LONDON, 5 April 2016 /PRNewswire/ -- Funtastic (ASX: FUN) ialah sebuah syarikat inovasi bertaraf global yang mempunyai berpejabat di AS, Australia, Hong Kong serta tanah besar China dan merupakan pelesen Messi FootBubbles™, barang mainan jenama Messi kegemaran kanak-kanak di serata dunia yang dilancarkan pada tahun 2015.
Funtastic bakal mengadakan satu pertandingan yang memberi peluang kepada tiga pemenang bertuah untuk bertemu dengan idola mereka, Lionel Messi. Bermula pada April 2016 dan berlangsung hingga Disember 2016, pertandingan itu terbuka kepada para peserta dari lebih 30 buah negara di serata dunia.
Pemenang akan memenangi hadiah lawatan ke Barcelona untuk menonton perlawanan bola sepak secara langsung, seterusnya berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan Lionel Messi. Messi FootBubbles™ kini menawarkan semua peserta peluang untuk memenangi pengalaman julung kali dalam seumur hidup ini.
Funtastic akan turut menghadiahkan kemeja bertandatangan Lionel Messi bagi penyertaan terbaik pada setiap bulan sepanjang pertandingan itu.
Cara menyertai pertandingan tersebut adalah mudah. Anda hanya perlu menunjukkan kemahiran Messi FootBubbles™ anda dengan memuat naik gambar atau video ke www.footbubbles.com atau Facebook; atau hashtag di Instagram #messifootbubbles #meetmessicomp untuk turut serta dalam pertandingan tersebut. Lionel Messi akan menentukan pemenangnya.
Lionel Mess, pemenang Anugerah Bola Emas (Ballon d'Or) FIFA sebanyak lima kali dan juara bola sepak yang tiada tandingan, diiktiraf oleh rakan sejawatnya sebagai pemain bola sepak paling hebat dalam sejarah. Messi berkata, "Kami melakukan tugas yang cemerlang dengan penciptaan barang mainan oleh Funtastic yang memberi keriangan kepada kanak-kanak, di samping membantu mereka dalam pembangunan pendidikan. Saya berharap mereka seronok menimbang bola FootBubbles seperti saya dan saya menanti-nantikan pertemuan dengan para pemenang."
Nir Pizmony, Ketua Pegawai Eksekutif Funtastic berkata, "Funtastic berbangga kerana dapat bekerjasama dengan suri teladan yang hebat untuk kanak -kanak di seluruh dunia ini. Kami tidak sabar untuk melihat gambar dan video menarik yang akan dimuat naik dan saya pasti proses pemilihan 3 pemenang bertuah untuk memenangi hadiah utama adalah satu tugas yang sukar!"
Messi FootBubbles™ telah menjadi sensasi global dengan jualan di seluruh dunia yang melangkaui semua jangkaan manakala kanak-kanak dan ibu bapa turut menyukai produk tersebut.
Maklumat lanjut tentang Messi FootBubbles™ serta pertandingan global itu, sila layari www.footbubbles.com atau berhubung melalui media sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/messifootbubbles
Instagram: https://www.instagram.com/messifootbubbles
Latar Belakang Funtastic
FUNTASTIC (ASX: FUN) www.funtastic.com.au ialah sebuah syarikat pengeluaran dan pengedaran produk yang inovatif, berpangkalan di Australia serta mempunyai beberapa buah pejabat di AS, Hong Kong dan tanah besar China.
Latar Belakang Leo Messi Management SLU
Leo Messi Management SLU ialah sebuah syarikat sukan & pemasaran yang unik serta eksklusif yang mengurus dan juga mewakili hak imej dunia bagi pemain Bola Sepak Lionel Messi.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160331/8521602098
Video - https://youtu.be/NZFlPAetzEw