omniture

Tukang Masak Selebriti Nadja Piatka Jalin Kerjasama dengan Holista Bangunkan dan Pasarkan Mufin Sihat Rendah GI di A.S. dan Kanada

Holista CollTech
2016-03-04 16:08 372

PERTH, Australia, KUALA LUMPUR, Malaysia dan BUFFALO, N.Y.,, 4 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Holista CollTech Limited ("Holista") dan Nadja Foods LLC ("Nadja Foods") -- pembekal makanan bakar untuk rangkaian restoran seperti McDonald's dan Subway – bakal membangunkan bersama-sama mufin "rendah GI" berlabel bersih untuk diedarkan di A.S. serta Kanada.

Pengasas Nadja Foods, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nadja Piatka akan menggunakan formula Indeks Glisemik (GI) proprietari daripada Holista (ASX: HCT) yang tersenarai di Australia bagi menghasilkan rangkaian mufin yang semula jadi sepenuhnya.

Campuran itu – terdiri daripada ekstrak okra (bendi), kacang dal (kekacang), barli, dan halba – mencatatkan GI sebanyak 48, iaitu nilai paling rendah daripada semua mufin yang diuji oleh organisasi penyelidikan Kanada GI Labs.

GI menilai kesan produk yang mengandungi karbohidrat terhadap glukosa dalam darah dan insulin. Campuran Holista mengurangkan paras gula dalam darah yang tinggi, berpunca daripada pengambilan produk berasaskan tepung putih, tanpa mengabaikan rasa dan tekstur.

Mufin ini akan diedarkan kepada syarikat makanan segera, peruncit, sekolah dan hospital. Menurut kajian Nielsen, pasaran mufin di A.S. menyumbang sebanyak lebih AS$1.0 bilion jualan runcit pada tahun 2014, dan meningkat 4% setiap tahun.

Perkongsian Holista-Nadja ini dimeterai ketika berlakunya kebimbangan terhadap peningkatan pengambilan produk berasaskan tepung putih yang mungkin menyebabkan berlakunya penularan "sindrom metabolik". Simptom ini termasuk obesiti, kencing manis dan penyakit jantung. 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Nadja Foods membekalkan makanan sihat kepada rangkaian restoran dan kedai jualan. Ia pernah muncul dalam saluran media seperti Oprah Winfrey Show.

Barbara (Brueckner) Shpizner, Naib Presiden, Pengurus Inovasi di Mattson, berkata: "Roti, roti gulung, donut, dan bagel menyumbang sebanyak lebih AS$24 bilion bagi jualan di A.S. Dengan mengubah GI produk ini daripada 'karbohidrat pantas' kepada 'karbohidrat perlahan', kami berusaha menggalakkan pengguna untuk mengawal kesihatan mereka sendiri."

Nadja Piatka berkata: "Data saintifik baharu menunjukkan karbohidrat yang dicerna pantas seperti gandum merupakan punca utama kencing manis, obesiti, dan penyakit jantung. Makanan rendah GI merupakan cara paling praktikal untuk mengubah trend ini. Saya berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada revolusi ini."

Rajen Manicka, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Holista berkata: "A.S. dan Kanada merupakan pasaran terbesar dan paling inovatif untuk makanan segera dan makanan diproses, jadi kami sangat teliti untuk mencari rakan kongsi. Nadja memiliki kemahiran keusahawanan dan media bagi memudahkan projek ini, selain merupakan pilihan utama dalam kumpulan makanan terkemuka."

Untuk maklumat lanjut:
www.holistaco.com
www.veripan.com
www.low-gi.net

Hal Ehwal Korporat & Peluang Perniagaan
Dato Dr Rajen M: rajen.m@holistaco.com
Pertanyaan Umum: enquiries@holistaco.com
Pertanyaan Media: rachaeldefoe@wer1.net

Source: Holista CollTech
Related Stocks:
Australia:HCT
Keywords: Food/Beverages Restaurants Joint ventures New products/services