omniture

G2A Mengumumkan Pemain Jepun Boleh Membayar dengan WebMoney Japan

G2A.com
2016-02-19 17:54 297

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 19 Februari 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM merupakan pasaran permainan video digital yang berkembang paling pantas di dunia, yang membolehkan pelanggan membeli dan menjual produk digital. G2A melabur lebih 25 juta Euro untuk penyelidikan dan pembangunan sejak dua tahun lalu bagi memastikan inisiatif dalam talian yang selamat dan terjamin. Dengan lebih 6 juta pengguna unik dan lebih 1 juta urus niaga setiap bulan, G2A mengungguli dunia dari segi bilangan produk permainan video digital – lebih 25 ribu.

 (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160218/334658 )

G2A.COM melancarkan WebMoney Japan khas untuk pelanggan Jepun mereka, kini boleh didapati dalam pasaran G2A serta dalam ekosistem G2A Pay. Ini adalah peluang hebat untuk para pemain yang ingin menggunakan WebMoney Japan bagi membeli permainan. G2A sangat aktif dalam pasaran Jepun dan sangat mengambil berat akan para pemainnya, menyediakan media sosial (Twitter, Facebook) dan sokongan bahasa tempatan dalam Bahasa Jepun. G2A menyertai Pameran Permainan Tokyo 2015, dan menerusi kerjasama EIZO dan SteelSeries, G2A menyediakan reruai dan sidang akhbar untuk para pemain Jepun yang teruja.

Toshifumi Tsukada, Ketua Pegawai Eksekutif WebMoney Japan berkata kerjasama ini adalah sangat diperlukan: "Kini, WebMoney Japan, jenama yang dikenali dan dipercayai, boleh digunakan serta-merta oleh para Pemain Jepun. Kami gembira kerana dapat menjalin kerjasama dengan G2A."

Naib Presiden Eksekutif Global Payments Bob Voermans berkata: "G2A berbangga kerana dapat bekerjasama dengan WebMoney Japan dan mengesahkan WebMoney Japan sebagai rakan kongsi G2A yang dipercayai. WebMoney Japan kini merupakan sebahagian daripada usul yang ditawarkan G2A PAY. Dengan menambah WebMoney Japan, pembeli dan penjual di G2A kini boleh menikmati faedah daripada satu lagi kaedah pembayaran global yang hebat." Bob menyimpulkan: "Pada pandangan saya, perkongsian ini akan meningkatkan pertumbuhan untuk penjual kerana pelanggan akan lebih kerap membuat pembelian di G2A.COM Marketplace."

WebMoney Japan Corporation menyediakan e-wang prabayar terpulih pelayan terbesar "WebMoney Japan" untuk pasaran bahan digital di Jepun sejak tahun 1998. WebMoney Japan membolehkan pembayaran selamat dilakukan untuk beribu-ribu perkhidmatan dalam talian seperti permainan video dalam talian, e-buku, filem, dan muzik untuk semua. Tambahan lagi, kami bekerjasama dengan MasterCard Worldwide dan kad prabayar kami membolehkan pembayaran dilakukan di semua saudagar MasterCard di dunia, sama ada secara luar talian mahupun dalam talian. WebMoney Japan boleh dibeli di lebih 60,000 kedai di seluruh Jepun dan ia juga mudah diisi semula menerusi kad kredit dan perbankan dalam talian.

Latar Belakang G2A

G2A merupakan pasaran digital global yang dipercayai dan diperakui yang dibangunkan oleh golongan profesional daripada pelbagai bidang termasuk permainan video, pengurusan, kewangan, perhubungan awam, dan pemasaran. Setiap hari, G2A berusaha keras untuk mencipta platform digital paling hebat untuk semua penggemar permainan video. G2A merupakan salah satu daripada dua carian kata kunci organik paling popular di dunia dalam Permainan Video – Laporan Tanda Aras Pemasaran Pencarian Similarweb 2015, kini mempunyai lebih 67 juta kunjungan menerusi komputer meja.

Untuk maklumat lanjut
Hubungi: gpr@g2a.com
http://www.g2a.com

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology