang disertai Gabriel "Tockers" Claumann, INTZ kemudiannya didenda R$ 5.000,00 (1.150 EUR) kerana menggunakan logo G2A.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran Dawid Rozek berucap di Eropah dengan berkata: pihak G2A.COM akan terus menyokong semua rakan e-sukan G2A. Beliau menambah: "G2A telah melunaskan denda bagi pihak organisasi Gabriel "Tockers" Claumann, INTZ kerana G2A percaya tiada organisasi e-sukan yang perlu dihukum hanya kerana memakai kemeja-T yang tertera jenama G2A."

RIOT, sebagai penaja pasukan League of Legends mengharamkan penggunaan logo G2A awal tahun ini. Rundingan antara G2A dan RIOT gagal membuahkan satu penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak yang boleh memperkukuh industri e-permainan bagi pihak pemain.

Namun begitu, pengharaman RIOT mendatangkan kesan yang sebaliknya kerana kemeja-T G2A itu menjadi simbol protes pada malam itu. Sokongan daripada komuniti e-sukan terhadap G2A semakin bertambah dan kemajuan pasukan e-sukan dilihat semakin hebat.

Walau bagaimanapun, kedudukan G2A dan kejutan berkaitan denda itu ke atas pasukan e-sukan dari Brazil itu, mencetuskan perbezaan pendapat dalam kalangan komuniti e-sukan. Salah satu fokus utama G2A pada masa ini adalah untuk memulihkan kemakmuran dan kestabilan e-sukan di Brazil.

G2A.COM mengambil berat akan pasaran permainan, para pemain, serta komuniti e-sukan di Brazil. "G2A mengambil kira perkembangan dan keseronokan mereka dalam e-sukan. Ahli sukan digital daripada Brazil boleh bergantung harap pada sokongan G2A," Dawid merumuskan.

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology