omniture

Gionee bakal Lancar S8 dan Perkenal Rakaman Video Era Baharu

Gionee
2016-02-19 11:17 293

BARCELONA, Sepanyol, 19 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Gionee, penyedia penyelesaian telekomunikasi global, bakal melancarkan telefon pintar S8 terbaharu mereka secara rasmi semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2016. Telefon ini akan membuka era baharu bagi rakaman video dan fotografi mudah alih.

Gionee mula mengeluarkan telefon sejak tahun 2002 dan memiliki sejarah terpanjang dalam kalangan jenama yang terdapat di China. Syarikat ini menyedari kunci kepada kejayaan adalah dengan mengikuti arus perkembangan pembangunan industri global dan memenuhi keperluan pengguna. Tahun lalu, Gionee berjaya melancarkan S7 di MWC, dan pihak media memberi maklum balas positif kepada reka bentuknya yang tipis. "Tidak seperti produk lain yang serupa, ia bukan sahaja mempunyai badan yang nipis, tetapi juga memberi pengalaman yang selesa."

Gionee juga diiktiraf sebagai peneraju dalam kuasa yang hebat. Pada tahun 2015, Gionee melancarkan M5 plus dengan bateri yang boleh bertahan selama 3 hari, seraya menyelesaikan isu pengecasan semula yang sentiasa menjadi masalah. Tambahan lagi, ketebalan visual badannya hanyalah senipis 3.5mm, dan ini memberikan pengguna pengalaman pegangan tangan yang lebih selesa.

Sebagai pengeluar telefon yang terkemuka di China, usaha untuk membuat perubahan secara berterusan dan menjadi global adalah isu yang amat penting. William Lu, presiden Gionee, sudi berkongsi pandangan beliau. Ayuh, sertai kami di Panggung C Dewan 8 @ MWC pada 22 Februari, jam 2 petang untuk mengetahui lebih lanjut dan berkongsi kegembiraan!

Pengunjung boleh melawat reruai kami iaitu #C61 di Dewan 7.

Latar Belakang Gionee

Ditubuhkan pada September 2002, Gionee Communication Equipment Co. Ltd. berdedikasi untuk membangunkan peranti mudah alih selular yang inovatif kepada pengguna yang mementingkan hubungan global. Syarikat itu kini merupakan antara 10 pengeluar telefon bimbit terbaik dunia dan telefon bimbitnya dijual di lebih 50 buah negara. Untuk maklumat lanjut tentang Gionee, sila lawati global.gionee.com.

Laman Web:http://global.gionee.com/news_detail.php?id=31&c=1

Wakil Media:

Ann Lau

Gionee

+86 147 1649 9692

annlaumw@gionee.com

Jocelyn Ji

Ogilvy Public Relations

+86 186 0128 5453

jocelyn.ji@ogilvy.com

Source: Gionee
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news