omniture

Switzerland: Kembara Penerokaan Eksklusif Ke Dalam Terowong Keretapi Terpanjang Di Dunia

Swiss Travel System AG
2016-04-04 08:30 390

ZURICH, 4 April 2016 /PRNewswire/ -- Terowong Dasar Gotthard, terowong kereta api terpanjang di dunia, memulakan perkhidmatan pada 11 Disember 2016. Sebelum perkhidmatan ini bermula, pembinaan yang memecah rekod ini akan dibuka kepada orang ramai,tetapi hanya untuk tempoh masa yang terhad: dari 2 Ogos 2016, penumpang boleh menyelusuri laluan pembinaan terunggul di abad ini dengan menaiki keretapi terowong yang eksklusif – termasuk penurunan penumpang di tengah-tengah pusat gunung. Keretapi khas "Gottardino" itu hanya beroperasi sehingga 27 November 2016 dan bilangan tiket adalah terhad.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160323/347230)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160323/347231)

Operasi ujian Terowong Dasar Gotthard sedang rancak dijalankan. Penyerahan terowong kereta api terpanjang di dunia oleh pembina Alp Transit Gotthard AG kepada bakal pengendali, Swiss Federal Railways SBB, akan berlangsung dua bulan lagi, pada 1 Jun 2016, selepas 17 tahun pembinaannya.

Menaiki kereta api jauh ke dalam gunung berbanding sebelum ini

Sebelum operasi biasa Terowong Dasar Gotthard bermula pada 11 Disember 2016, SBB memberi peluang kepada pelanggannya untuk mengagumi bahagian dalam binaan terunggul abad ini. Dari 2 Ogos hingga 27 November 2016, kereta api khas "Gottardino" akan membawa pengunjung ke pusat paling dalam yang pernah tercatat dalam terowong banjaran Swiss Alps. Hentian khas akan dibuat di stesen multifungsi di Sedrun. Di sini, 800 meter di bawah permukaan, lawatan akan menunjukkan dengan jelas dimensi sistem terowong gergasi ini.

Sebaik sahaja kereta api bergerak melalui Terowong Dasar Gotthard pada kelajuan tinggi, maka tiada lagi sebarang perhentian di pertengahan terowong. Dengan adanya sambungan utara-selatan yang baharu, jarak wilayah dan negara-negara jiran di kedua-dua belah Terowong Gotthard menjadi semakin dekat. Mulai akhir 2016, penumpang akan menyeberangi Alps melalui terowong baharu ini dalam 20 minit sahaja dan akan tiba ke destinasi mereka dengan lebih pantas berbanding dengan sebelum ini.

Maklumat mengenai outlet jualan Swiss Travel System boleh didapati di http://www.SwissTravelSystem.com/verkaufsstellen.

Maklumat lanjut mengenai Terowong Dasar Gotthard atau idea tentang kisah pembinaan terunggul abad ini boleh didapati di http://www.SwissTravelSystem.com/gotthard atau atas permintaan daripada media@swisstravelsystem.com.

- Rujukan silang: Gambar tersedia di AP Images (http://www.apimages.com) -

Hubungi: Tabea Mandour, Tel: +41(0)44-225-80-40

SUMBER  Swiss Travel System AG

Source: Swiss Travel System AG
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services