omniture

Napier Healthcare Laksana Sistem Pengurusan Maklumat Hospital di Institusi Penjagaan Kesihatan Utama Bhutan

Napier Healthcare Solutions
2013-01-21 20:13 241

SINGAPURA, 21 Jan., 2013 /PRNewswire/ --

Hospital Rujukan Kebangsaan Jigme Dorji Wangchuck (JDWNRH) mula menggunakan produk perdana Napier yang berasaskan kepada web untuk menambahbaik pengurusan pesakit, mengikuti dengan konsisten keputusan-keputusan klinikal dan menambahbaik kualiti keseluruhan penjagaan kesihatan.

Sistem Pengurusan Maklumat Hospital (HIMS) milik Napier Healthcare telah dilaksanakan dengan jayanya di Hospital Rujukan Kebangsaan Jigme Dorji Wangchuck (JDWNRH) di Bhutan.

Dr. Damber K. Nirola, Penyelaras Projek Bagi Sistem Maklumat Hospital JDWNRH membuat kenyataan dengan berkata, "Ini untuk memaklumkan anda bahawa kami telah mula menggunakan HIMS daripada Napier Healthcare Solutions di JDWNRH berkuatkuasa 18 Disember 2012 bersama bantuan keseluruhan pasukan Penyelesaian Penjagaan Kesihatan Napier, kami dapat menggunakan sistem ini dengan jayanya. JDWNRH mempertanggungjawabkan Napier Healthcare bagi tugas melaksanakan HIMS untuk menambahbaik pengurusan pesakit dan mengurangkan waktu menunggu bagi pesakit."

Penyelesaian Pengurusan Maklumat Hospital milik Napier dibangunkan menggunakan standard industri penjagaan kesihatan seperti permesejan HL7 dan DICOM, menyampaikan satu sistem berasaskan kepada web, mengikut keperluan, boleh diskala dan disepadukan dengan lengkap serta disediakan berdasarkan pada fungsi-fungsi teras yang menyokong pentadbiran hospital, kewangan dan pengurusan pesakit. Maklumat lanjut akan HIMS Napier terdapat di http://napierhealthcare.com/solutions/hospital-solutions/hospital-information-management.

Mengulas akan kejayaan pelaksanaan itu, Karthik Tirupathi, CEO Napier berkata, "Kami berasa bangga untuk dikaitkan dengan JDWNRH dan dalam membantu mereka menambahbaik kualiti keseluruhan penjagaan kesihatan bersama sistem pengurusan yang lebih baik. HIS yang berasaskan kepada web menawarkan perkakas pintar yang canggih yang memperkasa Kesihatan Awam dan Hospital-hospital Kebangsaan untuk melakukan keputusan-keputusan berpengetahuan secara tepat masa untuk menambahbaik kualiti khidmat penjagaan kesihatan kritikal. Keterdapatan mudahalih serta analitik generasi akan datang sebagai sebahagian daripada penyelesaian membolehkan hospital-hospital  untuk memperluas capaian kepada khidmat kesihatan kritikal bagi penduduk, sehinggakan di kawasan-kawasan terpencil. "

Mengenai Napier Healthcare Solutions

Napier Healthcare Solutions (www.napierhealthcare.com) merupakan sebuah syarikat penyelesaian IT penjagaan kesihatan bersepadu bersama komitmen terhadap kecemerlangan dalam pengurusan penjagaan kesihatan. Napier Healthcare merupakan pemenang Anugerah Beacon 2011 bagi Penyelesaian Terbaik Industri Penjagaan Kesihatan daripada IBM dan Syarikat Aplikasi IT Terbaik Penjagaan Kesihatan Frost & Sullivan bagi Tahun 2011.

Disenaraikan secara konsisten sebagai antara penyedia terbaik serta pengurus program sistem maklumat bersepadu sepenuhnya bagi penjagaan kesihatan mengikut standard global, penyelesaian-penyelesaian Napier menjangkau keseluruhan penyampaian khidmat penjagaan kesihatan daripada peringkat teratas, kedua dan utama bagi kesihatan luar bandar dan umum.

Media Boleh Hubungi:
Vanessa Facundo
+65-6222-4505
vanessa.facundo@napierhealthcare.com

SUMBER: Napier Healthcare Solutions

Source: Napier Healthcare Solutions
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital New products/services