omniture

Spire TalentSHIP Diiktiraf sebagai 'Teknologi Terbaik dalam Analisis HR' sempena Kongres HRD Sedunia ke-24, 2016

Spire Technologies
2016-02-17 16:21 304

SAN FRANCISCO, 17 Februari 2016 /PRNewswire/ --

- Spire TalentSHIP® adalah Teknologi Tangkas Berasaskan Awan yang Berintegrasi Dengan apa-apa dan Setiap Sistem HRIS/HCM/HRMS dan Sangat Boleh Diskalakan

- Spire TalentSHIP® Melengkapi Platform Sedia ada, Berikan 3 Tahap Kecekapan - Penjimatan Kos, Penjimatan Masa Dan Kecemerlangan Operasi untuk Memberikan Pengalaman Pengurusan Bakat Yang Tiada Tandingan

Syarikat carian & risikan kontekstual, Spire Technologies, diiktiraf sebagai 'Teknologi Terbaik dalam Analisis HR' sempena Kongres HRD Sedunia kali ke-24 yang diadakan di Mumbai. Anugerah itu diberikan oleh Dr. Sanjay Muthal, ED, RGF Mgmt.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160216/790763)
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160216/790763-a)

Pasaran teknologi Pengurusan Modal Insan (HCM) global dianggarkan mencecah $12 bilion dan diunjurkan meningkat sebanyak 8% setiap tahun, satu pasaran yang mendapat perhatian perusahaan untuk membuat pelaburan yang tinggi. Walau bagaimanapun, pasaran ini terhad untuk sistem pengautomatan aliran kerja linear. Oleh sebab itu, ketidakcekapan dalam proses HR dikesan. Masalah itu hanya boleh diselesaikan hanya dengan menggunakan teknologi yang memahami data HR yang tidak berstruktur. Spire berjaya memecah kebuntuan ini dengan mewujudkan teknologi risikan kontekstual, yang memberikan tiga kecekapan untuk HR - penjimatan kos, penjimatan masa dan kecemerlangan operasi.

Saurabh Jain, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Spire Technologies berkata, "Ketika dunia kini maju ke arah Web 3.0, organisasi berautonomi dan kecerdasan mesin akan menjadi amat penting. Tidak dapat dinafikan lagi, pada masa akan datang kumpulan bakat yang tersedia akan mengalami kesan positif daripada kecerdasan algoritma yang digunakan. Spire TalentSHIP® menjadikan data HR lebih pintar."

Spire TalentSHIP® membuktikan konsep kecerdasan mesin bukanlah sekadar omong kosong, tetapi suatu aset yang terbukti boleh meningkatkan keuntungan melalui kecekapan HR. Ia kini diguna pakai oleh perusahaan gergasi global dalam bidang IT, penjagaan kesihtan dan perbankan.

Hasil daripada sudut perniagaan

  • Pendapatan meningkat 9%
  • Pengurangan kos 7%
  • Keuntungan meningkat 5.4%

Keputusan HR

  • Penjimatan masa sehingga 40%
  • Pengurangan kos 60%
  • Kecekapan memilih calon yang sesuai meningkat 70%

Latar Belakang Spire Technologies:

Ditubuhkan pada tahun 2007, Spire adalah syarikat teknologi yang memberikan maksud kontekstual kepada APA-APA kandungan sama ada teks, audio, atau video; berstruktur mahupun tidak berstruktur. Platform pencarian kontekstual dan maklumat Spire adalah teknologi proprietari yang memberikan keupayaan analisis data, kelajuan, dan kejituan yang tiada tandingan dengan kesan yang terbukti pada hasil perniagaan. Ia mempunyai dua keupayaan unik iaitu mampu memberikan ketepatan sehingga 95% dalam pencarian kontekstual dan 80% ketepatan dalam pemetaan permintaan-pembekalan.

1) Pemahaman data tidak berstruktur

2) Analisis data kontekstual

Lawati http://www.spiretechnologies.com

Hubungi melalui e-mel di engage@spire2grow.com

Source: Spire Technologies
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Awards