omniture

Risen Energy Umumkan Keputusan Penuh 2015

Risen Energy Co., Ltd
2016-03-01 01:04 325

NINGBO, China, 1 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd, sebuah syarikat awam berhad yang diurus di bawah undang-undang Republik Rakyat China, tersenarai dalam pasaran saham Shenzhen, dan pengeluar bersepadu dengan nilai kredit tahap 1 "AAA" bagi produk fotovolta suria berprestasi tinggi selain penyedia penyelesaian perniagaan, hari ini mengumumkan laporan tahunannya bagi tahun berakhir 31 Disember, 2015.

Laporan Kewangan dan Operasi Bagi Tahun 2015

  • Hasil jualan sebanyak 5.26 bilion RMB, peningkatan 78% berbanding tahun 2014
  • Jumlah pendapatan sebanyak 320 juta RMB, peningkatan 382% berbanding tahun 2014
  • Peningkatan penghantaran modul PV suria 1246 MWp dan pemasangan projek suria EPC, BOT dan BT berkuasa 547 MWp

Syarikat berkenaan terus memperlihatkan pengurusan kewangan yang teliti sejak sekian lama, kini memberikan manfaat kewangan yang tidak boleh dipertikaikan lagi kepada rakan strategik, pemilik projek EPC, projek Syarikat itu sendiri, dan beberapa entiti pasaran di peringkat antarabangsa. Dengan struktur sokongan jualan dan perkhidmatan mengikut rantau yang mantap serta terus berkembang, pengguna dijanjikan dengan penyediaan penyelesaian untuk aspek teknokomersial yang terperinci.

Prasarana pengeluaran yang amat moden dan penuh pengautomatan untuk penghasilan sel serta modul berkapasiti 2600 MWp pada penghujung tahun 2015 akan dipertingkat kepada 3100 MWp pada tahun 2016.

Pelaburan dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) berjaya menghasilkan sel PV suria dengan kecekapan 19%+ untuk polihablur dan 20% untuk monohablur, serta modul PV suria dengan pekali suhu paling rendah bagi kuasa dalam industri.

Kumpulan portfolio produk serta perkhidmatan daripada Risen yang pelbagai dan menjadi sokongan, meliputi segmen dan juga industri selanjutnya, yang terdiri daripada pengeluar Etilena Vinil Asetat (EVA) kedua terbesar di bawah jenama Sveck, penyelesaian pencahayaan LED di bawah jenama Twinsell, perkhidmatan kewangan di bawah jenama Sunallies, sebuah perniagaan Hartanah Antarabangsa dan sebuah organisasi perkhidmatan EPC, yang memastikan kepekaan kewangan Risen dicairkan serta tidak tertakluk kepada kehendak peribadi terhadap pasaran, dengan kesan bersih bagi kebolehlaksanaan jangka panjang dijadikan aset untuk pelanggan serta keperluan perkhidmatan jangka panjang.

Jelas sekali tahun-tahun akan datang akan menjanjikan kecemerlangan ketika Syarikat terus berkembang, hasil daripada penjanaan tunai sendiri. Panduan untuk Q1 2016 dengan ramalan pendapatan antara 160 dan 170 juta RMB menjadi contoh dan mengukuhkan lagi ramalan bahawa pertumbuhan dapat dilakukan dengan menjadikan kemampanan untuk tempoh jangka panjang sebagai objektif utamanya.

Latar Belakang Risen Energy Co., Ltd

Risen Energy Co., Ltd adalah pengeluar dengan nilai kredit tahap 1 "AAA" yang terkemuka di peringkat global bagi produk fotovolta suria berprestasi tinggi selain penyedia penyelesaian perniagaan bagi penjanaan kuasa untuk kediaman, komersial, dan pada skala utiliti. Syarikat tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2002 dan disenaraikan secara awam pada tahun 2010, mendorong penghasilan nilai untuk pelanggan globalnya yang terpilih. Inovasi teknokomersial, disokong oleh kualiti serta sokongan terbaik, menjadi pemangkin untuk penyelesaian perniagaan PV Suria Risen Energy secara keseluruhan, yang merupakan antara yang paling berkuasa dan menjimatkan yang terdapat dalam industri. Berada dalam pasaran tempatan dan mempunyai kedudukan kewangan perbankan yang kukuh, kami komited serta mampu membina kolaborasi yang strategik dan saling memanfaatkan bersama rakan kerjasama kami sambil memanfaatkan nilai tenaga hijau yang semakin tinggi.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Earnings