omniture

CM Telecom Tembusi Afrika Selatan dan Hong Kong

CM Telecom
2016-02-18 09:00 263

BREDA, Belanda, 18 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Sebuah syarikat perkhidmatan mudah alih global, CM Telecom, hari ini mengumumkan mereka terus mengembangkan perkhidmatan mereka dengan pembukaan pejabat baharu di Cape Town, Afrika Selatan dan Hong Kong.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160215/333230LOGO )

CM Telecom menyedari terdapat peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan mereka di Asia dan Afrika termasuk untuk perkhidmatan Pemesejan Hibrid dan fungsi pengesahan seperti pengesahan dua faktor. CM Telecom dijangka akan membawa bersama khidmat SMS ke seluruh benua itu di samping menyediakan perkhidmatan kepada sektor penting seperti perbankan, peruncitan, penjagaan kesihatan, logistik dan media. James Bayhack dilantik sebagai Pengurus Negara bagi Afrika Selatan manakala Fred Siu pula sebagai Pengurus Negara di Hong Kong. Mereka berdua akan turut berkhidmat untuk Afrika dan APAC, masing-masing.

Hodny Benazzi, Pengurus Besar CM Telecom: "Usaha perluasan ini adalah hasil daripada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kami di Afrika dan Asia. Walaupun kedua-dua pasaran sudah pun matang dan memilik keluasan geografi yang luas, perluasan ini memberikan satu peluang yang unik kepada produk dan untuk pengambilalihan terkini. Produk Pemesejan Hibrid, CM Direct, pembayaran mudah alih dan pengesahan dua faktor menerusi pemesejan mudah alih akan memberi sumbangan utama dalam pasaran Asia Pasifik serta Afrika. Selain itu, kita boleh menambah nilai pada pasaran ini dengan ciri-ciri analitik dan API kami yang cemerlang, yang benar-benar membezakan CM Telecom daripada pesaing yang lain."

"Berbanding pesaing kami yang beroperasi dalam sektor tertentu, seperti SMS atau pemesejan dorong (push messaging) mahupun khidmat pembayaran, produk yang ditawarkan CM mencakupi kesemua sektor ini dan boleh dinikmati di bawah satu bumbung. Sistem Pemesejan Hibrid kami menggabungkan beberapa saluran ke dalam satu pakej untuk memastikan pelanggan dapat menghantar mesej kepada khalayak melalui satu saluran dan tanpa mengira platform," kata Jeroen Van Glabbeek, Ketua Pegawai Eksekutif CM Telecom.

Latar Belakang CM:
Dilancarkan di Belanda pada tahun 1999 dan memiliki lebih 20,000 pelanggan di seluruh dunia, platform CM Telecom membantu pelanggan mereka menjalankan aktiviti perniagaan penting termasuk interaksi pelanggan, kempen pemasaran dan urus niaga. Perkhidmatan seperti instrument untuk SMS, pembangunan aplikasi, pemberitahuan dorong (push notifications) dan produk Pemesejan Hibrid, yang menggabungkan beberapa saluran ke dalam satu pakej untuk memastikan pelanggan boleh menghantar mesej kepada khalayak melalui satu saluran dan tanpa mengira platform.

Platform CM Telecom dikuasakan oleh prasarana yang dibina mereka sendiri, disokong oleh pusat operasi rangkaian 24/7 termasuklah pusat data sendiri dan rangkaian optik di seluruh Eropah utara. Selain Hong Kong dan Cape Town, CM Telecom memiliki pejabat di London, Paris, Frankfurt, Brussels, Amsterdam, Breda dan The Hague.

https://www.cmtelecom.com/

Sumber: CM Telecom

Source: CM Telecom
Keywords: Internet Technology Telecommunications