omniture

BlueRock Fund Memperoleh Ibu Pejabat Syarikat Media Jerman

Sebahagian daripada urus niaga Jualan & Pajak Semula, syarikat media dari Jerman, DuMont memajak ibu pejabat mereka kepada BlueRock Fund www.bluerockfund.com
BlueRock Fund
2016-03-09 09:00 249

COLOGNE, Jerman, 9 Mac 2016 /PRNewswire/ -- BlueRock, dana pelaburan hartanah yang dikawal selia, mengumumkan pengambilalihan "Neven DuMont Haus", ibu pejabat DuMont Mediengruppe di Cologne, Jerman. Hartanah tersebut dipajak kepada syarikat media tradisional, salah sebuah syarikat media terbesar di Jerman, dengan perjanjian pajak selama 15 tahun.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160307/340950)

Ibu pejabat itu dibina pada tahun 1998 oleh firma seni bina terkenal Hentrich-Petschnigg & Partner, dianggap sebagai salah sebuah bangunan pejabat dengan rekaan paling mengagumkan di Jerman.

Keputusan BlueRock untuk melaksanakan perjanjian penting di Cologne ini dibuat hasil daripada analisis mendalam terhadap persekitaran komersial makroekonomi di bandar tersebut. Kadar kekosongan di Cologne adalah amat rendah dan kini terus menurun.

BlueRock ialah dana patuh AIFMD, dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) Gibraltar. Dana tersebut mematuhi Arahan Pengurusan Dana Pelaburan Alternatif (AIFMD) Kesatuan Eropah yang merupakan piawaian terpenting untuk pengawalseliaan dana seperti ini. Dengan itu, dana ini perlu memenuhi dan mematuhi peraturan yang amat ketat bagi tujuan melindungi wang pelabur mereka. Dana itu juga mendapat manfaat daripada khidmat runding oleh firma perundangan terbaik di Eropah dan firma perakaunan global iaitu BDO, yang bertindak sebagai badan auditnya.

BlueRock ialah sebuah Dana Pelaburan berpengalaman, yang meraih manfaat daripada pelaburan pelanggan persendirian serta pengurus pelaburan dari seluruh dunia. Para pelabur Dana menerima laporan pengurusan dan kewangan pada setiap suku tahun. Dana ini ialah sebuah syarikat sel terlindung yang boleh mewujudkan  berbilang Sel, yang setiap satunya dijamin terlindung sepenuhnya daripada yang lain. Pelabur dari seluruh dunia boleh membeli unit daripada sel dana ini, dengan melanggan ISIN khas daripada akaun bank mereka.

Ronny Pifko, Pengarah BlueRock Fund berkata: "Pelabur yang memilih untuk mempelbagaikan pelaburan dalam BlueRock Fund akan dapat menikmati pelaburan yang berkualiti tinggi dan bertanggung jawab, yang biasanya hanya disediakan untuk pelabur institusi. Dana ini membenarkan pelaburan dibuat dengan nilai minima 250,000 Euro, bagi menyertai pelaburan yang amat luar biasa ini."

BlueRock Fund ditubuhkan hasil inisiatif Toledo Capital AG, sebuah Firma Khidmat Nasihat Pengurusan Kekayaan Persendirian di Zurich, Switzerland. http://www.toledocapital.ch Dana itu memperoleh lapan buah bangunan pejabat dan sebuah portfolio Hartanah bernilai lebih 280 juta Euro, dengan pulangan tahunan antara 9%-12%.

Maklumat lanjut: Adina Krausz, ak@bluerockfund.com, +41-79-904-2900  

Source: BlueRock Fund
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Real estate transactions