omniture

New Diamond Technology (NDT) bakal Perkenal Berlian Biru Buatan Manusia Terbesar dan Paling Jarang Ditemui di Dunia di BaselWorld jam 12:00 tengah hari, CET

New Diamond Technology
2016-03-17 18:08 238

BASEL, Switzerland, 17 Mac 2016 /PRNewswire/ -- New Diamond Technology (NDT), peneraju dalam penghasilan berlian di dalam makmal, akan memperkenalkan berlian biru potongan zamrud, 5.03-karat, batu VS1 jenis IIb bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi (HPHT), diperakui dan keindahannya diabadikan oleh Institut Gemologikal Kebangsaan (IGI) [video berlian biru]

Pertunjukan perdana NDT bagi memperkenalkan berlian biru buatan manusia terbesar dan paling jarang ditemui di dunia akan berlangsung di Dewan 4.U, reruai A24, "Dewan Penemuan" BaselWorld 2016 jam 12:00 tengah hari, CET 17 Mac - selepas perasmian pameran global untuk fesyen jam tangan dan barang kemas yang mesti dimiliki, yang menjangkakan kehadiran 150,000 golongan profesional barang kemas dunia dan peminat berlian.

Marc Brauner, CO-CEO, IGI Worldwide, berkata, "Batu 5.03 karat ini unik dari semua aspek, manakala sains dan teknologi berkaitan proses penghasilan batu ini semakin pantas mencapai kemajuan yang signifikan. Warna Biru Gelap Mewah batu itu yang amat jarang ditemui dan kecerahannya yang menakjubkan akan menempatkankan sebagai tumpuan utama dalam kalangan perintis industri berlian."

Presiden NDT Tamazi Khikhinashvili berkata, "Matlamat kami adalah untuk mendapat tempat yang sudah sememangnya bertepatan dengan kami dalam pasaran berlian yang ditempa di dalam makmal memandangkan kami berjaya menarik minat industri barang kemas dunia. Peluang ini tidak terbatas!" Khikhinashvili percaya permintaan terhadap produk berlian yang ditempa di dalam makmal akan meningkat beberapa tahun akan datang, iaitu ketika peminat berlian Abad ke-21 mula menghargai barang kemas yang direka bentuk dan dihiasi dengan berlian terbaik dan jarang ditemui yang dihasilkan secara mampan.

Khikhinashvili berkata, "Hasil daripada penubuhan Persatuan Berlian Buatan Sendiri Antarabangsa (IGDA), perniagaan kami menjadi lebih telus dan andal. Kami percaya ketelusan dan amalan terbaik, digabungkan dengan teknologi terkini dapat mewujudkan keindahan, kepercayaan dan kekaguman tulus yang fitrah bagi berlian." NDT ialah anggota pengasas IGDA.

Terdahulu, pada Mei 2015, NDT telah menghasilkan berlian tempaan di dalam makmal yang tidak berwarna dan terbesar di dunia, 10.02-karat, warna E, potongan batu VS1 daripada batu kasar sintetik 32.26-karat, juga diperakui oleh IGI.

 "Kami teruja dengan penemuan baharu kami - ia tidak akan berakhir di sini - sila ikuti produk keluaran kami dan kami akan terus memecahkan rekod!" Khikhinashvili positif dengan kemajuan teknologi beliau, "pada masa yang sama, permintaan terhadap aplikasi industri berteknologi tinggi untuk produk berlian kristal tunggal turut berkembang dengan pesat."

Sebarang maklumat lanjut tentang New Diamond Technology dan inovasinya yang canggih, sila layari: http://ndtcompany.com

Source: New Diamond Technology
Related Links:
Keywords: Entertainment Fashion Jewelry Mining/Metals Trade show news